
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu pengumuman memberitahu perjalanan rentas negeri termasuk pulang ke kampung semasa cuti perayaan Aidilfitri tidak dibenarkan di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Walau bagaimana pun dibenarkan untuk tujuan hadir bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri setelah terkandas di kampung atau di tempat-tempat lain.
”Perjalanan rentas sempadan negeri juga tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan hadir bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri setelah terkandas di kampung atau di tempat-tempat lain.
Perjalanan rentas negeri untuk balik ke kampung semasa cuti perayaan Aidilfitri tidak dibenarkan,” kata beliau.
PERUTUSAN KHAS | Perjalanan rentas sempadan negeri tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan hadir bekerja dan pulang semula ke rumah setelah terkandas di kampung. Perjalanan rentas negeri untuk balik ke kampung semasa cuti perayaan Aidilfitri tidak dibenarkan.
Video: Ihsan RTM pic.twitter.com/yAQOSqPUzk
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) May 1, 2020
Berikut antara senarai aktiviti yang dilarang.
Bila Perasan Rezeki Seperti Tak Cukup, Semak Balik Diri Kita Tentang 2 Perkara Ini

Ada ketikanya kita selalu mengeluh rezeki tak cukup. Lihat kawan-kawan hidup gembira, nak beli itu ini tiada masalah mula lah hati mengeluh kenapa tidak mampu seperti mereka. Hati mula berbolak balik, bergaduh dengan pasangan, menyalahkan takdir dan sebagainya. Sedangkan kekurangan yang ada dalam diri sendiri langsung tidak disemak.
Ya memang tidak dinafikan, ada sesetengah daripada kita berdepan dengan masalah rezeki. Namun, kita lupa setiap apa yang kita peroleh itu datangnya dari Dia. Sentiasalah bersyukur dengan apa yang dikurniakan olehNya baik sikit mahupun banyak.
Inilah yang dikongsikan oleh saudara Firdaus Mokhtar menerusi tulisannya di facebook baru-baru ini.
Bila kita perasan rezeki kita seperti tak cukup, semak balik diri kita tentang 2 perkara ini;
1. Sembahyang kita.
Apakah sembahyang kita cukup kita jaga? Waktu sembahyang kita bagaimana? Di awal waktu, tengah atau selalu di hujung?
Atau mungkin kadang tinggalkan sahaja sebab sibuk urusan kerja.
Sedangkan sembahyang ini hubungan secara terus kita dengan Allah yang memberi rezeki. Kerja kita cuma alat untuk kita berusaha.
2. Semak tentang zakat pendapatan.
Ramai yang merasakan hal zakat pendapatan ini untuk yang kaya sahaja. Ada kereta besar dan rumah besar.
“Saya ni kereta kecil, rumah pun sewa je. Rasanya tak kena bayar zakat.”
Ambil mudah begini yang jadi isu.
“Tuan dah pernah semak dan buat pengiraan di pejabat zakat?”
Selalunya mesti jawab tak pernah pergi pun. Cubalah pergi buat kiraan. Kalau tak banyak pun, sikit setakat berapa ringgit, rupanya ada bahagian pendapatan kita yang masih kena zakat.
Ingat, selepas kita keluarkan zakat Allah akan sucikan harta kita. Dan Allah akan tambahkan keberkatan dalam harta dan pendapatan kita.
Maka, nanti perasaan tak cukup itu akan hilang. Kerana apa?
Kerana yang memberi kecukupan atas segala isi dunia ini adalah Allah.
Percayalah.
Firdaus Mokhtar,
Sama-sama koreksi diri semul
Kalau Nak Dapatkan Nasihat Paling Ikhlas & Berniat Baik, Orang Pertama Suami Kena Cari Ialah Isteri Sendiri.

