Makanan bergandum adalah jenis makanan yang popular yang sering menjadi hidangan untuk kita. Antaranya roti, roti canai dan sebagainya berasaskan gandum.
Namun, jika makan makanan berasaskan gandum, dipercayai akan memberikan kesan yang tidak baik untuk kesihatan. Sebagaimana perkongsian Dr Hafiz Sulaiman menyuarakan pendapatnya mengenai pengambilan roti.
Ikuti perkongsian ini.
Saya memang penggemar roti sejak kecil. Tak makan nasi pun takpe. Hari-hari mesti makan roti.
Masa muda memang takde problem.
Bila usia meningkat ni, umur 30an saya dah rasa kesannya.Alergik makin teruk. Resdung, migrain. Perut gastrik, sembelit dan cirit berganti.
Kembung dan refluks kerap lepas makan. Tulang belakang problem. Lutut operate.
Sendi problem sokmo macam orang tua. Pemikiran pun macam-macam fikir. Mudah stres.
BAHAYA GLUTEN DALAM MAKANAN BERGANDUM
Tahun 2012 saya didedahkan bahaya gluten dalam makanan bergandum. Bila pantang sebulan dua saja, banyak perubahan. Sihat semacam.
Fast forward lepas 8 tahun saya dalami kajian saintifik mengenai gluten..saya makin yakin.
# Roti bukanlah makanan berkhasiat dan padat nutrisi.
# Makan roti hari-hari tingggikan risiko rosak perut.
# Terukkan masalah angin sensitif, refluks dan gangguan mental.
# Roti adalah makanan tinggi protein gluten yang membebankan dan berisiko rosakkan usus.
# Orang ada masalah angin macam penderita GERD, gangguan mental, autoimmune molek lah elakkan roti.
# Roti tinggi fiber bagus? Tau tak kalau orang sensitif dan angin, roti fiber lah paling tak bagus.
Fiber dalam roti ni jenis tak larut (insoluble fiber). Fiber jenis ni keras dan boleh calarkan dan lukakan usus.
Baik pilih serat larut dalam buah dan sayur yang jadi jelly dalam usus. Itu yang lancarkan pembuangan.
Saya masih makan roti. Tapi sekali sekala saja. Kami sekeluarga dah lama tak amalkan sangat makan roti.
Kami pilih makanan lebih berkualiti, lebih selamat dan padat nutrisi. Roti zaman sekarang dah ada sisa racun “Round Up”, baka hybrid pulak tu.
Baik makan nasi, makanan fitrah nenek moyang kita.
Kredit: Hafiz Sulaiman