Salah satu punca ‘magnet’ rezeki keluarga bertambah dan berkat, apa yang kita perlu tahu adalah antaranya kita pastikan keluarga rasa bahagia.
Memahami erti memberi rasa bahagia itu luas, malah tidak perlulah hingga berbelanja sesuatu yang mahal untuk tujuan tersebut.
Ini sebagaimana apa yang dipraktikkan oleh seorang suami ini. Walau sekadar membawa oleh-oleh setiap kali pulang kerja, nyata kesannya cukup mengujakan dan nak tahu lanjut jom baca perkongsian di bawah ini.
Masa nak balik rumah tadi, saya singgah beli roti.Saya yakin dan percaya, jika kita bawa pulang sesuatu buat isteri. Mereka akan teruja dan rasa bahagia.
Saya juga percaya, rezeki kita akan bertambah jika tiap kali pulang kerumah bawa sesuatu bersama .
Minum petang dengan isteri dan anak anak adalah nikmat luar biasa.
Kawan kawan yang mulia,
Tiap kali pulang kerumah, belilah sesuatu buat mereka. Mereka pasti teruja.
Tidak semestinya benda mahal, sekadar kuih tepi jalan pun jadilah. Mereka nak dengar cerita kita seharian dipejabat tadi.
Kita juga nak dengar cerita, bagaimana susahnya mereka bergelut angkat baju waktu hujan petang tadi.
Cerita itu mungkin biasa biasa pada kita, tetapi bila mereka sedang layan cerita korea dan hujan melanda. Menangkat baju adalah cabaran yang luarbiasa.
Bawalah pulang sesuatu buat keluarga. Bila mereka rasa bahagia, ada rezeki buat kita bersama disana.
Kedamaian, kesihatan, keluarga yang rukun dan nama baik adalah kekayaan. Jangan menolak kekayaan.
Kesibukan mencari nafkah menjadi tujuan utama, tetapi jangan sehingga melupakan hal penting yang utama iaitu, Tuhan, keluarga, dan kesihatan diri sendiri.
Sumber : Abah Qilah
Berjuang Buat Keluarga
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club