Boleh dikatakan bab hendak melipat baju yang telah dicuci walau pun nampak mudah tapi pekerjaan ini jugalah yang selalu tertangguh untuk dilakukan hingga menyebabkan baju bertimbun-timbun jadinya. Bila jadi begitu, memang sakit mata dibuatnya.
Tambah-tambah pula jika ahli keluarga ramai, sekali cuci sahaja sudah menggunung kainnya, itu belum ditambah lagi kalau anak-anak masih kecil memang berganda-ganda jumlahnya.
Photo by Annie Spratt on Unsplash
Itu sebablah ada antara ibu-ibu menunggu ada mood baru boleh uruskan kain yang banyak itu. Ini sepertimana perkongsian Puan Leena Hassan, berkongsi tip dan cara menguruskan pakaian yang belum dilipat dengan mudah dan bolehlah dipraktikan.
Ini perkongsiannya.
Bab lipat baju selalu jadi bahan topik mak-mak kan… Mak saya yang umur 67 pun, selalu mencurah rasa pasal melipat baju.
Bila pakai baju, kenalah cuci. Bila dah cuci, kenalah lipat. Bila dah lipat, kenalah simpan balik ke dalam almari. Pusingan ini tidak akan habis. Akan berpusing lagi dan lagi dan lagi.
Jadi, cara saya, supaya tidak rasa serabut mata sebab hendak melipat baju perlukan masa dan mood yang sangat-sangat ‘sesuai’.
1. Beli bakul.
Cari yang sama design, saiz dan warna. Jangan beli saiz besar! Cari saiz yang munasabah untuk saya kumpul dan lipat. Agak-agak tiga kali basuh, dah boleh lipat.
2. Asingkan siap-siap ikut tuan punya baju. Macam rumah saya, ada empat orang, jadi nya bakul akan ada lima. Bakul Ayah, bakul Mamy, bakul Firas, bakul Firman dan bakul baju untuk digosok.
Kalaulah tidak sempat melipat seperti yang di rancang, masing-masing boleh cari baju atau seluar dalam bakul itu
.
3. Saya akan melipat sambil mata tengok TV atau telinga dengar ceramah. Kadang-kadang sambil dengar lagu layan perasaan.Setakat ini, cara saya berjaya untuk saya. Belum lagi tertidur masa melipat baju!
Ads
Meninjau diruangan komen nyata ramai juga yang berkongsi pengalaman dalam bab mengurus pakaian yang telah dicuci, dan ini antaranya :
“Kami 8 sekeluarga. Slr je yg lipat. Yg lain semua gantung di hanger bila klr washing machine. Klr kan ke penyidai, then gantung terus dlm almari. No lipat!!”-Haslina Matisa
“Sy suka lipat baju… sbb itulah masa yg dpt berehat smbil tgk tv… Kalo x….jgn harap..kehulu kehilir buat keje umh..blum cmpur keje opis..n jga ank… Melipat bju kira “me time” la”-Rossa Maal
“Teringat zmn sekolah dlu, saja lipat baju pukul 6ptg setiap hari sbb nk tgk slot drama bersiri”-Badr Yamin
“Sama mcm sy, ada 7 org, masing2 ada bakul sendiri, asalkan tak sepah atas katil @ sofa. lipat baju hujung minggu je. lipat baju sambil tgk movie @ kdrama. masing2 ada cara sendiri kan.”- Jamaliah Yusof
Sumber : [su_button url=”https://www.facebook.com/groups/817376338450896/permalink/1674939022694619″ style=”bubbles” background=”#bba7fc” size=”2″]Leena Hassan[/su_button]
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Dalam usia yang baru memasuki 8 tahun, adik Muhammad ammar fitri bin mohd zaki sudah diduga dengan masalah saraf tunjang dan paru-paru kronik.
Menerusi perkongsian oleh Natipah Abu, adik Muhammad Ammar memerlukan katil auto dan tilam khas kira-kira RM3600.
Ayahnya, Mohd Zaki Bin Bakar (46 Tahun tidak mempunyai pekerjaan tetap. Hanya menjual menjual jeli kelapa yang dibuat sendiri oleh isterinya, Idawati Binti Ahmad, 36 tahun. Selain jeli kelapa, Ida juga membuat kuih siput dan mengambil tempahan memasak untuk jamuan kecil-kecilan.
Kisah anak syurga ini dirujuk oleh JKM yang memaklumkan beliau putus bekalan susu khas kerana wang bantuan JKM untuknya sedang di dalam proses semula setelah dia dan keluarganya berpindah dari Pulau Pinang ke Kedah. Pertama kali melewat dia … hati menyangka dia tentulah anak yang terlantar dan tidak boleh berkomunikasi seperti yang lazim disantuni. Sebaik menatap wajahnya .. ternyata dia seorang anak yang sangat pintar dan petah berbicara. Sedih sekali kerana dia juga punya naluri seperti rakan sebaya yang lain. Dia ingin sekali ke sekolah seperti rakan sebaya. Biarpun cuma dalam keadaan berbaring … di dinding tepi katilnya ditampal dengan berbagai poster untuk dia mengenali huruf dan abjad. Hanya itu saja yang mampu dilakukan ibunya bagi memujuk hati sedih anak yang selalu saja sesak nafas dan memerlukan mesin bantuan pernafasan. Mungkin kerana sudah terlalu kerap keluar masuk hospital .. anak syurga ini memberitahu dia ingin menjadi seorang doktor. Begitulah normalnya jiwa anak kecil ini walaupun pembentukan tulang belakangnya bengkok dan lain-lain anggota tubuh yang tidak seperti insan normal. Sama seperti rakan sebaya .. dia ingin sekali keluar melihat dunia luar . Bermain dengan rakan sebaya . Tetapi apa daya … rumah inilah saja dunianya.
