Bakal Melahirkan Anak Ke-3, Ibu Ini Masak Lauk Pantang Dan Sejuk Beku, Mudahkan Juga  Suami Sediakan Makanan.

Share

Berpantang adalah tempoh masa untuk wanita memulihkan diri setelah melahirkan anak. Waktu ini adalah masa untuk ibu yang bersalin untuk memastikan mendapat rehat yang secukupnya.

Malah, apabila badan mendapat cukup tidur dan rehat, ibu mudah menguruskan bayi termasuk memberikan penyusuan susu ibu semasa dalam tempoh berpantang.

Bagi puan Nor Azizan yang bakal melahirkan anak ke tiga telah melakukan pelbagai persediaan persiapan termasuk makanan semasa berpantang.

Beliau yang menunggu hari untuk bersalin, telah berkongsi beberapa menu masakan yang akan dihidang ketika berpantang.

Menu pantang yang telah di masak dan disejuk bekukan termasuk sup ikan merah, pindang ikan selar, ayam perap mandy. auam stim halia, siakap stim halia, ayam ungkep,  daging goreng kunyit, daging rebus air asam dan daging black pepper.

Katanya cara ini dapat menjimatkan masa dan memudahkan suami menguruskannya ketika dalam pantang lantaran berpantang sendiri di rumah.

Kesungguhan dan kerajinan beliau mendapat pujian warganet. Apa lagi boleh lihat menu lauk berpantang, boleh jadi inspirasi untuk ibu yang bakal melahirkan anak tidak lama lagi.

Tengah menunggu hari nak melahirkan anak ke 3. 

Kali ni berpantang sendiri . Dah siap-siap masak lauk berpantang utk difrozenkan. M

asak untuk suami dan anak-anak jugak. Same-sama ler makan lauk berpantang ye

Memudahkan keje suami jugak . Takyah lame-lama at dapur nak sediakan makanan

Inilah menu pantang. Semua lauk yang dimasak disejuk beku.

Meriahnya lauk pantang. Apa pun, suatu usaha yang baik untuk memastikan tempoh berpantang dilalui dengan sempurna.

Selamat mencuba cara ini!

Sumber: Nor Azizan