Dikala orang lain menarik nafas lega boleh keluar rumah, ibu anak enam ini terpaksa bersabar duduk di rumah bagi menghabiskan tempoh 44 hari berpantang.
Dalam satu perkongsian, pelakon Ozlynn Wati memuat naik sekeping foto dirinya mengenakan Outfit-of-the-Day (OOTD) di laman Instagramnya.
“Pengganti tangan menarik bengkung untuk dililit.. kawan baikku pilis tapel (krim). Kau sabar jap Ozlynn.. bertahan dengan mata panda, bergasak dengan suami siapa nak bangun bila dengar anak ber ‘ehekkk’,” ujar Ozlynn menerusi kapsyennya.
Ramai yang memberi reaksi dengan perkongsian tersebut. Ada yang memuji cara Ozlynn berpantang mengikut cara tradisional walaupun nampak moden orangnya.
Ozlynn berkahwin dengan pelawak dan penyampai radio, Johan pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq, Moleiq dan Cherdiq.
Sebelum ini, media melaporkan anak sulung mereka Ariq menyambung pengajian dalam bidang perubatan di Ireland selepas meraih keputusan cemerlang.
Sumber: Instagram jozlynnhanania
ARTIKEL POPULAR: “Kemas, Cantik & Kreatif.” Suami Siapkan ‘Kitchen Island’ Guna C Channel, Buat isteri Tersenyum Lebar Impian Dah Tercapai!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club