Mungkin selama ini ada antara kita hanya mengenal Baking Soda sebagai bahan yang perlu digunakan dalam penyediaan pastri. Namun sebenarnya baking soda ini mempunyai banyak kelebihan dan cukup popular di kalangan mereka yang gemar menggunakan bahan secara alami dalam penjagaan kesihatan, kecantikan bahkan dalam hal menguruskan rumah tangga.
Ingin tahu lebih detail apa lagi yang boleh dilakukan dengan baking soda ini, ayuh perhatikan 13 manfaatnya selain tujuan utama kita membeli baking soda adalah untuk membuat kek dan biskut.
Deodoran semulajadi
Kalau ada sesiapa yang tak suka pakai deodoran, atau tak boleh pakai deodoran, boleh guna baking soda ni. Caranya, basahkan bahagian bawah lengan seadanya, pastu tepek la baking soda ni. Macam tepek bedak la juga kaedahnya.
Menghilangkan kesan peluh, daki & minyak
Nak-nak pula baju sekolah anak-anak atau uniform suami yang berdaki dan kotor. Anda boleh rendam baju-baju tersebut dalam air sabun kemudian campur sedikit dengan baking soda dalam air tersebut.
Gunakan sebagai pencuci mulut
Ini bukan pencuci mulut yang ala dessert tu tau. Ni pencuci mulut ala-ala listerine tu la. Anda perlu campurkan baking soda dengan air, kemudian gunakan untuk berkumur. Lepas ini tak yah lagi beli listerine. Jimat duit.
Scrub wajah
Kiranya macam skrub muka untuk tanggalkan kulit mati di wajah. Caranya, campurkan baking soda dengan sedikit air sampai jadi pes. Pastu gosok-gosok perlahan pada wajah. Kesannya kulit lebih berseri dan halus.
Ads
Untuk mencuci sikat & berus rambut
Kadang-kadang anda perasan tak sikat rambut tu dah berkerak-kerak. Penuh dengan sel-sel kulit kepala dan kelemumur. Takkan nak cungkil satu-satu bilah sikat tu kan. Cara paling senang, bancuh baking soda dengan air suam, kemudian rendam. Agak-agak dah lama, bilas dengan air biasa. Pasni sikat anda akan jadi bersih dari daki-daki itu semua.
Garam mandian (bath salt)
Baking soda juga boleh jadi skrub badan. Caranya sama seperti buat skrub muka tadi. Tapi untuk lebih best [sebab kulit badan tak sama dengan kulit muka], campurkan dengan sedikit garam. Kiranya skrub tadi ada bahan tambahan la. Kalau yang suka berendam pula, campurkan baking soda + garam dalam air rendaman tu. Kalau nak wangi tambah la minyak yang wangi.
Pemutih gigi
Ads
Seminggu sekali masa nak gosok gigi, cuba campurkan baking soda dengan ubat gigi. Pastu gosok gigi macam biasa. Secara tak langsung boleh memutihkan gigi anda.
Pengganti mopiko
Tau ke apa mopiko tu apa? Ubat untuk gigitan nyamuk tu. Kalau takda mopiko takpa. Cuba campurkan baking soda dengan sedikit air sampai jadi pes, pastu tepek saja kat tempat yang ada kesan gigitan nyamuk.
Merawat sunburn atau luka akibat pisau cukur
Pun boleh guna kaedah mopiko tadi.
Membersihkan karpet
Kalau karpet anda kotor, payah-payah sangat taburkan sahaja baking soda di atas karpet. Kemudian gunakan penyedut hampa gas untuk bersihkan karpet tersebut. Insya-allah semua kotoran akan hilang.
Ads
Sebagai syampu kering
Penyelesaian untuk rambut berminyak, taburkan baking soda pada rambut lepas itu blow rambut dengan hair dryer.
Hilangakan blackhead
Cara macam buat skrub muka juga. Tapi tenyeh di bahagian blackhead.
Lembutkan daging
Ini memang petua orang dulu-dulu. Rebus daging dengan sedikit baking soda, supaya daging tak liat.
Sumber : SYANI
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kesibukan menguruskan keluarga di rumah di samping bebanan tugasan di pejabat, membuatkan penjagaan kulit wajah yang sempurna sering kali dibuat secara ala kadar.
Risau pula kalau terus dibiarkan akan menyebabkan adanya masalah kulit seperti berjerawat, jeragat dan sebagainya. Bila ini terjadi bukan sahaja kita sendiri tidak suka, malah bimbang juga kalau-kalau En. Suami pun berasa tidak selesa melihat masalah kulit wajah isterinya.
