
Bila teringin nak makan sesuatu, beli sikit pun jadilah untuk lepaskan rasa kempunan nak makan tu! Misalnya seperti seorang isteri ini yang gemar makan ketam, dia membeli hanya seekor ketam di sebuah pasaraya dan perbuatannya yang hanya membeli seekor sahaja itu mengundang tawa abang penimbang pasaraya tersebut.
Sebaik pulang, isterinya menceritakan kembali kepada suaminya yang juga pemilik akaun Tiktok @m.rafisan, namun sang suami bukan bersimpati malah turut tertawakan isterinya dek kerana kisah yang diceritakan itu.
Nak beli banyak tapi risau tak habis, nak tak nak terpaksa membeli seekor sahaja!
Watch on TikTok
Meninjau di ruangan komen, rata-rata turut terhibur dengan kisah itu. Malah, rupanya ramai yang boleh relate dengan situasi tersebut.
Sumber: TikTok @m.rafisan
“Kejapnya Dah 12 Tahun, Sebiji Arwah. Copy Paste.” Isteri Kongsi Gambar Anak, Warganet Puji Seiras Arwah Achik Spin!

Masihkah anda ingat dengan lagu Memori Berkasih, Mengusung Rindu dan banyak lagi. Lagu-lagu tersebut menjadi siulan peminat tahun 1990-an. Itu antara lagu hit dendangan arwah Achik Spin bersama kumpulan Spin.
Namun, peminat seni tanah air kehilangan penyanyi bersuara lunak ini apabila arwah terlibat dalam satu kemalangan dan meninggal dunia pada tahun 2010.
Kehilangan allahyarham meninggalkan kesan buat peminatnya apatah lagi ahli keluarganya terutama isteri dan anak-anak. Manakan tidak, tiga anak arwah masih kecil ketika itu.
Lama tidak mendengar berita mengenai keluarga arwah, baru-baru ini isteri Achik memuat naik beberapa keping gambar dan video sambutan hari jadi anak perempuan mereka. H.M Rose Suriani Wati Maarof yang mesra dengan panggilan Tasha, isteri arwah memuat naik gambar sambutan hari jadi puterinya Summaya yang ke 12 tahun.
Sambutan hari lahir diadakan sekali dengan majlis berbuka puasa bersama ahli keluarga yang lain.
Apa yang menarik mata wargamaya adalah wajah anaknya saling tak tumpah dengan arwah Achik.
Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari,bernikah dengan Tasha pada 18 November 2005. Pada 9 Januari 2007, Tasha selamat melahirkan Putri Rania di Hospital Tunku Jaafar, Seremban.
Namun, anak sulung pasangan ini meninggal dunia kerana dijangkiti penyakit derita demam panas selama seminggu dan disyaki mempunyai masalah dengan usus dalam perut.
Bahkan sebelum itu, isteri Achik turut memuat naik perkongsian yang menunjukkan persamaan wajah suami dan anak-anaknya.
Selain Sumayya, seorang lagi anak pasangan ini iaitu Safiyya juga dikatakan copy paste wajah ayahnya.


“Rasa Sakit Badan Tapi Puas Hati…”-Normala Samsudin Tak kekok Bersihkan Sendiri Rumah Mak