Ayahnya Mohd Zaki Bin Bakar (46 Tahun ) dan ibu, Idawati Binti Ahmad ( 36 tahun ) tidak bepekerjaan tetap. Pasangan ini memang berjuang untuk membesarkan anak-anak seramai empat orang. Setiap awal pagi .. ibu akan memasak jeli kelapa untuk dijaja di pekan hari atau dihantar kepada yang menempah. Satu cawan jeli kelapa .. hanya RM1. Itupun ada kalau ada yang meminta tawar – menawar … ayahnya akan menjual dengan harga 90 sen saja walhal modal menyediakannya sangat tinggi. Apadaya .. dari tidak laku , biarlah walau untung 10 sen pun. Selain menjual jeli kelapa .. Puan Ida juga membuat kuih siput dan mengambil tempahan memasak untuk jamuan kecil-kecilan. Apa pun .. keadaan Puan Ida sendiri juga membimbangkan kerana beliau mengidap hytperthyroidsm di dalam darah dan menjalani rawatan bulanan di hospital. Beliau selalu saja diserang keletihan yang amat sangat hinggakan tidak berdaya untuk bangun pun. Atas sebab itulah .. En Zaki tidak bekerja makan gaji. Kerja makan gaji sentiasa terikat sedangkan ada harinya beliau terpaksa menjaga anak dan isteri di rumah. Bila Puan Ida sakit … Encik Zaki akan mengambil alih semua urusan rumah tangga. Mujurlah … pasangan ini mendapat bantuan JKM dan LZNK untuk menampung kos lampin dan susu khas Ammar yang sangat mahal. Kos rumah pula .. adik-beradik berpakat membuat kutipan bulanan . Sebelum ini .. bekalan letrik ke rumah mereka nyaris dipotong setelah tertunggak lebih RM600. Walhal .. bekalan letrik itulah sumber nyawa Ammar .. mesin oksigen. Ammar sangat memerlukan katil khas kerana apabila ibunya memasak untuk jualan … dia disendal dengan bantal. Ammar agak agresif .. kalaulah lalai sedikitpun … dia boleh tergolek jatuh dari katil.
Jumaat ini .. sekali lagi acc di atas telah dikosongkan dan diniatkan segala transaksi adalah untuk Muhammad Ammar Fitri Bin Mohd Zaki. Sekiranya ada lebihan kos katil, baki akan diserahkan kepada waris untuk tujuan keperluan anak ini. Kepada semua yang menyumbang untuk Ammar hari ini .. Jazakumullahu khairan katsira. Semoga segala amal jariah ini menjadi saksi kita di akhirat kelak . Wassalam …
Bagi yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian menerusi akaun maybank Natipah Abu 552107617521.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebelum ini pernah tular di negara seberang tentang perkahwinan dengan seorang perempuan dengan seorang pengkid yang mengaku dia seorang doktor dan seorang lelaki.
Wanita ini berkongsi pengalamannya yang ditipu oleh seorang pengkid yang mengaku dirinya seorang lelaki menerusi Tiktoknya, Aliabangs2. Beliau menyatakan bahawa seorang ‘lelaki’ itu adalah salah seorang followers dan mereka berkenalan dengan lebih rapat.
Wanita tersebut menjelaskan, setiap hari mereka video call, dan mengaku suara lelaki itu kasar dan mirip seperti seorang lelaki yang membuatkan Wanita itu percaya bahawa dia memang seorang lelaki tulen. Namun ada yang turut memberitahu Wanita tersebut bahawa ‘lelaki’ itu adalah seorang lelaki tulen, malah perempuan yang menyamar sebagai lelaki.
Apabila ditanya dan diminta untuk mengaku, pengkid tersebut menafikan malah menyatakan bahawa beliau seoraang lelaki, berkerja sebagai doktor dan menetap di Saudi Arabia. Sampailah ada seorang rakannya cakap bahawa dia memang betul-betul perempuan dan Wanita tersebut mendesak pengkit itu mengakui hal sebenar.
“Aku confront dengan dia, dia siap cakap yang dia ada prinsiplah, apalah dia merepekkan.”
katanya
“kalau awak tak boleh tunjuk ic, awak tunjuk jelah awak punya nonok! That’s the only thing that you are a Man!” jelasnya sambal ketawa pasrah.
“lepastu dia terus buat muka keras, muka tak tau nak cakap apa. Dia kata dia menjaga maruah.”
