Pilot Wanita Minati Bidang Nyanyian, Sudah Ada Album Raih Perhatian

Share

Pakej yang lengkap! Rupa, gaya, personaliti dan bakat membuatkan Farah Rose meraih perhatian warganet dan juga komposer terkenal, Eddie Hamid. Inilah kisah bakal juruterbang yang bergelar penyanyi.

Lantaran itu, gadis genit berusia 22 tahun ini telah meraih perhatian warganet. Siapa sangka kerjaya di awan biru memiliki suara emas.

Nur Farah Najihah Rosmi atau lebih dikenali sebagai Farah Rose, kini mula mencipta namanya segolongan bakat muda generasi “Budak Baru Nak Up (BBNU)” yang semakin mendominasi industri seni hiburan.

Menggadaikan single pertamanya “Lagu Ceritaku”, penyanyi molek ini mula mendedah dirinya di dalam bidang nyanyi sejak kecil lagi. Bakat yang dimiliki membuat komposer, Eddie Hamid “melamarnya” untuk merakamkan lagu pada 4 tahun yang lalu.

Mengikut pengalamannya, Farah pernah menyertai pertandingan “Bintang Kecil” satu ketika dahulu dan menganggap pengalaman itu sebagai pengalaman yang manis untuk dikenang walaupun proses menjadi seorang penyanyi itu sukar.

“Ini adalah kali pertama saya membuat rakaman lagu di NAR Records. Saya rasa ini adalah pengalaman yang baru kerana saya tidak pernah rakam sebarang lagu dan tidak menjangka sebenarnya ia sukar berbanding apa yang dilihat. Saya berterima kasih kepada semua pihak yang menjayakannya. Sebelum ini saya banyak buat cover dan persembahan secara langsung kerana sejak kecil lagi saya sering dijemput untuk buat persembahan di pelbagai acara. Saya pernah masuk pertandingan bintang kecil anjuran RTM semasa tahun 2010 dan 2011. Ketika itu, saya menjadi juara bintang kecil di Langkawi dan tempat ketiga bagi Zon Utara. Ibu-bapa yang banyak beri galakan kepada saya kerana mereka lihat saya berpotensi sejak kecil lagi” jelas Farah.

Di sebalik perwatakannya yang anggun dan lemah lembut, siapa sangka penyanyi muda ini mempunyai kelulusan sebagai seorang juruterbang dari HM Aerospace Langkawi.

Bukan itu sahaja, anak dara ini hanya menunggu masa untuk berkhidmat di syarikat penerbangan. Disebabkan itu, dia mengambil masa yang ada untuk mengembangkan lagi bakat nyanyiannya dan berniat untuk dikenali sebagai seorang juruterbang yang berkebolehan.

“Saya baru sahaja tamat pengajian di sekolah penerbangan dengan melengkapkan 200 jam penerbangan pada Disember 2021. Saya tak nafikan cita-cita untuk menjadi juruterbang sejak kecil apatah lagi turut didorong oleh keluarga dan abang saya juga seorang juruterbang. Bila semakin meningkat dewasa, saya lihat tidak ramai juruterbang dikalangan wanita jadi saya rasa kenapa tidak saya teruskan cita-cita itu supaya lebih ramai wanita berminat dengan kerjaya ini.Namun dalam masa yang sama turut meminati bidang nyanyian” ujarnya.

Apabila disoal mengenai keutamaan kerjaya termasuk pembahagian masa, Farah kini bersedia dengan batasan masa yang bakal dihadapi justeru mempunyai strategi sendiri untuk membina nama dan mencapai cita-citanya.

“Ketika ini, saya ingin fokuskan dahulu dalam bidang nyanyian dan kemudian kita lihat bagaimana perkembangannya memandangkan saya masih belum mendapat lesen juruterbang secara rasmi. Sementara menunggu lesen tersebut dan industri penerbangan pulih sepenuhnya, saya akan teruskan dengan karier sebagai penyanyi. Saya akui kehidupan sebagai seorang juruterbang sebenarnya agak sibuk tetapi sebenarnya ia fleksibel kerana kita boleh atur jadual penerbangan. Jadi, saya percaya saya boleh bahagikan masa sebagai penyanyi dan juruterbang” katanya lagi.

Semoga artikel ini memberi inspirasi dan motivasi kepada para pembaca di luar sana.

Terima Kasih

Sumber: Detik Kini Viral