Terkenal sebagai Raja pop legenda, Datuk Jamal Abdillah, 63, berkongsi bahawa dia memberi peluang kepada peminat untuk memilih nama sesuai buat anak keempatnya bersama isteri, Datin Zai Izzati Khiruddin, 27, yang dijangka lahir pada 23 Mac ini.
Menurut pelantun lagu ‘Azura’ itu, dia juga meminta peminat dan pengikutnya di media sosial untuk sama-sama mencadangkan nama sesuai untuk anggota baharu dalam keluarganya itu.
“Kalau peminat atau pengikut di laman sosial saya ada nama sesuai dengan maksud yang baik dan indah untuk bayi perempuan kami ini, boleh tinggalkan komen di laman Instagram saya dan isteri.
“Kami masih mencari nama yang sesuai lagi dan isteri pula hanya serahkan pada saya untuk memilihnya,” katanya.
Sebagai bapa, Jamal berkata, dia dan isterinya juga tidak sabar menantikan kelahiran bayi perempuan itu sekali gus melengkapkan lagi kebahagiaan rumah tangganya.
“Alhamdulillah, isteri saya, Zai dan bayi perempuan dalam kandungannya juga dalam keadaan sihat serta tiada masalah.
Ads
“Usia kandungan isteri juga sudah mencecah tujuh bulan. Setakat ini, semuanya baik-baik sahaja,” katanya kepada Harian Metro.
Ditanya sama ada merancang untuk menambah anak lagi selepas ini, Jamal memberitahu, dia dan isteri memutuskan anak keempat itu adalah yang terakhir.
“Saya berasa sudah cukup kami memiliki empat anak iaitu dua pasang anak lelaki dan perempuan.
“Kalau nak tambah anak lagi, saya perlu fikirkan kos untuk kami besarkan dan menyara mereka hingga masuk ke universiti.
Ads
“Justeru, fokus kami sekarang untuk membesarkan anak-anak yang masih kecil ini dan memberikan pendidikan terbaik buat mereka,” katanya.
Meninjau di ruangan komen perkongsiannya, rata-rata peminat mula mencadangkan nama kepada cahaya mata yang bakal dilahirkan nanti. Antara nama yang dicadangkan adalah Rabiah mengikut kepada salah satu lagu yang dinyanyikan oleh beliau.
Ads
Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017. Hasil perkongsian hidup dengan Zai, Jamal memiliki tiga anak iaitu Nur Azura Yamani, 3; El Isaac Yamani atau Zack,2; dan Iskandar Rayyan Yamani yang dilahirkan pada 22 Februari tahun lalu.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal juga memiliki dua anak iaitu Osama Yamani, 20, dan Ahmad Zaki Yamani, 16.
Lain orang lain caranya untuk didik anak. Betul tak?
Tapi… Apa salahnya sekali sekala kita ambil contoh atau cara orang lain untuk dipraktikkan dalam mendidik anak-anak. Mungkin ada kebaikannya, kan? Misalnya perkongsian dari Dr Taufiq Razif ni, jom semak!
Jangan buat 5 perkara ni pada anak kita kalau taknak mereka rosak
1. Bagi anak bersendirian dengan gajet
– kita bukan tak percayakan anak kita tetapi kita tak percayakan kandungan internet yang ada di sekeliling kita
2. Bagi semua benda yang anak minta
– jangan bagi semua yang anak kita minta. Kita kena didik dan ajar anak bezakan apa itu keperluan dan apa itu kehendak. Anak yang boleh terima bila kita tak tunaikan permintaan mereka, self-control mereka lebih baik
3. Jangan amalkan bohong anak walau niat untuk mendidik
– akan sampai satu masa anak kita boleh hidu kebohongan kita. Daripada situ kita akan hilang respect mereka terhadap kita. Malah authority dan credibility kita sebagai mak ayah pun boleh pudar di mata anak anak kita
4. Kita tak bagi anak luahkan emosi mereka langsung
” Eh, anak lelaki mana boleh menangis”
” Jangan menangis! Diamlahhhh! Kalau tak diam, mak cubit! ”
– ini salah satu cara bagaimana kita tak bagi anak kita express emosi mereka tanpa sedar. Sampai masa anak kita akan jadi sangat pemendam dan itu akan sangat bahaya pada kesihatan emosi dan psikologi mereka
5. Kita bagi anak bebas berkawan tanpa selidik siapa kawan kawan anak kita
– kita kena tahu, masa depan anak kita terletak pada siapa kawan kawan rapat mereka
– kawan kawan adalah Circle anak kita yang sifatnya sangat ‘Contagious dan Influential’ pada mindset dan attitude anak kita
– perangai, pegangan agama dan kelembutan hati dan diri anak kita banyak dipengaruhi oleh kawan kawannya
– walau kita dah didik anak kita sepenuh jiwa raga kita tetapi jika anak kita tersalah pilih kawan, memang habis rosak masa depan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bukan mudah untuk mendidik anak-anak. Pelbagai kerenah dan cabaran bakal ditempuh. Salah satu persoalan yang ditanyq oleh Ibu Rose adalah mengenai anak yang suka melawan cakap. Ikuti penjelasannya.
