
Semalam kecoh di sosial media tentang penyanyi yang kini bersaing di dalam Famili Duo bersama Naim Daniel, Sissy Imann yang dirakam menangis selepas mendengar komen juri tetap, Mas ldayu di konsert minggu keenam program berkenaan.
Sejurus insiden tersebut, orang ramai mulai memberikan pendapat masing-masing susulan perkara berkenaan selain kasihan melihat Sissy yang sebak hingga terpaksa ditenangkan hos, Janna Nick.
Dalam pada itu, tidak tinggal diam, bapa Sissy, Aliff Mohammad Kamil, 59, turut memberikan respons terhadap situasi yanng berlaku.
Bapanya berkongsi hantaran yang dimuat naik oleh Sissy di ruangan Instagram Stories.
“Good or bad, you always be my best ever” tulisnya.
Sissy yang kecewa dengan kejadian itu, bagaimanapun tampil memohon maaf dalam satu perkongsian baru di Instagramnya, malam tadi.
Menerusi minggu keenam yang bertemakan ‘Irama Tradisional’, Sissy bersama sepupunya, penyanyi Naim Daniel menyampaikan lagu Jampi nyanyian asal Hael Husaini dalam versi keroncong.
Dalam persaingan malam tadi, Sissy dan Naim meraih tempat keenam dengan 48.7 markah.
Sumber : Instagram Alifflayla
https://www.youtube.com/watch?v=Yb_zk_ekL2M&t=199s
Jangan Biarkan Kunyit Membiak Lama Dalam Pasu, Ini Cara Yang Betul Nak Pindahkan Ke Pasu Baru Supaya Pokok Kekal Subur.

Kunyit dikenal sebagai rempah alami yang banyak digunakan pada masakan.
Asyik beli je apa kata kita cuba menanamnya. Cara tanamnya memang mudah. Sehingga apabila membiak penuh dalam pasu.
Tak kan nak buang aje. Lelaki ini kongsi cara untuk membiakan pokok kunyit ke dalam bekas pasu lain. Ada tekniknya supaya pokok kekal subur.
Pokok kunyit lama ini bulan tiga yang lepas saya keluarkan dari pasu. Tujuannya tak lain tak bukan untuk biakkan supaya lebih banyak. Rezeki jiran-jiran sekeliling saya kongsikan isi kunyit dan juga daunnya sekali.
Seterusnya saya kongsikan cara saya biakkan pokok kunyit kepada beberapa pasu baru. Ambil beberapa batang kunyit yang sudah berakar seperti dalam gambar. Daun saya potong. Sebab memang akan layu. Daripada layu macam tu, baik saya guna atau agihkan kepada jiran. Yang lebihan agihan, terus saya cucukkan ke tanah.
.
Untuk peringkat awal dalam seminggu hingga ke dua minggu saya tidak beri sebarang baja, hanya siram pokok supaya berkeadaan lembab. Pada hari ke 7, sudah keluar beberapa tunas-tunas baru. Yeah!
.
Pada peringkat ini, saya mula masukkan atau taburkan sahaja dua sudu baja organik dan siram seperti biasa. Baja seperti dalam gambar. Baja ini adalah campuran kompos sawit dan tinja ayam. Sepaket saya dapat rm7 sahaja. Murah dan berkesan untuk semua pokok. Boleh cuba.
.
So, untuk hari-hari berikut, saya hanya siramkan air kosong. Selang seminggu sekali atau dua minggu sekali saya akan taburkan baja organik serta berikan semburan booster.
.
Setakat ini, inilah perkembangannya. Dah dapat banyak pasu, bolehlah buat rendang semasa hari raya aidilfitri tempoh hari serta hari raya aidiladha tak lama lagi.
Sumber: Mohd Amri
Tak Rajin Berkongsi Di Media Sosial, Tidak Semesti Hidup Suram Dunia Realiti. Hidup Kita Cara Kita!

