Bagi anak-anak kecil yang takut gelap, ibu bapa sering memasang lampu ketika mereka tidur bagi atasi masalah ketakutan terutamanya pada waktu malam.
Rutin ini boleh mengundang bahaya sekaligus mampu menjejaskan tahap kesihatan anak-anak untuk jangka panjang.Ia boleh mengakibatkan risiko penyakit kanser.
Menurut beberapa kajian yang dijalankan, tidur dalam keadaan cerah atau ketika lampu terpasang akan mengurangkan penghasilan hormon melatonin.
Hormon Melatonin merupakan salah satu hormon yang berfungsi untuk mempertahankan tubuh daripada penyakit berbahaya seperti kanser. Hormon melatonin ini tidak dapat dihasilkan oleh tubuh jika anda tidur dalam keadaan yang cerah.
Bukan itu sahaja, tidur dengan lampu menyala juga mengakibatkan jam biologi tubuh terganggu dan otak tidak dapat berehat sepenuhnya.
Kesannya, anak-anak akan mengalami gangguan tidur yang akhirnya boleh menyebabkan ganguan kesihatan seperti tekanan darah tinggi, stres dan menjejaskan metabolisme tubuh.
Oleh itu, sebelum tidur pastikan lampu ditutup terlebih dahulu. Bukan saja dapat menjimatkan bil elektrik tapi baik untuk kesihatan.
Kebaikan tidur dalam gelap :
Baiki sel-sel yang rosak
Tubuh kita memerlukan suasana yang gelap dan tenang untuk memperbaiki sel-sel yang rosak atau mati.
Tidur Lebih Lena
Tidur dengan lampu dipadamkan adalah tidur yang lebih selesa dan lebih tenang berbanding tidur dengan lampu terpasang.
Cegah penyakit seperti kanser
Tubuh kita hanya akan aktif mengeluarkan hormon melatonin apabila berada dalam suasana gelap. Hormon Melatonin ini diperlukan oleh badan kita untuk mencegah penyakit seperti leukemia dan kanser.
Jimatkan tenaga elektrik
Menutup lampu sebelum tidur pastinya mampu mengurangkan bil elektik di rumah.
“Mula Suami Suruh Jual Kereta Sedih Juga. Rupanya Dia Nak Belikan Baru.” Baru Berbaik, Aliff Syukri Hadiahkan Porsche Buat Isteri
Sebelum ini heboh pasangan ini bergaduh sehinggakan pelbagai spekulasi dibuat netizen. Hampir tiga bulan berlarutan akhirnya pasangan ini berdamai.
Terbaru, Datuk Seri Aliff Syukri membuat kejutan kepada isteri tersayangnya Datin Seri Nur Shahida dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah jenama Porsche.
Berita gembira itu dikongsi menerusi satu posting di Instagramnya semalam. Menurut Nur Shahida, dia tidak menjangkakan kejutan berkenaan biarpun suaminya sebelum ini memintanya untuk menjual kereta lama mereka.
“Mula-mula suami suruh jual kereta sedih juga.
“Tapi rupanya dia nak belikan yang baru. Terima kasih hubby, berbunga-bunga hati dapat kereta baru,” katanya.
View this post on InstagramA post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on
View this post on InstagramA post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen memuji pilihan kereta berkenaan yang disifatkan sangat sepadan dengan empunya diri. Selain itu, tidak kurang juga yang menganggap ia sebagai hadiah pengorbanan seorang isteri.
Sumber: IG shahidadherbs
Bahagia Bukan Wang Semata Tapi Pengorbanan. Inspirasi Kisah Anak Ini.
Semua manusia inginkan bahagia hidup bersama keluarga. Wang ringgit yang banyak bukan penentu bahagia kekal abadi.