JIKA ANAK YANG BERSEKOLAH RENDAH SUKA MELAWAN
Soalan:
Ibu, bagaimana untuk anak yang sudah besar (sekolah rendah) bagaimana menanganinya jika kita sedar yang kita dah tersilap didik. Anak suka melawan etc
————————————————
Jawapan Ibu :
1- Anak yang suka melawan ni satu kerana personalitinya. Namun jika dari kecil anak dididik dengan memberi penerangan apa pun personalitinya tidak menjadi masalah.
2- Pendapatnya tidak diberi perhatian. Maka dia akan melawan kerana mahukan pendapatnya didengar.
3- Ada kemarahan yang tersimpan yang tidak dikendalikan dengan baik. Kemarahan disebabkan bila dapat adik, dia asyik kena marah atau buat itu dan ini. Kena mengalah dan sebagainya.
Maka bagaimana kita hendak membetulkan keadaan.
1- PERLAHAN-LAHAN rapatkan kembali diri dengan anak puan. Dia masih kecil, maka dia masih mahu dijaga, dibelai dan dimanjakan. Maka puan boleh melakukan perkara begini berpada-pada dahulu dan test and measure tengok tindakbalasnya.
2-Banyakkan memberi contoh bagaimana untuk bercakap baik dengan ibu bapa. Disini yang ibu bapa selalu masuk perangkap – kenapa ibu kata macam tu, sebab ramai ibu bapa bila hendak memberi nasihat kepada anak, MEMBANDINGKAN dengan orang lain. Ini yang menyebabkan anak-anak jadi menyampah untuk mendengar nasihat ibu bapa. Oleh itu jangan membanding atau memerli atau ‘insinuate’.
3-Berakhlak mulialah dengan anak-anak bila bercakap. Bercakap dengan suara yang baik dan ambil masa menerangkan.
4- Bila dia melawan, cuba tanya dengan baik dan dalam nada ingin tahu apa yang dia mahu sebenarnya…
5- Anda juga jangan melawan cakap ibu bapa atau bercerita buruk mengenai seseorang. Sebab anak akan mengikut.
Usahalah, anak tidak dilahirkan untuk menjadi degil dan melawan cakap ibu bapa. Cara dia dibesarkan itu mencorakkan sikapnya yang sedemikian. Maka ambil masa untuk membetulkan.
Semoga dipermudahkan.
Ibu Rose – Unleash Your Child’s Greatness.
Jom kita sama-sama berdoa semoga anak-anak sayang semua menjadi anak-anak penyejuk mata?
Cer say Amiinn!.
Salam kasih,
Ibu Rose
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dua tahun tidak bertemu dengan anaknya dan terbaru, dia dan keluarga hanya mengikuti majlis graduasi si anak secara maya di rumah.
Walau bagaimanapun, Pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor memanjatkan kesyukuran apabila anak perempuannya Nurlisa Mohamed Nor berjaya menamatkan pengajian di Universiti Curtin, Perth Australia.
“Alhamdulillah, papa mama dan seluruh ahli keluarga mengucapkan tahniah di atas penerimaan ijazah setelah 4 tahun berada di #curtinuniversity Perth Australia.
“Walaupun tak dapat bersama, hanya menonton di alam maya tapi gembira dapat menyaksikan sebentar tadi.
“Dah dua tahun tak jumpa. Miss you and love you @_nurlisa,” tulis usahawan terkenal ini di ruangan kapsyennya.
Dalam majlis graduasi tersebut, Nurlisa yang menamatkan pengajian dalam bidang pengurusan dan pemasaran tampil cantik mengenakan baju kurung songket berona kelabu cair.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.