Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan
Tak ada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela diri….
Antara lirik lagu ‘Selimut Putih’.. tentu kita pernah dengarnya. Umat Islam dituntut untuk sentiasa bersedia hadapi mati kerana sememangnya hidup di dunia ini adalah singkat dan bersifat sementara.
Malah Rasulullah memerintahkan kita untuk memperbanyak ingat akan mati, kerana mati datangnya tanpa pemberitahuan. Jika ada orang mengatakan sakit adalah tanda akan mati maka itu belum tentu benar kerana terlalu banyak pengalaman umat manusia yang berbulan-bulan dirawat di hospital, doktor pun sudah angkat tangan, tak sanggup lagi untuk mengubati, kemudian dibawa pulang oleh keluarganya, sampai ke rumah diberi ubat-ubatan kampung lalu ia sihat dan segar kembali.
Kematian merupakan rahsia Allah sepenuhnya, kenapa Allah merahsiakan kematian seseorang ialah agar orang itu sentiasa bersiap-sedia untuk menghadapi kematian. Dan orang yang dikatakan bersedia menghadapi kematian hanyalah mereka yang siap bekal untuk kembali kepada Allah dan bekal menghadapi kematian, disebutkan oleh Allah dalam Al-Qur’an : “Bawalah bekal, karena sesungguhnya sebaik-baiknya bekal adalah taqwa” (QS. 2 Al Baqarah : 197) itulah sebabnya kenapa Rasulullah memerintahkan kita agar kita banyak ingat akan mati, karena mati adalah suatu kepastian, mati datangnya tanpa pemberitahuan.
Kenapa Rasulullah memerintahkan agar kita ingat akan mati, kerana dibalik kematian ada kehidupan dan kehidupan itu sangat berbeza dengan kehidupan dunia sekarang ini. Di dalam Al-Qur’an dengan tegas Allah berfirman: “Dalam satu hari yang kadarnya (lamanya) adalah seribu tahun menurut perhitunganmu” (QS. 32 As-Sajdah : 5)
Ya, Allah! Sesungguhnya bersediakah kita untuk menghadapi kematian. Bukan sahaja amalan tetapi persiapan kelengkapan kematian kita.
Sebagaimana perkongsian ini memberi iktibar buat kita semua bahawa siap sedia menghadapi kematian bukan sahaja dengan amalan di dunia tetapi penyediaan kit kematian yang lengkap untuk memudahkan urusan pengurusan jenazah.
Ikuti perkongsian ini.
KIT KELENGKAPAN JENAZAH
Ini PERSEDIAAN aku. Kit kematian namanya.
Kisahnya.
Emak aku tak bersekolah tapi otaknya Alhamdulillah sangat bagus. Pemikirannya selalu jauh kedepan.
Beberapa tahun sebelum ini..dia sudah menyiapkan kelengkapan hari kematiannya. Dia mahu kelihatan cantik tanpa menyusahkan anak-anak.
Dia paling tak suka melihat jenazah diletakkan di atas tilam beralaskan cadar bercorak.
Dan paling tak suka meminjam cadar/sarung bantal putih dari rumah orang utk letak jenazah.
SEDIAKAN SENDIRI KELENGKAPAN KEMATIAN
Makanya, untuk dirinya dia siapkan sendiri kit kematiannya.
Dia jahit sendiri cadar putih size katil bujang siap bergetah untuk dia guna nanti. Sarung bantalnya siap ada renda juga. Satu set telekung. Tuala mandi. Tudung tipis buat penutup muka malah tali² pengikat dagu tangan dan kaki juga disiapkan. Begitu telitinya dia. Dia masukkan dalam satu beg. Kemudian dia pesan dengan kami anak² dan cucu²nya kalau mak mati, amek beg ni..semua ada dlm beg ni.
Ternyata benar..ramai yg kagum..bagaikan perut doraemon, semua lengkap. Urusannya mudah. Perginya pukul 2.15 petang, lepas asar dah siap kebumi. Bagai disambar helang.
JANGAN BERTANGGUH
Dia buat kit untuk dia..dan aku pun kena tempiasnya.. Katanya, “kau pun buat..tulis kat plastik tu”
Biar yang hidup boleh cari dan guna. Dan kit aku ini sebenarnya belum lengkap. Aku suka bertangguh.
Kata mak, “raya setahun sekali kau boleh sediakan baju raya..mahal lak tu.
“Ni nak mati..bukan nak pakai songket ke sutera ke..kain cotton putih je pun kau malas nak siapkan”.
Jadi aku punya aku siapkan pada 1 Rejab 1427 tu. Entah bila aku akan gunakan.
Jadi kawan², adik kakak..mari kita buat KIT KEMATIAN kita. Simpan kat rumah. Pesan kat anak².
Baru 2 hari..rasa dah lama sangat mak tinggalkan aku😭
Kredit : Makjam Md Zin
BACA ARTIKEL BERKAITAN: