
Neelofa menerusi Insta Stories berkongsi beberapa video pendek yang menunjukkan beberapa kelengkapan penting Bilal antaranya pakaian, selimut dan topi.
isteri kesayangan Haris Ismail atau PU Riz ini turut mengakui obses untuk melihat permata hatinya itu mengenakan topi.
“Ini rahsia Muhammad Bilal. Topi dia punyalah banyak dan macam-macam warna mak dia beli. Sebab mak dia obses bila dia (Bilal) pakai topi ya,” selorohnya.
Dalam masa yang sama, Usahawan terkenal turut mengasingkan pakaian yang sudah tidak muat dipakai Bilal.
“Baju yang tak muat… nak simpan elok-elok dalam kotak. Supaya boleh pakai balik nanti for the next baby, insyaAllah,” katanya lagi.
Untuk rekod, Neelofa dan PU Riz berkahwin pada Mac tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022.
Sumber:neelofa
ARTIKEL MENARIK: “Tiap Malam Dia Jerit, Tak Lena Tidur.” Jururawat Ni Throwback Pengalaman Rawat Bella, Bikin Ramai Sebak
ARTIKEL POPULAR: “20 Tahun Lalu Susah Cari Sekolah Untuk Anak.” Ahmad Idham Bina Sekolah Pendidikan Khas, Kemudahan Untuk Anak Istimewa
Wow! Durian Runtuh Menanti Pendeposit Simpan SSPN Sempena Sambutan Jubli Perak PTPTN!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Anak Selang Bunga Macam ‘Mat Saleh’, Nurul Syuhada Akui ‘Tutup Kilang’

Anak Selang Bunga Macam ‘Mat Saleh’, Nurul Syuhada Akui ‘Tutup Kilang’
Pastinya ramai yang mengenali pengacara yang cantik manis ini, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain.
Anak kelahiran Negeri Sembilan ini, merupakan personaliti TV3 yang popular menerusi program, Majalah 3, Malaysia Hari Ini dan pernah menggondol Juara Malaysian Top Host pada 2005.
Bekas pengacara Nurul Syuhada Nurul Ain dan juga pasangannya Raja Amir Shah Raja Azwa bahagia dengan rumahtangga yang mereka bina diserikan dengan empat cahaya mata.
Comel-comel semuanya lebih manis bila anak selang bunga iaitu kelahiran anak berselang jantina; perempuan, lelaki, perempuan, lelaki.
Artikel trending: Pada Usia 50 Tahun Azah Aziz ‘Maintain’ Cantik, Tak Buat Pembedahan, Makan Dua Sudu Nasi Je
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Terbaru, perkongsian Nurul Syuhada nyata menarik tumpuan peminat dengan kecomelan anak-anaknya yang seakan-akan anak ‘Mat Saleh’.
Kecomelan anak-anaknya itu membuatkan wargamaya teruja. Ada yang memuji anak-anaknya.
Dalam pada itu, ada yang bertanya sama ada untuk menambah zuriat lagi, tanpa berselindung, Nurul Syuhada mengakui sudah ‘menutup kilang’.
“Tutup kilang dah ker sis?”
“Sudah. Sis.- Nurul Syuhada”
RUPANYA SUAMI BERDARAH KACUKAN
Siapa sangka, rupanya kecomelan wajah anak-anak pasangan bahagia ini rupanya diwarisi oleh suami Nurul Syuhada, Raja Amir yang berdarah kacukan Melayun-Australia dari sebelah ibunya.
Selama 11 tahun melayari bahtera rumah tangga, Nurul Syuhada dan Raja Amir dikurniakan empat cahaya mata termasuk sepasang kembar iaitu Raja Abdul Mateen dan Raja Nour Emaan, 8, Raja Ahmad Shah dan Raja Aasiya Amaal, setahun.
PASANGAN ROMANTIK YANG MENYAMBUT ULANG TAUN PERKAHWINAN 11 TAHUN. MOGA BAHAGIA TILL JANNAH
WARGAMAYA TERUJA LIHAT FAMILI NURUL SYUHADA MACAM ‘MAT SALEH’

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Gigit Kuku Dan Sapu Aje Waktu Maghrib. PU Azman Jelaskan Sebabnya. Mudah Faham!

Entri terbaharu Pencetus Ummah (PU) Azman di laman sosial Instagram beliau hari ini berhubungan dengan larangan mengigit kuku dan sapu waktu maghrib.
Beliau menjelaskan kekeliruan yang sering melanda orang ramai mengenai dua hal itu.
Menerusi entri di Instagram (IG), PU Azman menjelaskan tentang hal itu.
“Sebenarnya, tiada larangan daripada Al Quran dan Sunnah pun tentang dua perbuatan ini.
“Cuma mungkin ia pantang larang orang lama yang bertujuan untuk menjaga dan memudahkan kita.
GIGIT KUKU
“Gigit kuku itu mungkin bahaya kerana kuman/bakteria banyak berkumpul di kuku.
SAPU WAKTU MAGHRIB
“Sapu waktu maghrib/malam tidak sesuai kerana zaman dahulu tiada lampu terang macam sekarang maka menyukarkan untuk menyempurnakan proses penyapuan. Barangkali ada sampah yang kita tak nampak.
“Jadi, zaman sekarang lampu terang benderang, kalau ada housemate korang yang suka sapu pada waktu malam tu, dia adalah kawan yang baik. Yang bahaya, housemate yang suka sapu duit member.
View this post on InstagramA post shared by Azman Syah (@pu_azman) on
Menerusi ruangan komen, rata-rata mengucapkan terima kasih kepada PU Azman diatas penjelasan yang diberikan olehnya itu. Dan bersetuju malah menyukai penjelasan yang disertai dengan lawak jenaka.
Sememangnya PU Azman terkenal dengan penjelasan yang mudah difahami dan dinyatakan secara santai.
Kredit: Instagram pu_azman
Ke Hulu Ke Hilir ‘Bawa’ Ayah. Wanita Ni Kongsi Kenangan Konvo Buat Ramai Tersentuh Hati!