Biarpun hidup secara sederhana bukan dilimpahi kemewahan, hidup pasti bahagia. Sebagaimana perkongsian seorang anak ini yang mengimbau kisahnya ketika kecil dengan pengorbanan seorang ibu, begitu inspirasi. Bak kata kata perpatah, kasih ibu hingga ke syurga. Tentu antara kita ada kisah-kisah manis untuk dikenang. Apa yang pasti, tak kaya takpe asalkan bahagia kekal abadi.
Ikuti perkongsian ini.
___________________________
Wanita yang hebat..
Assalamualaikum geng, hari ini aku nak kenalkan seorang wanita yang penting dalam hidup aku.. wanita ini yang besarkan kami 6 beradik seorang diri sejak aku umur 2tahun.. pergorbanan yang tak dapat di gambarkan dgn kata2..
wanita menghabiskan masa muda nya untuk tangjawab membesar kan anak-anak.. dari pagi sampai ke malam tak nampak matahari bekerja untuk membesar kan kami.. dengan badan yang agak besar (gemuk) berjalan sejauh 2kilo meter dalam pagi yang gelap di tengah hutan sawit (shah alam 1990an) untuk tunggu bas.. sebelom sampai ke rumah, (senja) wanita ini akan masuk ke dalam semak yang tinggi dalam keadaan tak tahu pape dalam semak itu, ular ke, paku ke, kaca ke..untuk mencari sayur-sayur yang boleh di masak.. contoh, kangkung, pucuk paku, pucuk ubi, dan sbagai.. setiap hari..cuti hanya bila gaji sahaja sebab nak beli barang dapur.. bila balik kerja, dengan penat tak hilang lg dengan ragam anak-anak 6 orang.. dari mana datang kekuatan??
Aku masih ingat lagi, masa itu banjir besar di shah alam.. banjir paras pingang dewasa.. aku dengan adik beradik semua kena duduk kat siling rumah sebab tiada tempat lain yang kering.. keadaan itu tengah malam sebelum raya kalau tak salah.. wanita ini hanya mampu beredam dalam banjir 1 malam demi pasti kn kami adik beradik selamat smpai ke pagi.. wajah muka wanita ini masih lagi segar dalam ingatan saat itu..
hebat nya wanita ini, setiap kali gaji akan bawak kami 6 beradik makan kfc.. aku tak tahu mana datang duit.. aku dapat rasa kan berkat dan nikmat hasil tangan wanita ini.. cukup semua nya..
1 ke ajaiban wanita ini, sekolah tak tinggi tapi pandai sejarah.. bukan hanya sejarah melaka, sejarah malaya tapi sejarah dunia hampir dikuasai nya.. sebelum tidur, akan di ceritakan sejarah-sejarah penting.. bukan nak cerita pasal kancil dan buaya .. kami adik beradik umur 10 tahun pada lali dengan cerita sejarah melaka.. tak jemu wanita ini slalu berkata “HANYA BELAJAR(ILMU) YANG MAMPU UBAH NASIB KELUARGA KITA”..
banyak pergorbanan wanita ini tak mampu di ungkup..
ini la wanita hebat MADZNI BINTI YACOB emak ku.. di sini adik memohon maaf jika adik ada buat kesilapan sepanjang adik hidup.. kejayaan adik sekarang tak akan ada tanpa doa emak.. terima kasih besar kan adik dan kami.. tiada nilai apa-apa pon dalam dunia yang mampu balas jasa dan pengorbanan emak..
Selamat hari lahir yang ke 60tahun.. untuk emak.. semoga panjang umur, di beri kesihatn yang baik.. adik setiase doa kan emak dari jauh.. i love u..
Kredit: Saya Encik Lalang
Cuaca Tak Menentu, Jadi Mudah Je Dapat Sakit. Doktor Ni Kongsikan Tip Alami & Memang Berkesan Atasinya!