Oleh itu, berikanlah perhatian dalam penjagaan kulit wajah dalam rutin harian, pun begitu tidak mencukupi,ketahui juga 5 punca penyebab kepada terjadinya masalah kulit wajah.
TANGAN KERAP MENYENTUH KULIT WAJAH
Ini boleh dikatakan tabiat yang biasa dilakukan. Walau sebersih mana pun tangan anda perlu diingat pasti ada kuman. Kuman tersebut secara tidak langsung akan berpindah pada kulit wajah lantas mengakibatkan kerengsaan dan akhir sekali terjadilah jerawat. Jika ini merupakan tabiat yang memang sukar dijauhkan, sapu ‘hand sanitizer’ sekerap yang mungkin.
BERKONGSI BERUS SOLEKAN
Penggunaan berus solekan yang kotor dan berkongsi berus solekan dengan orang lain boleh menyebabkan pembiakan bakteria dan liang pori-pori tersumbat. Ia juga mengakibatkan kuman daripada alat solek mudah tersebar kepada bahagian lain pada muka. Cuba gunakan jari atau berus berasingan untuk setiap alat kosmetik dan jangan lupa cuci setiap minggu. Jangan pandang remeh dan tidak mengendahkan perkara sebegini kerana ia mungkin penyumbang terbesar dalam masalah kulit anda.
PENGELUPASAN KULIT BERLEBIHAN
Pembersihan yang terlalu kuat atau kasar dan pengelupasan yang berlebihan boleh mengakibatkan penghasilan minyak yang berlebihan dan kesan yang lebih teruk adalah menyebabkan bakteria merebak. Untuk alternatif lain gunakan glycolic peel tiga kali seminggu.
PENGAMBILAN MAKANAN RINGAN
Kajian dari American Academy of Dermatology menyatakan makanan yang mengandungi bahan MSG yang tinggi akan menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkat lantas menghasilkan insulin yang banyak. Insulin itu kemudiannya mengaktifkan kelenjar minyak yang menghasilkan hormon androgen, yang akan mengakibatkan penumbuhan jerawat.
TIDUR TANPA MENCUCI SOLEKAN
Tidur dengan mekap boleh menjadi punca kulit kering. Ia juga menyebabkan kulit terdedah dengan radikal bebas yang akhirnya membuatkan kolagen kulit musnah, dan akhirnya kedutan mula muncul di kulit. Kulit biasanya memperbaharui sel-sel ketika kita tidur, tetapi andai kulit tidak dicuci bersih sukar untuk ia menghasilkan sel baru secara semula jadi.
Dan ini pula rahsia kecantikan kulit wajah selebriti:
ANZALNA NASIR
Menyapu putih telur pada wajah dan sering berselawat setiap kali membasuh muka.
ROZITA CHE WAN
Amalan semenjak remaja, mencuci muka terlebih dahulu dengan air sejuk pada waktu pagi bagi mengecilkan pori wajah.
SITI NURHALIZA
Pengambilan Vitamin C, E, antioksida dan B Complex serta berselawat setiap kali mencuci muka.
JENNIFER ANISTON
Pengambilan air dan tidur secukupnya serta pemakaian krim pelindung tabir suria.
KATE MIDDLETON
Mendapatkan rawatan wajah “Bee Venom Facial” untuk tampil muda dan berseri.
SCARLETT JOHANSSON
Memilih ‘toner’ ataupun penyegar wajah yang diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu campuran air dan pati lemon untuk mengurangkan bintik-bintik hitam pada wajah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menyewa rumah yang kecil dan sempit bukaannya bukanlah alasan untuk kita membiarkan tidak berhias dengan cantik. Lihat cara wanita cantik ini menghias rumahnya. Sangat hebat!
Seorang pengguna facebook, Siti Mariam Kamsan berkongsi dekorasi yang amat menarik di akaun facebooknya bagaimana beliau mampu mengubah ruang kecil menjadi lebih menarik.
MAKEOVER RUMAH FLATE TO SIMPLE MODERN STYLE Yeahhh! Akhirnya siap jugak buat kerja gila make over rumah sewa flate ni taww!
