
Tahniah kepada penyanyi dan pelakon, MK K-Clique yang mengumumkan isterinya, Siti Hajaar kini sedang hamil cahaya mata pertama mereka.
Menerusi perkongsian di Instagram, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan memuat naik muzik video ‘cover’ lagu berjudul Oke.
Menariknya di akhir video tersebut, MK turut mencium ‘baby bump’ isterinya.
“Alhamdulillah ya Allah, Alhamdulillah untuk semua nikmat-nikmat mu ya Allah.
Lebih menarik lagi, MK berkongsi berita gembira tersebut bersempena dengan hari lahirnya yang ke-28 pada Sabtu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan rasa syukur dan mengucapkan tahniah di atas kehamilan pertama isterinya.
Untuk rekod, MK dan Siti Hajaar mendirikan rumah tangga pada 16 Jun tahun lalu.
Hari Lahir Puteri Ameerah, Azrinaz Mazhar Titip Ucapan Istimewa, Undang Sebak Ramai

Bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim menitipkan ucapan hari lahir buat anaknya bersama bekas suami, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah undang sebak ramai.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Azrinaz di laman Instagramnya, dia seakan tidak percaya Puteri Ameerah secara rasminya sudah memasuki usia 17 tahun, hari ini.
“17 tahun telah berlalu, namun rasanya seperti baru semalam.
“Saya menahan sakit merindui kamu selama ini, kerinduan yang tidak pernah reda. Melihat kamu membesar menjadi seorang insan yang luar biasa seperti melihat cerminan diri saya, kamu adalah saya, dan saya adalah kamu,” tulisnya.
Azrinaz turut meluahkan rasa rindu terhadap anak perempuannya itu yang sekian lama tidak bertemu namun, bersyukur Puteri Ameerah membesar menjadi seorang insan luar biasa.
“Dalam kelas tersendiri, kecantikan kamu anakku tak pernah berhenti memukau saya. Terbanglah tinggi, Puteri kesukaan dunia saya. Tiada terbatas untuk memanggil kamu milik saya,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, Azrinaz Mazhar Hakim pernah mendirikan rumah tangga dengan Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah sekitar tahun 2005, namun telah berpisah pada tahun 2010.
Bila Anak Tercekik & Tersedak, Ibu Jangan Cemas, Sila Lakukan 4 Langkah Ini Ya

Usah pandang ringan jika anak anda tersedak setiap kali minum susu atau menjamah makanan kegemarannya. Jangan kata bayi, kanak-kanak berusia tiga tahun ke atas juga berisiko mengalami masalah ini.
Banyak kematian melibatkan bayi tersedak susu dicatatkan di negara kita. Hal ini membuktikan masalah anak tersedak dan tercekik makanan adalah masalah yang tidak boleh dipandang ringan.
Apa yang perlu anda lakukan jika anak kecil anda tercekik dan tersedak serius yang serius?
#Langkah 1 – Halakan Kepala Ke Bawah
Bagi bayi di bawah umur 1 tahun, sebaiknya anda menepuk di belakang badan menggunakan tapak tangan sehingga lima kali sehingga bayi anda mengeluarkan sendawa.
Dengan menggunakan lengan dan paha anda, posisikan kepala dan muka bayi menghala ke bawah dan tepuklah sebanyak lima kali.
#Langkah 2 – Elak Keluarkan Objek
Jika anak-anda tersedak atau tercekik, tetapi masih boleh bernafas dan bercakap, ini bermakna laluan pernafasan masih ada. Ketika ini jangan cuba mengeluarkan objek atau makanan yang tersekat kerana ia mungkin akan menolaknya lebih dalam lagi.
Apa yang perlu anda lakukan adalah mencuba untuk anak kecil anda batuk dengan sendirinya sehingga dia benar-benar pulih. Biarkan dia bernafas seperti biasa.
#Langkah 3 – Menekan Perut
Jika kanak-kanak itu masih dalam keadaan sedar tetapi tidak boleh bernafas atau bercakap atau mukanya sudah mula menjadi biru, apa yang perlu anda lakukan adalah menggunakan teknik menekan perut. Namun anda harus melakukan teknik yang tepat.
Sebagai ibu, tidak salah jika anda mempelajari teknik ini supaya mampu menyelamatkan anak kecil anda.
#Langkah 4 -Minta Bantuan Kecemasan
Namun jika anak anda sudah tidak boleh bernafas, ada baiknya anda segera meminta bantuan kecemasan.
Pastikan anda menyimpan nombor kecemasan seperti nombor hospital terdekat atau ahli keluarga dan jiran yang dirasakan mampu membantu anda. Sementara menunggu bantuan kecemasan tiba, kaedah paling tepat adalah melakukan kaedah CPR kepada anak kecil anda.
Kanak-kanak?
Bagi kanak-kanak pula, apa yang anda boleh lakukan adalah dengan memeluk anak dari belakang dan letakkan tangan di bawah dadanya atau di atas perut.
Kemudian tarik atau ‘sentak’ sedikit kuat supaya makanan yang tersangkut terkeluar dengan sendirinya. Lakukan beberapa kali supaya keadaan anak kembali pulih. Buat dengan yakin.
“Sara Daripada Merengek Terus Diam.” Tragedi Berlari Sebelum Terjatuh Lepas Minta Susu, Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Tertusuk Pisau.

