Siapa yang tak kenal dengan Ebit Lew, sebut sahaja namanya pasti ramai yang mengagumi akan cara dakwahnya selain membantu mereka yang memerlukan.
Biarpun sibuk dengan urusan kerja, namun Ebit Lew juga dipuji seorang suami dan ayah yang bertanggung jawab. Beliau tidak kekok menunjukkan rasa sayang dan kasihnya pada sang isteri yang digelar Bidadari setiap kali memuat naik kisah isterinya.
Malah, setiap kali berkongsi cerita bersama isteri dan anak-anak, Ustaz Ebit Lew mendidik kita bahawa walaupun sibuk dengan urusan kerja dan sebagainya, mereka yang di rumah jangan sesekali dilupakan, malah perlu diambil berat. “Meh pegang tangan abang. Kita beraya pusing rumah. Bidadariku, kasihan sayang. Duduk rumah paling best pegang tangan bidadari pusing rumah. Berbual-bual. Bermanja-manja. Anak semua dah tahu dah. Semua senyum jer. “I love you bidadariku. Jika sedih dan ada ujian, bidadari saya akan doakan saya. Biasanya jika saya seorang menangis belum kabul doa, bila bidadari yang selalu berjuang dirumah ini tadah tangan masa tu saya senyum dan rasa syukur. Saya tahu insyaAllah sekejap lagi Allah kabulkan doa ini,” luah Ustaz Ebit Lew di Instagram miliknya. Menurut Ebit Lew lagi, doa seorang wanita di rumah begitu mudah dimakbulkan Allah sejak dahulu lagi. “Selalu dari dulu begitu. Baiknya Allah. Doa wanita dirumah ini ajaib. Dulu doa mak yang sentiasa bersamaku.
Ads
“Kini doa seorang isteri yang bila dia menangis menjadi dalam doa menjadi perisai dan kekuatan di luar. Pernah dengar tangan membuai buaian menggoncangkan dunia. Jangan pandang rendah doa mak. Doa isteri,” pesan Ustaz Ebit.
Kasih ibu membawa ke syurga. Pengorbanan saat mengandung sehingga melahirkan tidak terbayar dek wang ringgit. Demi anak-anak semuanya diharungi dengan cekal.
Malah setiap masa dan saat, mereka memikirkan hal anak demi memastikan mereka dalam keadaan sihat sejahtera selain mengharapkan yang terbaik untuk mereka.
Biar perlbagai kesulitan terpaksa dilalui sepanjang membesarkan dan mendidik anak-anak, namun demi meastikan zuriat penyambung warisan mereka ini sentiasa terpeliharna oleh Yang Maha Pencipta, si ibu tidak terhenti dari menitipkan doa.
Perkongsian daripada Pakar Motivasi Tuan Mohamad Bin Mohshin ini mungkin boleh dijadikan panduan oleh semua ibu dalam mendidik anak-anak.
Tadi masa balik dari rumah mak, masa nak salam mak tu, aku sempatlah cakap kat mak..
“Mak, doakanlah alang ni ya.. Sihat.. Kaya..”
Bila aku sebut kaya je.. Mak pandang aku..
“Kenapa mak? Tak boleh ke jadi kaya. Alang nak jadi kaya macam Abu Bakar Assiddiq, macam Uthman Affan..” aku balas terus sebab tengok muka mak pelik je..
“Boleh.. Bacalah doa selalu”
Jadi posting kali ni aku nak share doa yang mak aku ajar.
Mak aku ni memang spesel tau.. Rezekinya memang selalu murah. Kerja cikgu.. Tapi duit simpanan boleh tahan jugak banyaknya. Aku tau sebab selalu tolong dia bank in duit atau keluarkan duit dia.. Walaupun kerja cikgu je.. Pergi haji dah dua kali.
Pernah pergi melancong ke Jordan dan Syria siap support aku sekali sebagai pemandu pelancong, huhuhu.. Rumah ada, tanah pun ada. Loan yang ada hanyalah loan rumah je.. Lain dia banyak beli cash. Duit nya jugaklah selalu guna untuk baiki dan upgrade surau depan rumah..
Anak ada 8 orang. Kata dia semua dengar cakap.. Bangun pagi pun senang.. Dulu-dulu pukul 5 pagi kami adik beradik dah bangun pergi mandi pergi sekolah.. Huhuhu.. Kalau demam pun malam je, pepagi kami semua sihat balik, senang nak pergi kerja.. Rezeki duit pun murah, rezeki anak pun murah..
Okay.. Kembali kepada topik, asalnya aku nak mintak mak doa je, sebab setiap kali aku mintak mak doa, projek Seminar Tapow A kami mesti meletop-letop. Testimoni pun dapat banyak dan gempak.. Paling besar seminar kami hari tu adalah seramai 4200 peserta di Stadium Tertutup Nilai masa bulan Mac.
So, bila aku mintak mak doa, dia suruh aku doa sendiri hari-hari, lepas solat dhuha. Walaupun mak tau doa ibu makbul untuk anaknya, dia tetap nak aku doa sendiri.