Melakukan kerja-kerja pembersihan rumah selepas banjir tentunya sangat memenatkan. Maklumlah bukan satu ruang malah satu rumah sama ada bahagian dalam mahu pun luar rumah perlu dibersihkan.
Pastinya ini akan membuatkan badan kita pula merasa sakit-sakit kerana membuat kerja-kerja yang berat.
Namun bila kerja-kerja pembersihan dilakukan sendiri, diakui kita rasa lebih puas hati. Tak kiralah sama ada rumah kita sendiri mahu pun rumah ibu ayah di kampung. Setidak-tidaknya dapat juga kita berbakti pada ibu ayah meringankan beban mereka dengan menyumbang tenaga untuk membersihkan rumah yang ditenggelami banjir kembali bersih seperti sedia kala.
Begitulah juga yang telah dilakukan oleh Puan Sri Normala Samsudin, 58 apabila baru-baru ini berkesempatan pulang ke kampungnya yang terletak di Kampung Kuing Patah, Buloh Kasap, Segamat Johor untuk menziarahi ibu tercinta dan sekali gus membantu membersihkan rumah yang dinaiki air banjir.
Langsung Tak Kekok
Apa yang menarik perhatian pengikutnya apabila bekas penyampai berita Buletin Utama dan pengacara NONA ini berkongsi video di instagramnya sedang membersihkan bilik ibunya. Dilihat tidak sedikit pun kekok untuk melakukan kerja-kerja pembersihan meskipun kini berstastus VVIP.
Kerja-kerja pembersihan dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan baginya itu suatu kepuasan untuk melihat rumah yang dihuni oleh ibunya kembali bersih dan kemas.
Difahamkan juga bahawa ibunya tidak suka jika orang lain mengemas biliknya melainkan dirinya atau adiknya sahaja.
“Hampir dah 5 tahun tak spring cleaning dan bersihkan bilik emak. Rasa sakit badan tapi puas hati buat sendiri. Biasalah emak kita memang tak suka kalau orang lain bersih bilik dia, samada adik saya atau saya, kemas lama2 sikit pun takpa… kalau orang lain cuci dia akan jenguk bilik dia 10 kali.”
Meninjau diruangan komen rata-rata pengikutnya tumpang rasa bangga dan bahagia melihat Puan Sri Normala membantu ibunya melakukan kerja-kerja membersihkan rumah. Bahkan ramai juga yang turut mendoakan agar diberi kesejahteraan untuk kedua-duanya.
Sumber : Ig Normala Samsudin
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Lagi video menarik berkenaan pilihan peralatan dapur yang memudahkan kerja kita di dapur. Sila tonton.
ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!
LAGI ARTIKEL MENARIK :15 Minit Jaraknya, Anak Kembar Sepasang Ni Dilahirkan Lain Bulan & Lain Tahun!
Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Didik Anak Dengan Tenang, Usah Tengking. Ini Cara Lembutkan Hati Anak.

Tidak dinafikan mendidik anak bukan tugasa yang mudah. Lebih mencabar apabila anak-anak semakin membesar dan mempunyia pelbagai kerenah diluar dugaan. Memang anak ini anugerah yang amat bernilai yang perlu didik dengan sebaiknya. Namun ada segelintir ibu bapa kadang kala sukar mengawal emosi sehingga anak menjadi kemarahannya.
Kesannya, tanpa sedar akan membuatkan anak memberontak dan menujukkan rasa tidak puas hati.
Sudah pastinya setiap ibu bapa inginkan anak-anak yang mendengar kata. Selain membacakan ayat-ayat doa melembutkan hati anak, kita sebagai ibu bapa juga perlu muhasabah diri.
Mendidik anak dengan sabar, tanpa tengking atau memarahinya dengan suara yang kuat akan membuatkan sukar melembutkan hati anak.
Begitu dengan perkongsian ini. Menyediakan rahsia muda untuk melembutkan hati anak-anak.
.
1 Rahsia Lembutkan Hati Anak-Anak.
Dulu saya ingat lagi, masa saya kerap marah tengking cubit Rizqi, dia jadi sangat ‘kental’.
Tak makan dek saman orang kata.
Tapi sejak saya alhamdulillah dah berbulan-bulan takda dah marah tinggi suara dengan Rizqi sejak amalkan Good Rizqi ni.
Ada 1 perubahan yang paling luar biasa.
Biasanya, hari-hari setiap kali Rizqi buat kebaikan, saya dan isteri akan kerap cakap,
“Ummi Papa bangga dengan abang”
Sampai satu tahap, bila dia buat perangai tak baik yang agak melampau, kami hanya cakap dengan nada lembut je,
“Ummi Papa kecewa dengan abang”
Nak tau apa yang jadi?
Menangis meraung dia bila dengar tu.
Bersungguh dia minta maaf sambil nangis, hanya sebab serangkap ayat tu.
Sebab apa?
DIDIK ANAK DENGAN TENANG
Sebab bila kita kerap handle dia dengan tenang, dengan pujian, tiada marah tengking, apatah lagi cubit,
Even dengan ayat “kecewa” pun dah boleh sentuh hati dia.
KERAP MARAH, SUSAH NAK SENTUH HATI ANAK
Kalau masa kami kerap marah tengking cubit dia dulu, susah nak sentuh hati dia.
Yelah kan. Apa lah sangat kita cakap kecewa, sedangkan hari hari kita siap cubit lagi.
Hati anak jadi lagi keras.
JANGAN TENGKING MARAH
Jadi Tuan Puan, rahsia nak lembutkan hati anak ni simple je.
Kita kena biasakan didik dia dengan lembut, tenang, jauhkan dari tengking marah.
Anak tu ibarat span. Kita banyak siram air, lembablah ia basah.
Kalau hari-hari kita asyik perah, biar di tengah panas, maka keringlah dia mengeras.
Sungguh, ia mungkin tak mudah, tapi berbaloi. InsyaAllah.
Kredit: Good Rizqi
.