Jika berkira-kira ingin memberi mood baharu diruang tamu yang turut memiliki sudut sliding door, apa kata kita bermain dengan olahan kemasan langsir yang nampak wow dengan bajet yang mampu milik.
Percayalah, Impak gaya dan warna langsir yang akan digayakan ini akan memberi karektor berbeza.
Pun begitu, menyentuh soal bajet. Usah bimbang. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Noor Hafiza Mohamad. Jom teliti.
DEKO BAJET ~ RM206 UNTUK PASANG LANGSIR SLIDING DOOR
Ads
Barang-barang yang diperlukan:
Ads
• 2 batang rod langsir IKEA RM15 x 2
• 6 pendakap rod IKEA RM6.50 x 6
• 1 pasang langsir MR.DIY RM50 x 2
• 1 pasang day curtain IKEA RM37.60
JUMLAH KOS = RM206.60
Ads
CATATAN
– Rod IKEA diperbuat dari besi RM15
– Rod MR DIY diperbuat dari plastik ~RM9 (>210 cm)
– Langsir IKEA banyak pilihan dan harga berpatutan. Semuanya labuh 250cm
– Saya pilih langsir MR.DIY sebab mahukan langsir yang lebih tinggi.
– Langsir day curtain (putih) banyak pilihan di IKEA dan harga berpatutan.
Gelaran ayah sebagai ketua keluarga memang semua tidak nafikan. Malah mereka menggalas tanggungjawab untuk menyediakan nafkah secukupnya kepada keluarga agar dapat menjalani kehidupan bahagia.
Sebagai tunggak keluarga serta komitmen kerja, si ayah menyerahkan sepenuhnya mendidik anak-anak kepada isteri yang menjadi surirumahtangga.
Namun, kadang kala, kepenatan melampau dan bimbang kebajikan keluarga terabai serta pendapatan seadanya, memberi tekanan kepada si ayah. Akibatnya keluarga yang menjadi mangsa.
Bagaimana, ia dapat diatasi jika si ayah cakna pada diri untuk menjadi ayah dan suami terbaik buat keluarga dengan mengawal emosi.
Emosi terkawal, keluarga bahagia. Ikuti padangan saudara Taufiq Razif mengenai kawalan emosi seorang ayah agar dapat mengemudi keluarga dengan sempurna. Malah menjadi pencetus anak-anak menjadi seorang yang hebat!
Ikuti perkongsiannya.
Ayah kena pandai kawal emosi
Ayah tak boleh selalu mengamuk sana sini
Ayah kena pandai tenangkan isteri
Ayah kena pandai tenangkan diri
Ayah yang pandai kawal emosi
Akan mempunyai lebih kredibiliti
Akan lebih mempunyai autoriti
Akan dianggap Parent Leader yang sejati
Ayah yang pandai kawal emosi
Akan lebih disayangi si isteri
Kerana emosi mereka yang unik dan rapuh ini
Perlukan pendengar yang stabil emosi
Untuk mereka merasa lebih difahami
Ayah yang pandai kawal emosi, akan membuatkan anak anak merasa selamat.
Otak anak yang merasa aman dan selamat
Akan berkembang dengan lebih hebat dan pesat
Disitulah rahsia
Anak anak yang hebat dan berjaya
Kerana mereka boleh mengeluarkan bakat dan potensi terpendam mereka
Dengan sepenuhnya .
– Taufiq Razif –
Tolong #share pada suami masing masing
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bahaya sarung tangan bayi jika salah pemakaiannya. Ia boleh menyebabkan perkara yang tidak dingini berlaku seperti kejadian yang tular di media sosial sebelum ini.
Apabila seorang bayi baru berusia lima bulan di bawa ke hospital akibat jarinya sudah kehitaman mati atau dikenali sebagai necrosis.
Ia juga boleh berlaku jika rambut atau bebenang terlilit pada bahagian jari atau kaki bayi, Situasi ni yang dikenali sebagai Hair Torniquet Syndrome akan menggangu aliran darah sehingga menyebabkan bahagian itu menjadi kehitaman atau necrosis.
Jika ia berlaku ia akan menyebabkan jari sudah tidak lagi berfungsi sehingga terpaksa di potong. Jadi ibu ayah kena alert mengenai hal ini terutama buat anak yang masih bayi dan memakai sarung tangan.
Sebagaimana peringatan Dr Ahmed Kamarulzaman (Klinik Perubatan Ikhram) ini sebagai peringatan kepada ibu ayah agar berhati-hati ketika menguruskan pemakaian anak yang masih bayi.
Biarpun situasi ini sudah lama berlaku, ia harus menjadi teladan kepada ibu muda yang menguruskan anak. Take note ye!
Baru tadi, seorang bayi 5 bulan dibawa ke hospital atas sebab jarinya sudah pun mati (necrosis)
Dijemput ibubapa dari pengasuh setelah tamat kerja. Ketika itu, bayi sudah pun disiapkan oleh pengasuh untuk tidur. Lengkap berpakaian tidur, beserta sarung tangan dikedua belah tangan.
Keesokan paginya, ingin dimandikan dan disiapkan sebelum dihantar ke pengasuh.
Sarung tangan kiri dibuka. Kelihatan jarinya yang sudah pun HITAM!
Segalanya disebabkan oleh benang sarung tangan secara tidak sengaja terlilit di jari tengah bayi tersebut.
Gambar sekadar hiasan
Ibubapa terkejut, lalu dibawa bayi ke hospital. Namun, segalanya sudahpun terlambat.
Jarinya sudahpun mati dan tak boleh dikembalikan. Bayi tersebut dijangka menjalani pembedahan membuang jarinya yang telahpun mati itu.
Pesanan untuk Ibubapa : Sila periksa jari anak-anak anda yang dipakaikan sarung tangan / sarung kaki. Jangan biarkan tangan dan kaki tertutup lama.
Pening kepala bila tengok bontot kualit mula kehitaman. Lebih-lebih lagi kuali baru je dipakai.
Banyak petua dan tip yang dikongsikan di media sosial untuk mengatasi masalah ini. Salah satunya tip yang menggunakan satu produk yang ada di jual di Shopee.
Lepas ini pasti anda berpuas hati apabila periuk anda itu akan berkilat seperti baru selepas mengikuti tips ini. Tip ini dikongsikan menerusi facebook oleh puan Rini Handayani
Saya nak share pada korang hari nie macam mana kuali & periuk saya takde hitam Customers saya selalu tanya bila datang rumah:
Akak tak masak ke? Me:🤔🤔🤔kalau tak masak anak saya makan apa? So ada yang cakap lagi kalau dah kuali & periuk tak hitam itu tanda tak pernah masak la Tu?dapur tu buat pajangan😂😂😂
Ok hari nie saya buktikan ke anda2 semua macam mana saya menjaga barang2 dapur saya di rumah. Kalau korang sayang kan periuk & kuali anda beli kat shoppe je tak mahal pon dari pada kuali yang kita beli lagi mahal & ia sayang bila hitam2 kan.
Tiada kata mampu gambarkan perasaan seorang ibu dunia terasa gelap sekelip mata bila anak yang dikandung, dijaga bagai nyawa sendiri tiba-tiba lesap tanpa jejak.Menerusi...