“lelaki lain yang aku tak mintak pun dia bagi tau. Ni aku sendiri mintak ni dia tak bagi!” tambahnya lagi.
Walhal dalam masa yang sama bukan Wanita tersebut seorang saja yang dijaga oleh pengkid itu, ada beberapa lagi wanita yang lain menjadi mangsa beliau.
Apa yang membuatkan Alia percaya dengan pangkid ini adalah, dia betul-betul menjaga perempuan ini seperti teman wanita! Contohnya romantik, membelikan makanan tanpa diminta, hendak beli barang tiba-tiba dia dah bayar, ubat, belanja perfume dan sebagainya. Senang kata macam husband material lah sifat dia! mana tak cair kan.
walau bagaimanapun, Alia tidak mendedahkan gambar dan identiti pengkid tersebut kerana dia sudah pun membuat laporan polis atas kesalahan ‘lelaki’ itu memalsukan identity dan pemalsuan dokumen dan juga kesalahan-kesalahan yang lain.
Menerusi perkongsiannya lagi, Alia berkata walaupun dia malu dengan apa yang terjadi ini dengan dirinya, dia tetap ingin memberi awareness agar wanita lain tidak mudah terpedaya dan percaya dengan hal sebegini.
Perkara sebegini terjadi berdasarkan kisah yang seakan sama dengan kisah ‘Tinder Swindler’ yang menggunakan modus operandi untuk scam mangsa dengan membelanjakan barangan mewah terlebih dahulu bagi mendapatkan kepercayaan, akan sampai waktunya pelaku akan creat bermacam masalah, membuat cerita sedih dengan meminjam duit, dengan menabur janji akan memulangkan semula duit, namun sebaliknya.
Sumber :Tiktok Aliabangs2
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tambahkan kepedasan berganda, tomyam jadi lebih umphh dan terangkat. Namun bagaimana nak jadikan ia sedap dan hebat sampai buat orang teringat-ingat?
Rupanya ada bahan rahsia yang boleh buat kita ketagih nak makan . Jom ikut petua dan resipi yang disediakan oleh Puan Afy AL Habibi. Selamat mencuba!
Resepi Bihun Tomyam Piawww
Peminat tomyam ramai tak? Selepas dapat buat resepi tomyam ala Siam yang pekat sedap ni, cikgu tak tukar lain dah. Masa taip ni pun telan air liur banyak kali. Ahaa sedap sangatttt. Kegemaran suami juga. Dia hirup kuah sampai berpeluh-peluh dahi. Habis licin semangkuk.
Tengok gambar pun terliur kan. Aha. Macam biasa, resepi cikgu ada tambah satu dua bahan untuk memberi kesedapan yang luar biasa.
Silakan resepi istimewa cikgu.
Sediakan bahan-bahan di bawah:
– 3 helai daun limau purut – 4 tangkai cili padi – 1 biji bawang besar Holland – 4 ulas bawang putih – 1 keratan batang daun ketumbar – 3 hiris nipis lengkuas – i inci halia (diketuk) – 2 batang serai dihiris pendek (diketuk hujungnya) – 1 biji tomato
Panaskan satu sudu besar minyak. Masukkan terlebih dahulu bawang putih. Selepas naik bau, barulah masukkan semua bahan di atas tadi kecuali tomato.
Tomato ditumbuk sehingga hancur. Barulah masukkan sekali. *Rahsia memekatkan kuah*
Sediakan pes seperti dalam gambar. Cikgu campur sekali perencah asam pedas. Selain warna tomyam cantik, rasanya juga sedap.
– 1 pek asam pedas Adabi – 1 pek tomyam Adabi – 1 sudu besar Thai Tom-Yum
Masukkan kesemua pes tadi. Kacau dan biarkan seketika.
Kemudian, masukkan terlebih dahulu ayam yang telah dipotong. Tutup periuk seketika.
Biarkan ayam separuh masak. Seterusnya masukkan 3 gelas air. Terus masukkan sayur pilihan. Cikgu suka kobis bunga je.
Rahsia seterusnya, masukkan satu senduk sos cili Life untuk kelainan rasa. Sebelum tu tambahkan perahan asam limau nipis sebiji. Tak suka masam, kurangkan.
Untuk perasakan tomyam secukup rasa, cikgu masukkan garam dan gula.
Inilagh bahan rahsia itu
Siapa tak suka rasa manis dalam tomyam tak payah letak ye.
Selepas kuah mendidih, masukkan sotong. 2 minit sebelum tutup api, barulah masukkan udang dan fishball.
Untuk menaikkan rasa tomyam seperti makan kat kedai Siam, taburkan setangkai daun ketumbar.
Boleh juga masukkan lagi sekali daun limau purut dan cili padi untuk mendapatkan warna yang cantik.
Sedia dihidangkan bersama bihun yang telah dicelur.
Cuba tau kawan-kawan MAHN. Kalau tak rugiiiiii. Boleh kawan dengan cikgu jika suka dengan semua resepi cikgu.
Menjelang Hari Raya Aidil Fitri yang bakal disambut oleh seluruh umat Islam beberapa hari sahaja lagi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang ramai agar tidak bermain mercun untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.