Menyentuh tentang bab menjaga kesihatan diri dan keluarga, pastinya setiap antara kita begitu prihatin. Lebih-lebih lagi jika dalam cuaca sekarang yang tidak menentu. Terasa terik melampau pada waktu tengah hari dan tiba-tiba hujan di waktu petang boleh mendatang risiko kesihatan terjejas seperti mudah diserang batuk, demam dan selesema.
Umum maklum, meredakan masalah tersebut ubat perlu diambil namun tahukah anda selain itu terdapat beberapa cara lain yang boleh diamalkan. Hal ini telah dikongsikan oleh Doktor Suri Roowi di akaun fbnya. Nak tahu lanjut, jom semak satu persatu.
“Memandangkan cuaca agak tidak menentu sekarang ini, di sini saya kongsikan tips alami untuk membantu masalah demam, batuk dan selsema”- Dr Suri Roowi
Caranya adalah;
1. Minum air bawang putih. Bawang putih ada bahan Allicin, boleh membantu masalah demam, sakit tekak dan selsema.
Untuk mendapatkan khasiat yang banyak, bawang putih perlu dihancurkan atau dipotong-potong, seterusnya dibiarkan selama 10 minit, agar enzim dapat bertindak balas dan menghasilkan bahan berkhasiat Alicin.
Selepas itu barulah ditambah air suam. Sebaiknya diambil bersama madu. Dapatkan madu yang asli.
2. Halia adalah herba popular untuk bantu rawat batuk.
Caranya adalah dengan hancurkan halia dan direbus. Jus lemon dan madu boleh ditambah. Pastikan madu asli.
Cara lain adalah dengan kemam halia yang telah dibuang kulit untuk bantu kurangkan batuk.
3. Nenas mengandungi enzim bromelain. Enzim ini bantu cairkan kahak dan kurangkan batuk.
4. Minum madu asli – Madu asli sangat membantu masalah sakit tekak dan batuk. Terdapat kajian menunjukkan ia lebih berkesan berbanding ubat moden yang mengandungi dextromethorphan.
5. Minum yoghurt atau madu kelulut – Lactobacillus adalah bakteria baik yang boleh membantu sistem penghadaman dan masalah batuk. Bakteria baik ini banyak dalam yoghurt dan kajian terkini menunjukkan lactobacillus banyak juga dalam madu kelulut.
6. Terdapat juga kajian menunjukkan kombinasi madu dan kopi boleh bantu kurangkan batuk.
Banyakkan berdoa memohon kesembuhan. Allah berfirman dalam Al Quran;
“Dan apabila kamu sakit maka Dia (Allah) yang menyembuhkan” Surah Ashshu’ara’ ayat 80
7. Limau nipis dan lemon membantu merawat batuk dengan mengurangkan radang. Kulit limau tinggi bahan berkhasiat neohesperidin berbanding jus. Caranya adalah dengan menambahkan madu asli pada kulit limau yang dihancurkan dan ditambahkan jus. Minum sedikit-sedikit sehingga sembuh. Limau nipis lebih berkesan berbanding kasturi untuk masalah batuk.
8. Bawang merah adalah antara sumber yang mudah didapati untuk bantu kurangkan batuk. Caranya adalah dengan memotong dan hidu bau bawang tersebut.
9. Bahan meruap mint (Mentha piperita) juga boleh bantu kurangkan batuk. Caranya adalah dengan meminum teh mint, tetapi sebelum itu perlu hidu wap nya kerana bahan aroma boleh bertindak sebagai antibakteria/antivirus
10. Kunyit secara semulajadinya mengandungi bahan kurkumin. Ia juga membantu kurangkan batuk terutamanya jenis batuk tanpa kahak. Caranya adalah ambil sedikit kunyit bersama madu dan diminum.
11. Kumur-kumur dengan air garam – disediakan dengan melarutkan sesudu garam dengan secawan air suam
12. Rendam 1 atau 2 kayu manis dalam segelas air panas dan minum sedikit-sedikit. Kayu manis juga membantu masalah diabetis
sumber : Dr Suri Roowi