Orang kata, apabila sudah duduk serumah tidur sebantal barulah kenal luar dan dalam pasangan kita. Kalau waktu bercinta, belum tentu dia menunjukkan sepenuhnya perangai sebenar. Jadi, jangan terkejut lepas berkahwin lain pula perangainya.
Sebab itu orang kata, hanya isteri yang lebih memahami perangai dan sikap suaminya. Baik buruk dan kelakuan kita, hanya isteri sahaja yang tahu.
Baca perkongsian Saudara Mohd Fhais kenapa suami kena dengar nasihat isteri lebih dari orang lain?
Kerana nasihat seorang isteri adalah satu-satunya nasihat yang tepat, betul dan sesuai dengan kita (suami). Tiada yang lebih mengenali suami melainkan isterinya.
Bahkan lebih kenal daripada mak sendiri !u Buruk baik diri kita ni isteri sahaja yang tahu. Dia hadap setiap hari 1001 kelakuan kita tanpa mengeluh. Walaupun dia nampak kelemahan kita tapi masih tetap setia dengan kita.
Patah perkataan yang keluar dari mulut isteri tak lain tak bukan hanya untuk kebaikan keluarga sendiri. Ini confirm!
Dengarlah kawan-kawan bila isteri masih ada hati memberi nasihat. Di saat isteri dah tak ada hati nak bagi nasihat, nescaya kita dah tersangat rugi.
Kita baru kehilangan “Penasihat” terbaik yang telah di cipta untuk kita !
Tiada yang lebih baik memberi nasihat daripada isteri bahkan lebih baik dari nasihat mak ayah kerana ada mak ayah tak berapa kenal pun anak dia yang dah dewasa.
Tiada yang lebih jujur memberi nasihat daripada isteri bahkan adik beradik sekalipun ada masa tak sampai hati nak tegur takut kita berkecil hati.
Tiada yang lebih tepat memberi nasihat berbanding isteri bahkan kawan-kawan sekalipun akan berat sebelah sebab mereka pasti utamakan keluarga mereka dahulu.
Dengan orang lain kita boleh berlakon tapi dengan isteri tidak. Dia tahu semuanya. Dari busuknya bau kentut kita sampai la ke busuknya perangai kita, semua dia dah hadap!
Tak usah bangga sangat kalau ada kawan-kawan duk puji kita baik, rajin, dan puji kita ni calon suami mithali kononnya.
Selagi kata pujian ni tak keluar dari mulut isteri sendiri, maknanya pujian tu tak 100 peratus benar!
Tiada yang lebih ikhlas puji suami sendiri melainkan isterinya.
Oleh itu, nasihat saya kalau nak dapatkan nasihat yang paling ikhlas dan paling berniat baik orang pertama yang anda kena cari ialah isteri sendiri.
Wallahu A’lam,
Saya Mohd Fhais tak malu minta nasihat dari isteri tapi malu bila menyusahkan isteri dengan masalah yang kita cipta sendiri.
#notakekeluargaanfhais
Channel ➡️ t.me/CoretanFhais
Lengkuas Takkan Kecut Bila Buat Begini!

Bila ditanya apa istimewanya masakan Melayu berbanding cita rasa hidangan lain? Pasti belum pun sempat menjawab pertanyaan itu, sudah ada yang membayangkan betapa lazat dan enaknya rasa sambal belacan, rendang, masak lemak cili padi, asam pedas, ayam goreng berempah dan ribuan lagi menu yang lainnya.
Apa yang pasti, kelazatan dan keunikan rasa hidangan masakan Melayu mewah dengan rasa yang berlemak, berempah dan beraroma. Ini sekali gus menjadikan hidangan Melayu cukup istimewa dan unik.
Bercerita tentang bahan masakan yang bukan sahaja boleh memberi rasa hidangan menjadi lebih enak malah memberi bau masakan lebih menyelerakan, salah satu yang sering digunakan adalah lengkuas. Istimewanya lengkuas ini selain memberi rasa, turut berperanan menghilangkan bau hanyir daging mahu pun ikan.
Biasanya lengkuas akan dimanfaatkan di dalam masakan sama ada ditumbuk, dikisar halus atau pun dihiris nipis.
Antara menu yang sering dimasak menggunakan lengkuas adalah seperti sup singgang, rendang dan sering juga dijadikan ramuan rempah untuk menggoreng ayam.
[su_highlight background=”#d25643″ color=”#242121″]Tip Simpan Lengkuas Agar Lebih Tahan Lama[/su_highlight]
Tip ini dikongsi oleh Norul Mas Hana melalui akaun Facebooknya. Jom semak!
[su_quote]Biasa masak lengkuas pakai 2-3 hiris je, bila beli mesti dalam kuantiti banyakkan? Takde kedai jual 2-3 hiris. Oleh itu, nak simpan lengkuas bagi tahan lama, supaya tidaklah mengecut dan mengering lalu ke tong sampah, akak selalu buat macam ni. Jadi bila nak pakai amil sikit dan simpan semula. Inshaallah, lengkuas akan lebih tahan lama dan sedia untuk digunakan bila-bila masa. [/su_quote]
Step By Step :
1. Bersihkan lengkuas.
2. Letak lengkuas dalam bekas. (macam balang kaca atau plastik bertutup)
3. Masukkan air sehingga paras lengkuas (tenggelamkan lengkuas)
4. Tutup rapat bekas dengan penutup.
5. Simpan dalam peti ais.