Siapa sangka dalam sekelip mata si kecil ini maut selepas terjatuh ke lantai lalu terkena tusukan pisau. Nur Qhaisara Medina Supian, 2, sebelum itu dikatakan meminta untuk minum susu dengan ibunya.
Ibu mangsa Hana Mazlan, 27, berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi tadi, dia sedang tidurkan anak bongsunya di ruang dapur rumah di Kampung Teluk Pial Baroh, Kuala Kurau dekat sini sebelum didatangi mangsa yang mahu minum susu.
“Semasa minta susu saya cakap dekat dia tunggu sekejap saya tengah buai anak bongsu. Dia (mangsa) kemudian pergi ke neneknya yang juga berada di bahagian dapur sebelum terpijak pinggan.
“Dia kemudian jatuh atas pinggan itu sebelum pisau yang berada di atas pinggan tertusuk di bahagian kiri perut. Pisau yang tertusuk anak saya itu adalah pisau melapah daging lembu, namun sebelum itu anak sulung menggupas buah mempelam serta meninggalkannya atas pinggan di lantai,” katanya.
Ibu kepada lima orang anak itu berkata, dia terus memangku anaknya yang tiba-tiba menangis dan mengosok-gosok badan anaknya sebelum menyedari pisau sepanjang 15 sentimeter itu tertusuk di perut mangsa.
“Selepas ibu mentua saya tarik pisau itu dan dia tak sedarkan diri. Kami bawa dia ke klinik sebelum dirujuk ke Hospital Parit Buntar dan disahkan meninggal dunia,” katanya dan menambah mangsa di bawa ke HRPB untuk bedah siasat.
Menurut Hana, semasa kejadian kesemua anaknya yang berumur 9 tahun hingga empat bulan serta kedua ibu bapa mentua berada di rumah dan ketika kejadian mangsa baru sahaja mandi dan tidak berpakaian.
Sementara itu, bapa mangsa, Supian Samsuri, 42, yang bekerja sebagai pemandu jentera di Pertubuhan Peladang Negeri Perak Utara di Titi Serong berkata, semasa kejadian dia sedang bekerja dan kejadian itu dimaklumkan oleh sepupunya kira-kira pukul 10 pagi.
Beliau berkata, mangsa yang sebelum ini tidak banyak ragam, akhir-akhir ini suka menarik perhatian dan banyak ragam.
“Anak saya sebelum ini suka buat hal sendiri, tak kacau orang, tetapi sejak kebelakangan ini dia banyak ragam dan kerap duduk atas pangku saya,” katanya.
Katanya, mangsa dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teluk Pial Baroh esok.
Sumber: Bernama