Baja Yakult & Semburan Air Tembakau Bantu Elak Buah Berulat & Serangga Perosak. Bikin Pokok Jambu Subur & Lebat

Share

Seronok tengok hasil tanaman orang lain berbuah lebat dan subur. Teringin nak cuba tanam sendiri. Tetapi masalah serangga perosak sering menghantui.

Bagi anda yang nak cuba tanaman Pokok jambu, boleh praktikkan info yang dikongsikan ini bagi mengelak serangga perosak. Cukup mudah dan bahannya pun tak banyak.

Bukan je dapat elak serangga perosak, malah menghasilkan buah yang elok dan tidak berulat serta lebat. Menarik tip yang dikongsikan oleh Sasya Arisyaini.

JAMBU

Baja yakult & racun (air tembakau+pencuci pinggan+cuka kayu)

Berbuah lebat sangat kali ini. Sebelum ni berbuah tapi tak selebat ni. Dan sebelum ni buah pernah jadi busuk berulat tak boleh mkn langsung.

Dapat tips dari kawan² group berkebun ini juga, katanya rajin² sembur air tembakau kat bunga yg nak berputik sbb serangga malam suka ke bunga.

Alhamdulillah.. Rezeki kali ni lebih. Buah manis 😋

Saya kongsikan sekali tips &cara bancuhan Baja dan racun yg saya katakan itu.

Utk yg nak kongsi/share dipersilakan. Semoga lebih bermanfaat utk semua yg lain. In shaa Allah.

↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

RACUN 

●100ml Air tembakau

●3mlCuka kayu

●5ml sabun pencuci pinggan(tak kisah jenama apa pun)

●Botol spray(kat ECO RM2.10 ada banyak)

●Penyukat(Saya guna penutup ubat yg tidak digunakan lagi)

CARA BANCUH:

●Campur semua bahan & boleh digunakan.

Sembur ke pokok, daun atau serangga.

Lebih disarankan sembur waktu petang slps jam 6ptg atau malam sebab serangga aktif waktu malam.

↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

 

BAJA YAKULT

(Hormon utk pokok berbuah lebat.sesuai utk semua jenis tanaman)

2biji telur

1 botol yakult

1botol mineral (tanpa air. Botol sahaja)

●Pecahkan telur ,masukkan dlm botol mineral guna corong. Masukkan sebotol yakult. Tutup botol & goncang hingga sebati.

●Sebelum perap, kempiskan botol baru tutup penutup botol.

●Perap selama seminggu.

●Simpan ditempat bersuhu bilik, elakkan terkena cahaya matahari.

 

CARA GUNA:

●Utk spray/semburan ke pokok

2-3sudu besar campur 20liter air.

●Utk siraman ke tanah

5sudu besar campur 20liter air.

Siram pagi & petang. Seminggu sekali pun cukup.

Selamat mencuba