Rumah yang cantik jika dapat dimiliki pasti menjadi suatu kepuasan bagi setiap antara kita. Namun keinginan ini sering juga terhalang untuk direalisasikan bila berdepan dengan bajet kewangan yang terhad. Selain itu, ditambah pula dengan kebimbangan rasa tidak kreatif dalam menghias kediaman.
Alangkah sayangnya, jika semua ini yang menyebabkan anda sekeluarga tidak dapat menghuni kediaman yang cantik dan selesa. Untuk itu, apa kata anda cedok idea dekorasi yang diilhamkan oleh Fatin Amierah Zabri untuk kediaman abang kesayangannya yang baru berpindah di berek polis. Modal yang digunakan pun tidak terlalu mahal namun impaknya cukup luas biasa! Ikuti perkongsiannya.
“Ni rumah abang Fatin, berek polis di pekan, Pahang. Masa mula-mula dapat tau dia dapat pindah masuk ke berek. Fatin mintak gambar seluruh rumah tu. Tak puas hati lagi terus video call sebab nak plan barang apa nak kena beli . Nak datang jenguk takleh . Sebab perjalanan dari Taiping ke sana amik masa 6 jam. Jauh wehhh.Jadi dengan daya imaginasi yang jitu Fatin terpaksa bayangkan susun atur rumah tu.
Abang cakap dia nak ‘deco cantik tapi bajet’. Okay , kita cuba penuhi permintaan dia.”Cat Kelabu : Sancora RM38
Langsir : Fatin jahit + Kaison
Carpet : Prima , dua carpet RM180
Sofa : Lazada RM450
IKEA :
Rak tv RM55, Coffee table RM29 , Cermin RM60 , meja makan RM299 , rak hiasan tak sampai RM100 , lampu RM39
KAISON :
Wallpaper dua roll RM40 , gambar hiasan total +-RM35 .
Yang lain MR DIY dengan kedai ECO .
Bawak semua barang-barang ni dalam kereta. Dan projek deco dari pukul 2 petang sampai tengah malam . Alhamdulillah siap ! Simple simple untuk orang bujang atau baru kawin.
sumber :Fatin Amierah Zabri