
Baru-baru ini perkongsian dari pelakon jelita, Anzalna Nasir mencuri tumpuan warganet iaitu video yang memaparkan dia sedang membeli belah bersama seorang bapa tunggal yang memerlukan barangan keperluan bayi.
Lebih bermakna, individu tersebut turut membawa anak kecilnya bersama ketika bertemu dengan Anzalna.
Video tersebut memaparkan bapa tunggal tersebut sedang membuat pilihan produk bayi seperti alatan permainan, makanan bayi, cucian bayi dan pakaian.
Di akhir video turut menyaksikan anak sulung Anzalna, Mohamad Eidrees memegang dan mencium tangan bayi tersebut dengan teruja.
“Rezeki yang Allah bagi perlu dikongsi bersama mereka yang memerlukan.
“Kali ini Anzalna bawa single daddy bersama anak kesayangan shopping di tempat kegemaran Anzalna,” tulisnya.
Tambah ibu kepada dua cahaya mata itu, dia menyatakan akan membawa keluarga yang memerlukan keperluan bayi untuk membeli-belah.
“Insya-Allah nanti Anzalna akan bawa lagi keluarga yang bertuah shopping. Korang tolong tag keluarga yang memerlukan barang bayi,” kongsinya.
Menjengah ke ruangan komen perkongsian tersebut, ramai meluahkan rasa terharu dan sebak melihat video tersebut. Malah ramai juga berterima kasih kepada Anzalna kerana membantu mereka yang memerlukan.
Sumber : Instagram Anzalna Nasir
“Bila Kita Jaga Solat, Allah Jaga Kita.” Perkongsian Bekas Pelajar Penghuni Sekolah Henry Gurney Buat Ramai Terharu!

Sekolah itu cukup dikenali sebagai ‘tempat hukuman’ untuk remaja nakal yang terjebak dengan pelbagai masalah sosial dan jenayah, menjadikan kebanyakan lepasan institusi itu lebih suka merahsiakan detik hitam perjalanan hidup mereka.
Namun berbeza keadaannya bagi Muhammad Izzad Daniel Abdullah, 22, yang mengambil inisiatif berkongsi pengalamannya ‘belajar’ di sekolah Henry Gurney selama tiga tahun selepas terbabit kes pecah rumah ketika berusia 17 tahun, pada 2016.
Melalui platform YouTube dan Tik Tok, Muhammad Izzad tidak kisah membuka ‘pekungnya’ untuk dijadikan sebagai pengajaran kepada golongan muda agar tidak tersilap percaturan dalam menentukan arah hidup mereka.
Pada awalnya, bapa kepada seorang anak perempuan ini mengakui tidak yakin akan tindakannya itu kerana ia ibarat membuka aib sendiri, namun dia terkejut apabila perkongsiannya mendapat maklum balas positif daripada keluarga dan masyarakat sekeliling.
“Tujuan saya hanya satu, untuk memberi mesej kepada orang ramai khususnya golongan belia supaya jauhi perbuatan jenayah dan ambil iktibar daripada kesilapan yang saya lakukan. Saya tidak mahu mereka tersilap langkah dalam hidup dan mengalami nasib seperti saya.
Menceritakan kembali detik ‘kenakalannya’, anak sulung empat beradik itu mula terlibat dengan najis dadah seawal usia 12 tahun dan apabila naik sekolah menengah, dia menjadi penagih tegar pil kuda, syabu dan morfin menyebabkannya sering ponteng sehingga akhirnya dibuang sekolah.
Dia cuba mencari pekerjaan ketika itu, namun dengan keadaan diri yang tidak terurus, sudah pasti tidak ada majikan yang sanggup menawarkan pekerjaan menyebabkannya mengambil jalan pintas melakukan jenayah pecah rumah untuk mendapatkan wang sebelum ditangkap.
Sepanjang tempoh menjalani pemulihan di sekolah itu, Muhammad Izzad Daniel banyak bermuhasabah diri dan berazam menjadi seorang insan berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara.
Pada saya, jika kegagalan yang dicari maka itulah yang kita akan dapat. Namun, jika kejayaan yang dicari maka usaha perlu diteruskan kerana ia tidak akan datang dengan mudah. Insya-ALLAH kejayaan akan hadir,” katanya.
Beliau kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat Diploma Pengurusan Penerbangan di Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics, Kuala Lumpur dan turut dilantik sebagai ikon Projek Reben Kuning oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada tahun lepas selain aktif memberi ceramah motivasi di sekolah dan institusi pengajian tinggi.
“Kecaman benda normal masyarakat kita.Saya tak pernah endah, saya ambil ia sebagai ‘api’ yang membakar semangat untuk terus maju ke hadapan. Pernah ada yang cakap sekali sampah, maka sampah selamanya. Tetapi saya kata, ada sampah yang boleh dikitar semula dan dapat diguna pakai.
“Nasihat saya, anda yang mengalami masalah seperti saya, boleh berhubung dan kongsikan dengan saya, yang penting niat untuk berubah kena ada dalam diri.Untuk istiqamah, kita selalu berdoa pada Tuhan. Bila kita jaga solat maka allah jaga kita insyaAllah.
Ketahui lebih lanjut dalam video Di bawah ini.
Sumber: Bernama, SINAR & izzaddaniel_
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
“Jalan Kaki Tengah Panas Sampai Baju Basah.” Viral Redah 100km Cari Rezeki & Isteri Terlantar Sakit, Sebak Baca Kisah ‘Pak Cik Jual Ikan Masin’ Ni

Isi Kandungan
ToggleTersnetuh hati melihat satu perkongsian mengenai seorang pak cik tua yang menjual ikan masin demi mencari sesuap nasi. Kisahnya dikongsikan seorang warganet menerusi laman twitter baru-baru ini.
Warga emas yang berusia 64 tahun itu dilihat berjalan ke sana ke mari menjual ikan masin. Rupa-rupanya, ini bukan kali pertama kisahnya disiarkan. Malah, sebelum ini dia pernah tular di mana dia menceritakan kisah hidupnya yang meredah perjalanan sejauh 100 kilometer menaiki bas menuju ke Melaka Sentral semata-mata untuk mencari rezeki.
Lebih dikenali sebagai ‘Pakcik Jual Ikan Masin’ atau nama sebenarnya Md Zin Ahmad sebenarnya berasal dari Bukit Pasir, Muar, Johor dikatakan akan membawa kira-kira 100 bungkus ikan masin yang diperolehinya dari Parit Jawa, Muar.

Selepas selesai berlari, Wardina dan beberapa orang rakan duduk di bawah khemah depan pentas sambil menunggu majlis perasmian. Tiba-tiba muncul seorang pakcik yang berjalan ke arah mereka membawa bungkusan ikan masin untuk dijual. Pakcik itu menjual 3 bungkus ikan masin dengan harga RM10.00.
Wardina berasa sebak waktu menyaksikan pakcik itu berjalan sekitar kawasan dataran itu namun tidak dihiraukan oleh orang yang berada disekitar.
“Saya kesian jugak sebab semua tak layan pakcik tu, banyak kali dia pusing tempat yang sama. Sampai satu tahap dia macam jerit-jerit nak orang beli. Mungkin dia penat.
“Kesian jugalah sebab dia jalan kaki waktu tengah panas sampai baju dia basah habis. Hari-hari dia dekat dataran pahlawan melaka”
Perkongsian Wardina yang mendapat lebih dari 15.5k ulang kicau itu ternyata meraih pelbagai reaksi dari warga twitter. Mereka sebak tatkala memikirkan walaupun dengan usia tersebut, pakcik itu masih tegar berusaha mencari rezeki untuk dirinya dan isteri yang terlantar sakit.
Demi Allah aku nak tolong pak Cik ni, orang rumah dia sakit. Hari2 dia dekat dataran pahlawan melaka. Support pak Cik ni gang? rt pls?? pic.twitter.com/QP6QM1EVWy
— Aina.wardina (@WardinaAina) August 3, 2019
Dalam pada itu, ramai yang mendoakan kesihatan pakcik itu dan moga dia terus dimurahkan rezeki.
Tidak kurang, ramai yang mengaku bahawa mereka pernah bertemu dengan warga emas berkenaan.
Dari tahun 2016 masih mencari rezeki di sana
Pernah bertemu dia di Melaka Sentral
Dulu waktu jumpa, selalu berikan sedekah kepada pakcik tu
Dari tahun 2012 lagi nampak dia jual ikan kering, sampai sekarang masih meniaga semata-mata untuk cari rezeki
Sumber: Aina Wardina & Siakap Keli
Nak Nampak Baru Wing Chair Lama Tu, Lakukan Macam Ibu Ni Buat. Memang Cantik!

Andai terasa hendak bergaya menyambut Lebaran dengan dekorasi rumah yang menarik tanpa kos yang besar.
Apa kata kita jadikan wing chair yang nampak lama fabriknya itu kita tukar dengan cara yang ditunjukkan di akaun fb Aurora Homedeco ini.
Hari ni cikgee cuti merempit. So kita ambik kesempatan untuk merempit bahagian sendiri punya. Kalau tak… Memang tak merasa la pakai raya nanti..
So hari ni, kita tukar sarung wing chair, beli kain dengan kak Hasmah Solan. Petak-petak pink tu so suwitt.. Hehe.
Kat sini kita share kan cara-cara nak tukar cover wing chair. Saya tak pandai sangat, tapi saya try share khas untuk geng-geng deko yang teringin nak tukar cover wing chair tu, utk dipakai raya nanti..
Step 1 : Pinkan
Step 2 : Ambil bentuk dan jahit jelujur. Ikut bentuk-bentuk sekeliling kerusi.
Step 3 : Jahit cantum menggunakan mesin
Step 4: Jahit tepi kain selepas dijahit
Step 5 : Meropol untuk buat skrit
Step 6 : Tambahkan lace pada hujung ropol
Step 7 : Terbalikkan kain dan sarungkan bermula pada bahagian wing. Ambil dari tempat sandar.
Step 8 : Siap