Jika anda ingin membakar kek chiffon agar nampak cantik dan bahagian atas kek tidak terlihat hangus, ada trik yang boleh anda lakukan ketika membakar kek.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Khatijah Mamat.
Ternyata kek yang dibakar nampak begitu cantik dan gebu sekali. Selain berkongsi tip, di sini turut disertakan resipi untuk dicuba.
Ini perkongsiannya.
KEK CHIFFON
Resepi
1. Telur 6 biji (asingkan putih dan kuning)
Ads
Bahagian A
1. 6 biji Telur kuning (pukul)
2. Masukkan minyak jagung ( 60 ml)
3. Masukkan santan yg dicampur perisa pandan (60 ml)
4. Masukkan tepung naik sendiri (1 cawan)
* pukul sebati bahan atas
Bahagian B
1. 6 biji telur putih (putar sampai berbuih)
2. Masukkan cream tartar (1 sudu kecil)
3. Masukkan gula 2/3 cawan, sedikit2 dalam 3 kali
* putar sehingga berkilat dan bila terbalik tak jatuh
Satukan bahan A dan bahan B sehingga sebati…kacau manja-manja je…tuang dalam loyang
* loyang tak perlu sapu planta.
Ads
*Bakar suhu 170, 40 minit…bergantung oven masing-masing
* Dah bakar kek, agak-agak nampak kek macam dah coklat, letak kertas kat atas, supaya bahagian atas tak hangus
Ads
*Dah masak angkat terbalikkan loyang kek sehingga sejuk, baru boleh keluarkan kek
* Cara keluarkan kek dari loyang, guna tangan sahaja…tarik slow-slow dan sangat lemah lembut..sehingga kek lekang dari loyang..
Sumber : Khatijah Mamat via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika dilihat kehidupan anak-anak kita pada masa ini, tidak keterlaluan dikatakan semuanya ‘melekat’ bermain gajet. Jauh bezanya jika ingin dibandingkan dengan kehidupan kita zaman kanak-kanak dahulu.
Boleh dikatakan macam-macam aktiviti kita lakukan, selain bermain kita juga akan membantu ibu ayah melakukan kerja rumah dan mengambil upah melakukan kerja-kerja yang mudah. Apa yang pasti bukannya ‘terperap’ di dalam bilik.
Pun begitu melalui perkongsian di laman tiktok, @mfs_bengkelbesi ada berkongsi video berkenaan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang rajin membuat kerja-kerja dan turut membantunya mengecat meja.
Sebagai ganjaran, anak kecil ini mahu usahanya itu dibayar dengan beras dan bukannya wang ringgit. Kerana baginya dengan beras dapat makan ramai-ramai bersama ahli keluarga.
Menurut Faeez Salleh, sebenarnya masih ada anak-anak di zaman ini yang tidak meletakkan gajet sebagai pilihan utama dalam mengisi masa yang ada.
Berkenaan video yang dikongsikan itu telah tular, dia ingin memberi sedikit pencerahan berkenaan adik Muhammad Hanif Zakaria itu sebenarnya daripada keluarga B40.
Jelasnya lagi, “Saya tak mahu orang salah sangka, salah anggap kata keluarga adik ni daif. Umur dia 11 tahun, dia rajin dan musim PKP ni dia boring. Kebetulan saya ada job sikit-sikit. Saya panggil dialah, suruh dia belajar pastu saya bagi upah sikit.”
“Cuma bila berkenaan upah, saya tanya nak duit ke nak beras. Lepas tu dia kata nak beras. Saya tanya kenapa nak beras, dia kata sebab beras boleh makan ramai-ramai.
“Tujuan saya nak tunjuk kerajinan dia, budak-budak umur dia sekarang semua gajet tapi dia gajet nombor dua. Dia suka tolong orang, buat kerja-kerja kampung. Kira bukanlah daripada keluarga daif. Harap semua dapat ambil maklum,” ujar Faeez di posting berikutnya.
Meninjau diruangan komen, ramai mendoakan agar adik ini menjadi anak yang soleh dan dimurahkan rezeki. Bahkan ramai memuji dan tidak menyangka, anak berusia 11 tahun sudah tahu untuk membantu orang tuanya di musim pandemik ini yang rata-rata semua antara kita terasa terbeban dengan masalah kewangan dan sebagainya.
Bencana banjir yang melanda di beberapa negeri baru-baru ini memberi kejutan kepada seluruh negara terutama bagi pendudk Lembah Klang.
Ketika kejadian ada yang memberi tahu hanya mampu lari menyelamatkan diri tanpa membawa kelengkapan penting. Bahkan ada juga duduk di atas bumbung rumah. Namun siapa sangka dalam tempoh 24 jam dikatakan bahawa tiada bantuan penyelamat.
Ketika ini sudah pastinya mangsa banjir ada yang lapar, kesejukan dan kegelapan serta bateri telefon makin menyusut.
Suasan begitu membuatkan warganet puan Nur Farhana Aziz terpanggil untuk turut berkongsi cara beliau melakukan persiapan menghadapi sebarang bencana.
Dengan menyediakan beg yang besar dengan beberapa keperluan penting di dalamnya. Katanya, kelengkapan beg kecemasan itu telah dilakukan sejak bulan September.
Bukan hendak menabik dada tetapi berkongsi manfaat bersama demi keselamatan ahli keluarga.
Malah katanya, perkongsian beliau sebelum ini pernah mendapat komen negatif daripada netizen yang beranggapan negara Malaysia jauh daripada sebarang bencana.
Memasuki usia 40-an pada tahun ini, pelakon cantik manis yang juga ibu kepada 4 cahaya mata ini masih tetap anggun dan awet muda. Bibirnya tidak lekang dek senyuman.
Menurut Lisdawati lagi, sungguhpun dirinya bergelar isteri dan juga ibu, bahkan penampilan juga sudah agak berubah, itu semua sedikit pun tidak memudarkan minatnya dalam bidang lakonan.
Dia yang baru melahirkan anak keempat mengakui pengalaman hamil di usia yang agak lewat, jelas ada perbezaan ketara daripada kehamilannya yang terdahulu.
“Kali ini saya hamil pada usia 40 tahun, memang berbeza dengan yang terdahulu. Dari segi tenaga terutamanya dan juga nak dapat balik bentuk badan yang asal seperti dahulu. hamil pada usia dah menjangkau 40-an ini banyak yang perlu dijaga.
“Jadi, saya banyak jaga pemakanan dan melakukan senaman untuk kembalikan bentuk badan yang asal. Bagi saya mudah sahaja, apa yang kita lakukan sekarang adalah bekalan untuk hari tua, jadi penting untuk saya menjaga pemakanan saya dan yang sentiasa menjadi amalan adalah minum air kosong yang banyak.
“Saya memang tak boleh kalau tak minum air manis tapi apa yang saya lakukan adalah pastikan diri sentiasa berdisiplin untuk minum sekurang-kurangnya lapan gelas air kosong setiap hari,” ujarnya lagi.
Muda dan jelita di usia 40-an
Walaupun sudah memasuki usia 40-an dan mempunyai empat orang anak, ibu kepada Nor Aini Farhana, Nor Aina Fazneesya, Ahmad Nur Fyrdaus dan Ahmad Nur Fayyadh ini tetap kelihatan muda dan jelita. Turut berkongsi rutin pemakanan yang diamalkan menurut Lisdawati, dia jarang makan ayam dan daging.
“Saya memang seorang yang jaga pemakanan. Saya memang jarang makan ayam dan daging. Dalam hidangan untuk saya sendiri atau keluarga, memang saya banyakkan sayuran terutamanya lobak merah. Anak-anak dan suami memang dah sedia maklum, kalau saya yang masak, lobak merah pasti ada dalam menu kami.
“Untuk makan malam pula, saya lebihkan sayuran dalam hidangan. Kalau ambil nasi dan lauk, separuh pinggan saya adalah sayuran. Saya pernah buat eksperimen dengan badan saya. Dua minggu saya tak jaga makan dan makan ayam setiap hari, hasilnya badan saya naik 4kg. Nak turunkan balik punyalah lama ambil masa. Sejak itu saya kurang makan ayam dan daging. Kalau nak makan protein, saya lebih memilih ikan dan juga makanan laut yang lain sebagai ganti.
“Bagi saya, paling penting adalah jaga pemakanan dan lakukan senaman. Kita sendiri tahu apa yang badan kita perlukan. Kalau nak diet pun boleh tapi jangan sampai paksa diri tidak makan dan sebagainya. amalkan pemakanan yang sihat dan jangan lupa bersenam itu yang paling penting,” ulasnya lagi.
Sikap panas baran berkurangan
Jelas Lisdawati lagi, dalam meniti usia bersama suami, pelbagai ujian dalam kehidupan yang melanda membuatkan mereka lebih muhasabah diri. Usai 8 tahun berkahwin, Fauzi mula menunjukkan perubahan positif dan sikap panas baran juga sudah berkurangan.
Malah hubungan mereka berdua juga bertambah baik ditambah dengan kehadiran empat orang cahaya mata yang melengkapkan kehidupan mereka di samping empat orang anak Fauzi yang lain menerusi perkahwinan terdahulu.
Tambah Lisdawati, dia sebenarnya kagum dengan anak-anak tirinya. Walaupun bersekolah di sekolah yang terletak di luar bandar, mereka dapat membuktikan bahawa mereka boleh berjaya walaupun tidak bersekolah di sekolah elit atau sekolah swasta seperti di bandar.
Kini anak sulung Fauzi sedang belajar di Universiti Malaya, manakala anak ketiganya baru sahaja menamatkan pengajian di INTEC sebelum menyambung lagi pengajian dalam bidang yang lebih tinggi.
Pendekatan untuk anak-anak
Turut berkongsi cara dalam mendidik anak-anak, jelas Lisdawati, dia dan suami sering beriadah dan menghabiskan masa bersama dengan anak-anak.
“Kami kalau berkumpul biasanya suka menonton filem-filem di televisyen bersama-sama. Dari situ saya dan suami akan kupas semula pengajaran yang boleh diperoleh daripada filem yang ditonton. Orang kata sambil berhibur secara tak langsung kami mengajar.
“Selain itu kami juga menjadi tempat mereka untuk bercerita apa sahaja tentang kehidupan dan juga masalah yang dihadapi. Jadi kawan dan pendengar setia untuk mereka adalah cara kami dekatkan diri dengan anak-anak.
“Saya dan Fauzi tak ada bantahan jika anak-anak nak ceburkan diri dalam bidang seni seperti kami. Tapi mereka kena lepas syarat dan cukup kuat untuk tempuhi ujian-ujian yang tak disangka-sangka.
“Kami akan ceritakan pahit manis sepanjang bergelar anak seni supaya mereka dapat gambaran sedikit sebanyak tentang itu. Kalau mereka rasa betul-betul kuat dan tegar untuk harungi semua itu, Insya-Allah kami tak ada halangan, semuanya terserah kepada anak-anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di