Mengimbau saat dapat menggenggam segulung ijazah di majlis konvokesyen, tentu itu menjadi antara detik begitu membahagiakan dalam diri.
Saat itu juga, dirasakan cukup seronok bila orang-orang tersayang turut bersama-sama berada disisi.
Namun berbeza dengan apa yang dilalui oleh wanita ini dan ianya dikongsikan untuk dijadikan inspirasi untuk yang lain.
Saya Nurhafisah Ismail, berumur 28 tahun. Saya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Media di Universiti Malaya. Saya mendapat ijazah ketika saya berumur 26 tahun dan selepas setahun pemergian ayah tercinta ke negeri abadi.
Tak terfikir langsung yang saya akan menamatkan pengajian tanpa ayah disisi. Memang perit untuk terima sebab ini impian ayah dan mak. Ayahlah orang paling gembira dan teruja bila dapat tahu saya berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya.
Banyak pengorbanan ayah yang menjadikan saya seperti sekarang. Kami pasang impian sama-sama. Ayah dah pencen sewaktu saya mendapat tawaran ke UM. Mulanya saya tak nak sambung sebab tiada sumber kewangan yang cukup dan memikirkan keadaan ayah yang tidak sepatutnya bekerja lagi. Tetapi, impian ayah terlalu besar untuk melihat saya mendapatkan segulung ijazah. Katanya, kalau betul nak belajar, duit boleh cari.
Selepas pencen, ayah masih bekerja sebagai pemantau kebun sawit demi mencari duit untuk menanggung pengajian saya. Ayah gigih cari duit walaupun dirinya sudah tidak sihat dan mempunyai masalah jantung.
Setiap kali saya daftar semester baru, ayah akan hantar saya ke UM. Saya dah besar, saya boleh buat urusan pendaftaran sendiri, tapi ayah nak juga hantar. Alasannya, nak tengok bilik adik.
Ayah selalu cakap, “Nanti dah habis belajar, bolehlah jadi wartawan. Nanti ayah boleh tengok adik dalam TV.” Itu yang saya ingat sampai sekarang, tapi saya tak dapat tunaikan impiannya itu.
Ayah pergi sewaktu saya cuti semester sebelum memulakan tahun pengajian yang ketiga. Tahun terakhir pengajian, tahun yang sangat mencabar. Saya pernah ambil keputusan untuk berhenti sebab semangat saya dah tak ada. Tapi, keluarga nasihatkan supaya saya teruskan pengajian kerana ini impian ayah.
Saya usaha sehabis baik untuk tamatkan pengajian. Rakan-rakan dan pensyarah banyak membantu terutama dalam menyiapkan tesis akhir. Keluarga banyak memberi sokongan supaya saya terus kuat.
Saya tahu ramai lagi yang mempunyai kisah hebat bersama ayah atau ibu. Saya cuma berkongsi rasa setelah ayah tiada dan bagaimana saya menghabiskan sisa pengajian. Kalau ikutkan hati, memang saya tak habis belajar. Tapi, memikirkan impian ayah untuk tengok saya naik pentas dan menerima scroll, saya kuatkan semangat dan teruskan sampai habis.
Sewaktu konvo, saya terlupa yang ayah dah tiada sampai saya tercari-cari ayah. Tunang saya datang, bawa gambar lukisan ayah, baru saya sedar. Saya hanya mampu menangis sambil bercakap dengan gambar, “Adik dah konvo. Adik dah capai impian ayah.” Perit untuk terima. Orang yang selalu teruja bila saya cerita perihal belajar, saya ceritakan apa yang saya buat, kongsi semuanya, tiba-tiba dah tak ada.
Terlalu banyak pengorbanan ayah sampai saya tak tahu macam mana nak cerita. Terlalu banyak kenangan sampai saya tak tahu untuk gambarkan. Semuanya tersimpan rapi dalam ingatan saya.
Its the day, Hero. My big day. Supposely, you were there beside me, holding a bouquet of flowers and hugging me, taking pictures together with mom. Supposely. Physically you was not there. But, with that painting, i feel you. Besides me, hugging and crying together with mom. You will say, “ini anak ayah, anak ayah dah besar, lepas ni boleh kahwin.” I miss that, Hero.
Ketika itu semua orang tengok saya bawa “ayah”. Sampai datang seorang pakcik ni tanya, “maaf pakcik tanya, siapa ni?” Adik jawab, “ini ayah saya, ayah dah tak ada, saya bawa gambar saja.” Pakcik tu cuma mampu angguk, mata mula merah tahan sebak mungkin.
Ayah, terima kasih sebab galas tanggungjawab didik dan besarkan sata sampai tahap sekarang, sama-sama dengan mak. Ayah orang paling excited bila tahu saya dapat sambung belajar dekat UM. Setiap sem ayah akan hantar saya untuk daftar, semua orang tengok bila ayah gigih panjat tangga semata-mata nak tengok bilik saya, walaupun bilik tu tetap sama kedudukannya dan lelaki tak dibenarkan masuk pun. Hehehe. Tetap nak hantar.
Banyak lagi saya nak tulis. Pengorbanan ayah, gigihnya ayah cari duit, banyak sangat. Adik simpan semua kenangan kita. Ayah tunggu saya dekat pintu syurga ya. Nanti panggil nama, takut tak perasan ayah sebab ayah mesti handsome sangat waktu tu.
Terima kasih ayah. Terima kasih untuk segalanya. Ayah, saya dah konvo!