“Jangan Bunuh Jiwa Dengan Cara Melihat Kehidupan Orang Lain Di Media Sosial.”
Hari ini ramai orang yang stres,label kehidupan sendiri gagal.Tidak habis-habis menyalahkan diri sendiri.
Begitulah realitii segelintir kehidupan manusia sejak media sosial menjadi ‘buku harian’ untuk dibuka setiap hari.
Sikap suka membandingkan menjadi umpama sebati dalam diri. Tanpa sedar ia memakan diri sendiri.
Deep perkongsian saudara Aidil Nor Adha mengenai pengaruh media sosial dalam kehidupan kita terutama kepada keluarga. Malah jika salah pendekatannya, ia memberi impak kepada emosi diri menjejaskan jati diri sendiri.
Selanjutnya ikuti coretan motivasi ini agar kita semua cakna dalam memilih yang terbaik dalam hidup kita dan keluarga. Bukan membandingkan apa yang ada disekeliling. Apa yang pasti, kita hidup cara kita.
Malah yang lagi sedih,usia baru awal 20-an pun sudah mudah melabelkan kehidupan sendiri sebagai “loser”.
Kita sibuk lihat kehidupan orang lain setiap hari,terutamanya di media sosial.Setiap hari tidak behenti scroll cerita kejayaan orang lain,
Ada yang belajar sehingga ke luar negara pada usia muda,
Ada anak orang kaya yang kongsi kisah bapanya hadiahkan kereta kepada dia supaya mudah untuk urusan belajar di universiti,
Ada orang kongsi kisah strategi simpan sehingga 50k sebelum umur 25 tahun.Muda-muda sudah boleh pasang impian untuk jadi jutawan.
Ya betul,tidak salah untuk kita baca kisah kejayaan orang lain di media sosial.Itu kisah hidup mereka,mereka ada hak untuk berkongsi.
Yang salahnya adalah apabila kita lihat kebahagiaan hidup orang lain di media sosial sehingga kita wujudkan tekanan terhadap diri sendiri secara luar biasa.
Orang tayang beli kereta di media sosial,kita rasa loser sebab masih naik motor.
Orang tayang kehidupan dah kahwin di media sosial,kita rasa loser sebab masih bujang.
Orang tayang kejayaan beli rumah di media sosial,kita rasa loser sebab masih hidup menyewa.
Orang tayang kejayaan hidup mewah hasil bisnes di media sosial,kita rasa loser sebab masih bekerja dengan orang.
Tanpa kita sedar,perbandingan yang telah kita wujudkan telah membunuh secebis rasa syukur di dalam diri.
Semua yang orang lain ada,kita nak juga,tetapi tidak usaha.Kalau kita dah usaha,tetapi tidak dapat seperti orang lain,anggap sahaja lah ianya bukan bahagian rezeki kita.
Setiap orang ada bahagian rezekinya tersendiri.Duduk sebentar,lihat sekeliling,
“Nikmat tuhan apa lagi kah yang kau ingin dustakan?”
Kita ni,jika hidup kerja bulan-bulan gaji RM3000,hidup pun perlu lah sama dengan gaji.Jangan berlumba dan anggap diri lemah kerana tidak mampu capai kehidupan seperti orang gaji RM15,000 sebulan.
Ada masa,kita perlu berpijak di dunia realiti,setiap perkara yang dikongsikan di media sosial belum pasti 100% menjamin kebahagiaan.
Yang berkongsi hidup bahagia,belum tentu dia hidup bahagia sepenuhnya di dunia realiti.
Yang tidak rajin berkongsi di media sosial,tidak semestinya hidupnya suram di dunia realiti.
Perbandingan hidup adalah proses membunuh jiwa yang kita tidak akan pernah sedar.
Berpada-padalah menilai kehidupan orang lain.
Hidup ini adalah pilihan,bukannya paksaan untuk meletakkan syarat terhadap kehidupan diri sendiri.
Begitulah.
Hidup Kita,Cara Kita.
Sumber: Aidil Nor Adha
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club

Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bila Anak Demam & Ada Pula Eczema, Dr. Ini Pesan Mesti Hindari 5 Jenis Makanan!

“Makin runsing dibuatnya, bila lihat anak asyik merengek siang malam sebab ada eczema. Tergaru-garu badan yang terasa gatal, hingga ada yang terluka dibuatnya. Sudahlah begitu, tiba-tiba demam pula akibat cuaca yang tidak menentu masa ini. Sebagai ibu, melihat keadaan anak sedemikian tentu sayu hati dibuatnya.”
Selain ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor dalam membantu merawat penyakit yang dihidapi, seharusnya ibu-ibu juga perlu ambil berat tentang apa yang dimakan oleh anak-anak ketika itu. Memandangkan setiap apa yang dimakan, akan menyumbang kepada kesihatan diri seseorang. Oleh sebab itu, kita perlulah lebih berhati-hati dalam memilih yang terbaik untuk keluarga kita!
Ini sebagaimana yang dikongsi oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad di dalam facebooknya untuk info bersama.
“Apabila anak-anak kita demam dan selsema, tolong elakkan 5 makanan yang tak bermanfaat ini. Apatah lagi jika anak-anak ini ada masalah eczema.”
- Sport drinks dan minuman bergas.
2. Ais Krim
3. Roti putih
4. Gula gula
5. Semua jenis jajan
Mengikut American Journal of Clinical Nutrition kesemua ini sebabkan keradangan dan lemahkan sistem imun.
Sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad