Bila balik kampung, mungkin ada yang sering mengalaminya di mana muka merah-merah dek kerana tak tahan dengan gigitan nyamuk. Rasa gatal-gatal tu satu hal, lagi dibimbangkan jika disebabkan seekor nyamuk ada pula yang terkena demam denggi. Itu lagi merisaukan!

Oleh itu, selain kita sering menggunakan bahan penyembur nyamuk untuk hapuskan nyamuk tersebut, ada eloknya gunakan cara atau petua ini yang lebih mesra alam dan tidak membahayakan kesihatan. Nak tahu apa dia, jom semak.


Tip ini telah  dikongsi dalam satu forum di laman sosial caranya hanya menggunakan air dan juga cecair pencuci pinggan.

Berikut adalah langkah yang perlu dilakukan.

1. Letak sedikit air dalam pinggan putih dan tuang beberapa titisan cecair pencuci pinggan (Lemon Fresh Joy / Harimau Kuat).

Ads

2. Kemudian, letakkan pinggan berisi cecair ini di luar rumah untuk elak nyamuk masuk. Nyamuk akan berkerumun di situ dan akan mati selepas terkena cecair ini dalam lingkungan tiga meter dari pinggan itu. Letakkan juga di dalam rumah di bahagian dapur atau ruang tamu untuk tujuan yang sama.

Balik Kampung Habis Merah-merah Digigit Nyamuk. Tak Nak Berulang, Segera Buat Petua Ni!

3. Berkesan dan jimat kerana hanya menggunakan bahan yang sedia ada dalam rumah. Mungkin agak ‘trivial’, tetapi ia boleh bantu mengawal nyamuk-nyamuk pembawa virus di sekitar rumah anda terutamanya tempat-tempat yang ada wabak denggi.

Ads

Selain cara ini, ada satu lagi petua yang berkesan dan mudah untuk disediakan yang dikongsikan oleh Fauziah Samad, iaitu dengan menggunakan limau yang dipotong dua. Kemudian dicucuk dengan cengkih seberapa banyak di atasnya.

Cara ini lebih jimat dan udara di dalam rumah lebih bersih dan selamat dari menggunakan bahan kimia penyembur nyamuk.

Ads

Balik Kampung Habis Merah-merah Digigit Nyamuk. Tak Nak Berulang, Segera Buat Petua Ni!

Untuk nampak cantik, gunalah kreativiti anda dan bubuh limau tu dalam bekas-bekas comel dan letak di kawasan dalam rumah yang sering jadi tempat persinggahan lalat dan nyamuk.

Manakala jika ingin cara yang berbeza, boleh juga ditumbukkan  beberapa helai daun limau, kemudian letakkan dalam piring/pinggan. Letakkan piring tersebut pada tempat yang banyak nyamuk terutama di tempat yang gelap. Dikatakan juga dapat menghalau nyamuk.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI