Jika setakat sedikit selsema pada anak-anak saya yang berusia antara 5-7 tahun, tanpa demam atau batuk, saya tidak terlalu risau. Ini kerana tubuh mereka sedang menguatkan sistem daya tahan tubuh.
Ini penjelasan Dr Zubaidi Haji Ahmad yang ibu ayah kena alert.
BAHAYA UBAT SELSEMA PADA KANAK-KANAK
Ads
Kebanyakkan selsema pula disebabkan oleh jangkitan virus dan tidak perlu dibersihkan sebarang ubat.
Selalunya selsema akan baik sendiri, kecuali di saat tubuh anak menjadi lemah dan demam yang tinggi. Mereka memerlukan rawatan dari doktor.
Bagi kanak-kanak berusia tiga tahun ke bawah, penggunaan ubat selsema adalah sesuatu yang berbahaya.
Ads
Ini kerana ubat selsema terutamanya CHLORPHENIRAMINE boleh menyebabkan kanak-kanak mengantuk dan tidur. Yang lebih berbahaya mereka tidak dapat bernafas dengan baik dan boleh menyebabkan mereka berhenti bernafas.
Banyak kes di mana kanak-kanak yang berusia tiga tahun ke bawah dibawa ke Jabatan Kecemasan akibat pemberian ubat selsema terutama jika diberi dos berlebihan atau terlalu kerap.
Ads
Bayi atau kanak-kanak yang dibawa selalu tidak bermaya, muka dan tangan berwarna kebiru-biruan kerana tidak bernafas dengan baik.
Nasihat saya agar berhati-hati jika diberkan ubat ini. Jika atas nasihat doktor, dapatkan penjelasan yang secukupnya.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tular kisah seorang pemuda menjual buah durian cara unik dengan cara melakukan timbangan biji durian sahaja tanpa buah durian. Jika dahulu, buah durian dijual dalam longgokan dengan harga berpatutan. Kemudian beralih kepada timbangan kilo. Terbaru, cara timbangan biji durian pula! Namun, tidak semua penjual durian berbuat demikian.
Kisah unik ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Nur Hajar dengan memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan seorang peniaga durian sedang melakukan timbangan untuk pelanggan. Kisah ini tular dengan 6.7K share!
“Highway UUM menghala ke Changlun. RM25/kg isi sahaja, kulit tak kira. Kalo tak elok dia tauk buang. Semoga murah rezeki adik ni.”
Jual isi durian bukan kulit
Pemuda yang dikenali sebagai Mohd Izzuwan Ismail, 30, berkata, dia memilih untuk menjual isi durian yang baik saja bagi memastikan pelanggan berpuas hati.
Menurut laporan , idea tercetus setelah pernah membeli durian isinya buruk dan memilih cara menjual isi durian yang baik sahaja bagi memastikan pelanggan berpuas hati.
“Jika saya sendiri berasa marah apabila terbeli durian buruk, orang lain pun sama saja. Malah mungkin ada yang menyumpah-nyumpah peniaga durian. Saya mahu pelanggan berpuas hati dan dapat melakukan akad jual beli dengan rasa senang hati.
“Setakat ini pelanggan banyak yang ulang beli di gerai saya belum ada yang datang merungut. Alhamdulillah walaupun berniaga di hujung kampung saya berjaya jual lebih 200 biji durian setiap hari,”jelasnya.
Lebih menarik, selepas tular kisahnya, duriannya habis dijual lebih awal hari ini (8 Julai 2019) iaitu pada jam 2 petang selepas mula berniaga pada 10 pagi.
Nyata, pendekatan yang digunakan oleh pemuda ini memberi rezeki berlimpah ruah apabila berniaga cara kasih sayang. Tahniah dik!
Sumber: Harian Metro dan Nur Hajar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berita baik peminat pokok keladi! Harga keladi jenis Alocasia New Guinea Gold mampu mencecah RM100,000 hingga RM200,000 sepokok! Pokok keladi ini juga mendapat jolokan Keladi emas 916 ekoran hargnya yang mahal.
Peniaga Peniaga, Abdul Halim Yusuf, 35, ketika ditemui di Mini Fiesta Keladi Viral dan Flora di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjung, Kota Bharu menjelaskan harga berkenaan berdasarkan kesenian yang ada pada keladi itu daripada segi bentuk ubi, lenggok dahan daun, warna yang lebih menyerlah, corak daun dan saiz keladi.
Pokok keladi ‘mewah’ ini dikatakan boleh mencecah ketinggian sehingga dua meter dan ke atas sekiranya dijaga dengan baik.
Lebih menarik, usia pokok ini boleh mencecah 40 tahun hingga ratusan tahun selain mudah dijaga iaitu hanya perlukan siraman tiga ke empat hari sekali selain cuaca yang panas,
“Harga keladi Emas 916 ini sebenarnya tiada had, semakin besar keladi, harga semakin tinggi.
“Kenapa harga keladi ini mahal sebab apabila ubi keladi ini besar, dia boleh hasilkan anak-anak yang banyak, sehingga satu induk boleh hasilkan 2,000 anak pokok, jadi apabila dijual semula dapat pulangan pelaburan yang lumayan,”
Pendapatan lumayan
Siapa sangka pokok keladi bernilai tinggi ini mampu menjana pendapatan yang lumayan.
Peniaga berkenaan memberitahu sejak hari pertama hingga hari ini, dia sudah menjana hampir RM30,000 jualan keladi termasuk jenis Emas 916, cat tumpah dan albino yang berharga RM3,000 hingga RM8,000 sepokok.
Pasangan mana yang tidak mahu cahaya mata. Malah kehadiran zuriat ini seakan mengikat lagi kasih sayang suami isteri.
Tidak kira, untuk kelahiran pertama atau seterusnya, keterujaan itu sangat dirasai. Setiap anak ada keistimewaan tersendiri.
Namun bagi pasangan ini, anak mereka Ayesha Nuha menjadi perhatian sejak kisahnya dikongsikan oleh ibunya. Ayesha Nuha adalah seorang bayi pramatang yang dilahirkan pramatang pada 9 Jun 2022.
Menurut ibu kepada bayi ini, Nor Faizah Ismail, dia dan suami Md Aidil Faat hanya mampu berdoa selepas doktor memberi bayangan bahawa si cilik itu mungkin tiada harapan untuk terus hidup.
“Sebelum bersalin, doktor pakar dah maklumkan bahawa baby akan meninggal. Tapi kuasa Allah yang maha hebat, baby Nuha berjaya membesar berkat doa orang sekeliling,” tulisnya pada kapsyen video di TikTok.
Faizah turut mengakui telah bersedia dengan sebarang kemungkinan, namun terkejut anaknya terus bertahan.
“Sebelum ini saya pernah alami keguguran. Kali ini kelahiran pramatang. Anak saya lahir pada usia kandungan enam bulan. Doktor tak bagi kami harapan sebab organ pentingbaby sangat tak matang. Kami hanya mampu reda.
“Nuha dilahirkan secara normal walaupun dia berada dalam keadaan songsang. Keadaannya 50 – 50 masa tu, dia terus dimasukkan ke Unit Rawatan Intensif Neonatal (NICU). Doktor cuma minta kami bersedia dengan apa-apa kemungkinan.
“Dua bulan Nuha dalam NICU. Banyak komplikasi berlaku. Nuha juga jalani pembedahan saluran jantung selepas dua minggu dilahirkan. Pembedahan itu sangat berisiko. Kami suami isteri pasrah tapi yakin Nuha anak yang kuat,” ujarnya.
Menurut Faizah, dia dan suami tidak menyangka si comel itu mula menunjukkan reaksi positif selepas dua bulan dia ditahan di NICU.
Biarpun masih menjadi penghuni hospital, Nuha menunjukkan perubahan sedikit demi sedikit sehinggalah dibenarkan untuk pulang ke rumah, pada bulan ini.
“Selepas pembedahan dan keluar NICU, Nuha dipindahkan ke wad bayi tapi dia masih perlu dipantau oleh doktor. Dari situ doktor nampak peluang Nuha untuk terus hidup adalah cerah. Kami memang lega sebab di NICU dia sangat kritikal.
“Lapan bulan lebih Nuha dalam hospital. Saya dan suami berulang alik sepanjang masa dari rumah kami di Pontian ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang terletak di Johor Bahru. Akhirnya Nuha dibenarkan balik ke rumah pada bulan ni, kami bersyukur sangat,” ujarnya.
Pada Rabu, Nuha sekali lagi dimasukkan ke hospital kerana paras oksigen yang tidak stabil, namun Faizah berharap situasi itu tidak berpanjangan dan besar harapannya dia dapat pulang sebelum Aidilfitri tidak lama lagi.
“Nuha baru keluar hospital bulan ni. Hari ini (Rabu) dia dimasukkan ke hospital semula kerana oksigen menurun sikit. Mungkin dia belum sesuai dengan keadaan di rumah, ada risiko balik rumah.
“Kali ini saya tak pasti berapa lama Nuha akan dipantau oleh doktor. Tapi saya berharap dia cepat sihat. Saya yakin Nuha kuat. Raya tahun ini kami tidak merancang untuk ke mana-mana, cuma kami harap dia ada bersama kami,” ujarnya lagi.
Menurut Faizah, dia bersyukur dengan sokongan orang ramai, malah kembali bersemangat selepas ramai insan senasib dengannya turut ‘hadir’ memberi sokongan secara dalam talian.
“Saya kongsi di TikTok sebab nak cari semangat. Masa tu Nuha belum keluar hospital. Saya cuma mahu cari member yang boleh bagi semangat, terutamanya yang senasib dengan saya. Komen-komen mereka membuatkan saya rasa tidak berkeseorangan.
“Video-video TikTok itu juga menjadi kenangan buat kami sekeluarga. Selain mendoakan anak saya, ramai yang senasib turut berkongsi cerita yang mana ujian mereka jauh lebih hebat berbanding saya. Mereka sentiasa tanya perkembangan kesihatan Nuha.
“Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang doakan kami. Saya juga nak berterima kasih kepada staff nurse NICU dan wad A4 di HSA,” ujar Faizah mengakhiri bicara.