Umum ramai yang menyuarakan pelbagai pandangan mengenai pemansuhan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dilaporkan sebelum ini.

Menerusi laporan Sinar Harian baru-baru ini, bahawa  Timbalan Menteri Pendidikan I, Muslimin Yahaya, berkata, setakat ini isu pemansuhan itu masih di peringkat akhir kajian dan keputusan tersebut akan diumumkan tidak lama lagi.

Kita sekarang di peringkat akhir kajian mengenai pemansuhan UPSR dan keputusan muktamad akan dibuat tidak lama lagi.

Kemungkinan besar tidak ada lagi peperiksaan UPSR yang diambil murid Tahun Enam seperti setiap tahun atau selama-lamanya.

Bagaimanapun, setakat ini masih belum KPM belum memuktamadkan sebarang keputusan untuk memansuhkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Terdahulu, KPM pada 15 April lalu mengumumkan UPSR dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tahun ini dibatalkan berikutan pandemik Covid-19.

PEMBAHARUAN UNTUK GENERASI BARU

Ads
Bakal Jadi Sejarah, UPSR Akan Di Mansuh. Deep Pandangan Bapa Ini.
Gambar sekadar hiasan

Dalam pada itu, bapa itu mengharapkan pemansuhan ini memberi impak yang positif untuk generasi kini. Bagi beliau anak-anak sekarang tidak boleh samakan dengan anak-anak zaman dahulu.

Justeru pendidikan perlu ada pembaharuan untuk lebih relevan buat masa kini.

Tiada masalah, kita sokong sahaja perkara yang baik demi kepentingan generasi akan datang.

Anak-anak kita tak boleh disamakan dengan zaman persekolahan kita yang berpuluh tahun dahulu.

Ads

Anak-anak jadi malas dan kurang motivasi apabila UPSR dimansuhkan?

Penilaian dan pentaksiran kan boleh berlaku dalam banyak bentuk dan pada pelbagai situasi? Kita tidaklah perlu terlalu bimbang akan hal ini.

Apa yang kita perlu, adalah kaedah perekodan yang dinamik, mampan dan boleh memaparkan pencapaian anak-anak secara holistik.

Satu lagi, kualiti PdP dalam kelas itu satu perkara yang kita sama-sama perlu ambil tanggungjawab.

Ads

Berilah sokongan kepada pendidik kita, tidak kira apa jua caranya, yang penting, akses kepada kaedah, bahan dan peralatan PdP perlu sama sahaja tidak mengira dimana sekolah mereka berada.

Kalau tanya aku, secara peribadi, tiada masalah jika UPSR dimansuhkan.

Aku dah lihat jatuh bangun bab pencapaian dalam UPSR ni, walaupun ia sebenarnya hanyalah salah satu komponen dalam PPSR sahaja.

Kau tak suka, tak mengapa. Kita melengkapi.

Sumber: Sinar Harian & Firdauz Abdullah

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI