Semalam kecoh di sosial media tentang penyanyi yang kini bersaing di dalam Famili Duo bersama Naim Daniel, Sissy Imann yang dirakam menangis selepas mendengar komen juri tetap, Mas ldayu di konsert minggu keenam program berkenaan.
Sejurus insiden tersebut, orang ramai mulai memberikan pendapat masing-masing susulan perkara berkenaan selain kasihan melihat Sissy yang sebak hingga terpaksa ditenangkan hos, Janna Nick.
Dalam pada itu, tidak tinggal diam, bapa Sissy, Aliff Mohammad Kamil, 59, turut memberikan respons terhadap situasi yanng berlaku.
Bapanya berkongsi hantaran yang dimuat naik oleh Sissy di ruangan Instagram Stories.
“Good or bad, you always be my best ever” tulisnya.
Sissy yang kecewa dengan kejadian itu, bagaimanapun tampil memohon maaf dalam satu perkongsian baru di Instagramnya, malam tadi.
Menerusi minggu keenam yang bertemakan ‘Irama Tradisional’, Sissy bersama sepupunya, penyanyi Naim Daniel menyampaikan lagu Jampi nyanyian asal Hael Husaini dalam versi keroncong.
Dalam persaingan malam tadi, Sissy dan Naim meraih tempat keenam dengan 48.7 markah.
Sumber : Instagram Alifflayla