Bila teringin nak makan sesuatu, beli sikit pun jadilah untuk lepaskan rasa kempunan nak makan tu! Misalnya seperti seorang isteri ini yang gemar makan ketam, dia membeli hanya seekor ketam di sebuah pasaraya dan perbuatannya yang hanya membeli seekor sahaja itu mengundang tawa abang penimbang pasaraya tersebut.
Sebaik pulang, isterinya menceritakan kembali kepada suaminya yang juga pemilik akaun Tiktok @m.rafisan, namun sang suami bukan bersimpati malah turut tertawakan isterinya dek kerana kisah yang diceritakan itu.
Nak beli banyak tapi risau tak habis, nak tak nak terpaksa membeli seekor sahaja!
@m.rafisan Nasiblah dapat wife suka makan ketam. 😌 #fyp #fypシ #fypage #ketam #wife #tiktok #marriage ♬ bunyi asal – Aiman Sidek
Meninjau di ruangan komen, rata-rata turut terhibur dengan kisah itu. Malah, rupanya ramai yang boleh relate dengan situasi tersebut.
Sumber: TikTok @m.rafisan