Baju Anak Bungkus Dalam Plastik Dan Susun Ikut Hari. Cara Ibu Ini Mudah Dan Praktikal Untuk Musim Raya

Share

Pastinya baju-baju perlu disiapkan dengan sempurna supaya cukup percutian balik kampung selama seminggu.

Biasanya para ibu akan menyusun baju anak-anak diletakkan dalam satu beg untuk tempoh seminggu. Namun tahukah anda ada cara yang paling kreatif untuk menguruskan pakaian dengan lebih sistematik.

Melalui perkongsian puan Ellie Syahhidah Abd Rahman, idea menyusun baju anak-anak menggunakan plastik agak luar biasa. Bukan sahaja, mudah tetapi menjimatkan ruang.

 

BUNGKUSAN PLASTIK PAKAIAN ANAK-ANAK

Ok meh kakak nak cerita sikit. Ni cara kakak pack baju untuk balik raya. Idea cousin jugak ni. Tq che ani Wan Rosnita Junoh. Baju2 ni dibungkus mengikut tarikh & siang atau malam. Tujuannya untuk menjimatkan ruang simpanan dalam kereta. Kat sini ada bungkusan :
22hb siang
22hb malam
23hb siang
23hb malam
24hb siang
24hb malam (malam raya)
25hb siang (hari raya)
25hb malam
26hb siang
Baju seluar extra alya
Baju seluar extra auni naufa & najlaa

CARANYA: kau kena bawa sebuah beg kecik sebab nanti kau perlukan beg tu untuk angkut bungkusan ke dalam rumah / hotel / homestay ikut tarikh baju yang kau nak pakai. Bungkusan letak mana? Kakak letak bawah setiap seat, dalam tempat simpan tayar spare & kat mana je kakak boleh selit. Yang penting tak nampak kat mata, semak. Susun pun kena ikut tarikh tau. Supaya tak tercari2.

JIMAT RUANG DALAM KERETA

Kakak pakai alza je, makanya semua seat tu boleh baringkan & letak segala macam comforter untuk keselesaan anak2 kakak. Sebab kami biasanya gerak pagi2 buta waktu anak2 tido. Comforter & bantal bukan saje2 bawak sebab anak nak tido je tau. Tapi bila balik kampung ramai2, mesti ada masalah kurang bantal & selimut kan? Tu lah gunanya. Ok tu je la kot yg kakak boleh kongsi kat sini. Sesuai la utk keluarga sederhana besar cam kami ni.

Nota kaki : bungkusan tu kecik je sebenarnya tau. Jangan pakai plastik besar. Sebab anak 4 orang, dalam sebungkus tu ada 4 pasang pakaian je la.

BAJU IBU

Baju ibu kat mana? Baju ibu dalam beg sebab baju ibu besar, susah nak bungkus2 gitu. Tapi tetap jugak menjimatkan ruang. Yang penting bawa baju nak pakai, tetap ikut tarikh tu. Jangan bawa almari, memang tak muat kereta la. Beg untuk brg2 mandian, beg mekap, accessories tu buat seminima yang mungkin. Biar apa yg kita bawa tu berguna, jangan yang tak berguna pun bawa jugak. Semoga bermanfaat.

 

Kreatifnya idea ni. Boleh cuba ni untuk raya ni.