Baju Putih Lama-Lama Jadi Kuning. Jangan Buang! Campur Semua Bahan Ni Confirm Berseri Semula

Share

Seram je selalunya kalau nak uruskan baju putih ni. Kalau pakai tu, jaga dengan rapi risau akan lekat kotoran yang degil untuk membasuh! Tapi… dalam menjaga tu sesekali akan terkena juga kotoran degil, paling pun kalau tak kotor akan berubah warna kuning.

 

Haa yang tak tahu macam mana nak kembalikan semula warna kuning ke warna asal putih tu, boleh cuba cara dari pengguna Tiktok ini, @Jason_jezi yang berkongsi cara untuk membasuhnya! Jom ikuti perkongsiannya.

CARA PUTIHKAN SEMULA BAJU PUTIH YANG DAH KUNING

Bahan-bahannya :-

Ubat gigi
Baking soda
Cuka
Air panas
Pencuci baju

Cara-caranya:-

– Campurkan ke semua bahan di atas di dalam baldi dan gaul rata.

– Kemudian, masukkan pencuci baju dan baju atau kain putih yang sudah kekuningan itu.

– Rendam selama 30 minit dan angkat. Jemur di ampain sehingga kering.

– Kain kekuningan itu akan bertukar menjadi putih.

@jason_jezi Share kpd kawan2 yg banyak baju Putih simpan sampai kuning #TikTokGuru #jombelajar #tips #jezismart #learnontiktok ♬ POP! – NAYEON

Sumber: TikTok @jason_jezi