Siapa yang tak kenal dengan Ebit Lew, sebut sahaja namanya pasti ramai yang mengagumi akan cara dakwahnya selain membantu mereka yang memerlukan.
Biarpun sibuk dengan urusan kerja, namun Ebit Lew juga dipuji seorang suami dan ayah yang bertanggung jawab. Beliau tidak kekok menunjukkan rasa sayang dan kasihnya pada sang isteri yang digelar Bidadari setiap kali memuat naik kisah isterinya.
Malah, setiap kali berkongsi cerita bersama isteri dan anak-anak, Ustaz Ebit Lew mendidik kita bahawa walaupun sibuk dengan urusan kerja dan sebagainya, mereka yang di rumah jangan sesekali dilupakan, malah perlu diambil berat.
“Kini doa seorang isteri yang bila dia menangis menjadi dalam doa menjadi perisai dan kekuatan di luar. Pernah dengar tangan membuai buaian menggoncangkan dunia. Jangan pandang rendah doa mak. Doa isteri,” pesan Ustaz Ebit.