Aku yakin ini doa yang dia amalkan. Sebab dia boleh jawab spontan tiga doa ni tanpa lupa. Memang power.
Dia kata amalkan, selalu jadi pada dia rezeki tak putus. Bila rasa duit nak habis je, mesti tetiba ada je rezeki baru masuk.
So, korang kalau rasa bagus, jom lah kita amalkan ya. Share lah bebanyak terutama suri rumah yang mahu keluarganya murah rezeki melimpah ruah. Dalam pada suami pergi kerja, kita banyakkan kirim doa dari rumah.
Ok, inilah 3 doa yang mak aku pesan tadi.
1. Doa Nabi Sulaiman yang memohon rezeki dan kerajaan yang hebat
” Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya ” Surah Shod, ayat 35.
Doa Nabi Sulaiman, surah Shod ayat 35
2. Doa yang Nabi baca masa minum air zam-zam. Kita amalkan walaupun minum air biasa.
“Ya Allah aku memohon pada-Mu ilmu yang bermanfaat, rizqi yang luas, dan kesembuhan dari segala macam penyakit”
Doa minum air Zam zam
3. Doa Nabi Muhammad sewaktu pagi yang ditulis Imam Nawawi dalam kitab Al-Azkar
“Ya Allah, aku bermohon pada Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima”
Doa Nabi Muhammad waktu pagi
Semoga bermanfaat buat anda semua. Semoga semua murah rezeki duit, anak pun jadi baik, senang nak urus.
Baru-baru ini, penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian ramai selepas membeli sebuah rumah di negara terkemuka, Dubai.
Berdasarkan sebuah temubual bersama Melodi, pelantun lagu Bukan Cinta Biasa itu berkata pembelian rumah di Dubai itu adalah salah satu pelaburan buatnya.
Sementara itu, Siti turut memberi pesanan kepada semua penonton Melodi untuk membuat simpanan demi masa hadapan keluarga, terutamanya anak-anak.
“Saya rasa ramai lagi orang lain yang buat investment dari pelbagai bentuk.. Sekarang emas pun orang buat investment tau.
“Bagi saya sekarang ni semua orang dah buka mata dan lihat lebih jauh.. jadi bagi saya baguslah.
“Apa saja investment yang bagus untuk kita dan anak-anak kita buat. Jangan kita buat duit kita belanja sesuka hati sebab sekarang inflasi ekonomi pun tidak menentu.
“Jadi kita kena fikir apa yang boleh menambah simpanan ataupun investment kita,” katanya.
Dalam pada itu, disoal mengenai perancangannya selepas membeli rumah di Dubai, Siti memohon doa ramai untuk dikurniakan rezeki demi mengembangkan perniagaannya.
“Doakan saya, diberikan yang murah… Bukanlah saya nak kumpul banyak-banyak, tidak. Bagi saya salah satunya mahu mengembangkan perniagaan saya, itu saja..,” tambahnya lagi.
Di sangka gurauan, rupa-rupanya pesanan Allahyarham Pian Cecupak sebelum ini supaya anaknya menjaga dan menguruskan pusat tahfiz miliknya adalah benar belaka.
Nuraina Fazrin, 25, berkata, kewujudan pusat tahfiz itu diketahui selepas menghubungi nombor telefon yang ditinggalkan kepadanya.
“Abah mesej beritahu fasal pusat tahfiz dia. Dia suruh jaga apabila dia tiada, selalu cakap benda tu dengan saya.
“Saya macam tak fikir apa-apa pun, dia cakap jangan anggap dia gila… rupanya benda tu betul-betul dia buat.
“Saya baru dapat contact number pusat tahfiz tersebut, saya tak tahu yang abah sebelum ni ada pusat tahfiz cuma dia pernah beritahu suruh uruskan pusat tahfiz tu.
Tambahnya lagi, dia akan menguruskan permintaan arwah itu selepas urusan pengebumian ini selesai.
“Tapi saya tak tahu lagi lokasinya di mana, lepas dah uruskan jenazah abah baru saya akan uruskan hal pusat tahfiz tu,” Jelasnya seperti yang dilaporkan oleh mStar.
Dia dalam pada itu melahirkan rasa terkilan kerana tidak berkesempatan bertemu dengan bapanya dan berkongsi tentang kehamilan anak keduanya.
Malah rancangan untuk keluar makan bersama keluarga dan bapanya pada Sabtu ini juga tidak kesampaian.
“Saya pun tak sempat nak beritahu abah yang saya mengandung anak kedua, tak sempat nak beritahu apa-apa,” ujarnya.
“Pada 30 Januari ni sepatutnya dah plan nak ajak abah pergi keluar makan, tapi abah kata dia tak ada kerana ada hal.
“Tak sangka pula dia betul-betul dah tiada sekarang.
Allahyarham Pian atau Mohd Rafik Abdul Rahman dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Taman Batu Muda, Kuala Lumpur pada pagi Khamis.
Arwah yang meninggal dunia pada usia 52 tahun dipercayai akibat serangan jantung selamat disemadikan kira-kira pukul 11.10 pagi.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.