Kalau orang cakap rumah sewa je pun beriya kau ni, Oh no! Jiwa aku bukan jenis terima je duduk rumah bersepah, bersemuih. Sakit mata iollss. Nak duduk 24 jam ni uiii Kerja idea dan pemilihan perabot adalah dari aku. Tapi kerja-kerja pemasangan pula oleh suami tercinta. Tak pernah seumur hidup dia mengecat rumah hari raya ke -2. Nasib PKP memang tiada tetamu datang. Terima kasih sudi melayan bini Total cost untuk make over ruang tamu ni ialah dalam RM1300 termasuk tv kabinet, chest drawer, sofa bed, tikar getah, beli sikit-sikit sepanjang PKP berlangsung ni bukan sedebuk beli sekaliguss. Masa mula-mula dapat gambar rumah ni, mesin basuh tu ada kat ruang tamu. Dalam kepala ni banyak kerja aku nk buat ni. Hari pertama masuk rumah tak boleh tidur gaiss pikir cemana nak bagi rumah nampak kemas teratur. Sikit-sikit plan untuk make over ni Kebanyakan perabot beli dari Shopee & Lazada. Diselitkan sekali details harga kedai Senang korang nk survey nanti. Sofa ni beli dari Lazada. Kedai berlainan ya. Lampu beli dari shoppe
Ok ini sangat penting di panggil DROP POINT . Tempt letak kunci . So senang tak payah risau masalah kunci hilang ke hape. Tempat dah disediakan. Sila letak dengan bahagia. Jangan lempar. Pasu tu aku pakai botol sabun mandi dari watson je. Daun monstera beli dari shoppe harga RM 2 tak silap Chest drawer 4 tier – RM 174 -Lazada. Pasang sendiri yang chest drawer ni.
Ok ni dalam kita susun tabung, Al-Quran . Handsanitizer pun letak kat situ.
Letak kasut sekolah anak.
Alhamdulillah tercapai dah impian. Cukuplah untuk sedap mata memandang.
Ok last sekali kalau nak deko muka & rawat muka bagi lagi cun meletupps cantik menarik kau memang debom boleh dapatkan Meeracle dari saya taw! Tiberrrr 🤣
Semoga bermanfaat
Semoga memberi sedikit inspirasi untuk kawan-kawan dekor ruang tamu masing-masing juga. Ps : Rumah sewa pun boleh deco juga Gambar last sekali wajib tengok. True, Siti Mariam Kamsan
Bukan pakar deco
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Berdepan dengan pandemik Covid-19 telah bermacam-macam rawatan atau cara alternatif yang dikatakan boleh mengelakkan atau menyembuhkan daripada penyakit Covid-19. Ada yang beranggapan, tidak salah untuk mengamalkan cara atau idea-idea yang dikongsikan di media sosial selagi tidak merbahayakan kesihatan.
Umpamanya menggunakan bawang putih, menghidu wap air dari rebusan bunga cengkih dan macam-macam lagilah. Bahkan baru-baru ini tular pula, satu cara mengelakkan jangkita Covid-19 di tik tok dengan menggunakan semburan cuka yang diletakkan ditangan dan kemudian dihidu bau masam cuka tersebut.
Namun perkara tersebut telah mendapat perhatian daripada seorang ahli perubatan yang dikenali sebagai Dr Champz menegur dengan memberi penjelasan padu di TikToknya, petua yang viral tersebut sebenarnya membahayakan diri sendiri dan boleh mendatangkan kesan yang tidak baik kepada kesihatan.
Apatah lagi bila Dr ini ada pengalaman sendiri merawat pesakit gara-gara mengikut petua viral tersebut.
“Ada seorang pesakit datang mengadu pening dan sesak dada kerana mengamalkan kaedah menghidu cuka daripada tapak tangan.
“Sebenarnya, kansentrasi asid yang pekat boleh menyebabkan iritasi pada hidung, paru-paru dan mata. Cara menghidu bau cuka adalah tidak akan menghilangkan atau membunuh covid -19 sama sekali,” ujarnya.
Pada masa sama, di dalam video yang dikongsikan Dr Champz ini ada memberitahu banyak langkah lain yang lebih mudah boleh dipraktikkan untuk menghindari daripada dijangkiti. Pastinya cara tersebut adalah dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Jagalah jarak ketika berada di tempat awam, memakai double mask dan hand sanitizer. Paling penting sekali adalah kerap mencuci tangan.
Video ini mendapat tontonan hingga 133 ribu dan sebaiknya dijadikan pengajaran dan sewajarnya diambil serius apa yang cuba dikongsikan oleh doktor ini. Agar tidak ada lagi berlaku kes-kes yang boleh membahayakan diri sendiri.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.