Bahayanya Bila Anak Masukkan Objek Dalam Lubang Hidung. Doktor Ini Jelaskan Sebabnya

Share

Bila anak semakin aktif, ibu perlu perhatikan ana-anak. Ketika ini mereka mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi.

Malah ada kes, seorang anak memasukkan kertas dalam lubung hidungnya. Memang ia akan jadi bahaya jika dibiarkan lama tanpa mengeluarkannya sehingga menyebabkan berlakunya jangkitan.

Ikuti penjelasan Doktor ini Dr Ezairy M.Sallih moga menjadi manfaat bersama

Seorang ibu muda bersama anak kecil tiba di wad. Wajah mereka ketakutan. Si anak kecil berlindung di balik pelukan si ibu. Jam sudah menunjukkan jam sebelas malam.

“Dah berapa lama ini ada kat situ?” Soal saya, merujuk kepada objek yang ada di dalam rongga hidung anak kecil itu.

Ibu itu teragak-agak. Si anak kecil mulai menangis.

Menurut si ibu, anak kecil ini sudah tiga kali memasukkan kertas ke dalam hidungnya. Dia main-main kertas, koyak-koyakkan ia dan masukkan ke dalam hidung. Allah!

Dan ini bukannya sekali dua, tetapi sudah kali keempat. Katanya nak beri anak main-main kertas…

Tuan-tuan, puan-puan… boleh nak beri anak bermain. Namun ia perlukan pemerhatian. Malang itu tidak berbau, tapi kita boleh cuba elak. Kalau kita lihat anak kita suka buat perkara-perkara seperti ini, maka kita tegah awal-awal.

Objek seperti kertas, tisu, alat permainan dan apa-apa sahaja apabila masuk ke dalam hidung adalah amat berbahaya. Ia perlu dikeluarkan seberapa segera mungkin.

Jika tersedut, ia boleh masuk ke salur pernafasan dan peparu!

Jika dibiar lama, ia boleh menyebabkan jangkitan teruk pada hidung, sekitar mata, sinus dan ke tempat-tempat lain.

Ibu-ibu, kita perhati ya anak-anak. Ayah-ayah, kita pun perlu menjadi seorang yang memahami. Bantu isteri-isteri kita.

Hidung ini ada beberapa bahagian. Ada beberapa sambungan ke rongga-rongga lain. Ada ruang untuk ke rongga sinus. Ada ruang untuk ke bahagian belakang dan seterusnya ke salur makanan dan pernafasan. Bahkan ada laluan untuk jangkitan merebak ke mata dan bahagian otak! Oleh itu, hati-hati.

Moga tulisan kali ini bermanfat. Sila #KONGSI kepada orang anda sayang dan #tag pasangan anda sebagai tanda prihatin.

Kredit : FB Dr Ezairy M.Sallih