Pernah tak anda memasak dan terpecahkan sebiji telur yang sudah busuk ke dalam masakan? Pengalaman berdepan dengan situasi ini buat kita rasa langsung hilang selera untuk makan. Busuk tahap maksima!
Tapi bukan hanya soal busuk yang perlu dikisahkan. Apa yang lebih dikisahkan adalah kandungan nutrisi telur-telur lain yang berada disekeliling. Masih elokkah kandungan telur ini dan adakah masih tersimpan nutrisi di dalamnya?
Ikut cara lelaki ini, Khairil Izham atau Abang Iz, yang mencuba sendiri teknik bagi mengenal pasti samada telur masih dalam keadaan baik atau telah lama. Jom cuba.
“Malam ni Abang Iz nak share cara tentukan usia dan telur yang masih elok untuk dimasak. Semoga bermanfaat.
Telur ayam mesti jadi kewajipan setiap rumahkan? Yelah, kalau contoh tak ada lauk lain, masa singkat, kecemasan nak makan segera, mesti telur menjadi pilihan utama untuk disediakan selain sardin.
Tapi, adakalanya membeli stok telur yang banyak akan menyebabkan telur rosak jika tidak habis digunakan.
Cara paling senang nak tau telur masih elok atau tidak adalah dengan cara memecahkannya. Tapi, cara ini agak menyusahkan jika yang dipecahkan
adalah telur busuk atau telur tembelang.Abang Iz nak kongsi cara bagaimana untuk menentukan telur masih elok tanpa memecahkannya.
1. Sediakan sebuah mangkuk berisi air bersih.
2. Masukkan telur yang hendak diuji ke dalam mangkuk berisi air tadi.
3. Lihat kedudukan telur berkenaan:
– Telur tenggelam ke bawah menandakan ia masih elok.
– Telur tenggelam ke bawah tetapi berdiri tegak menandakan ianya masih elok tetapi perlu dimasak dengan segera.
– Telur terapung ke atas menandakan ianya sudah TIDAK ELOK!
4. Sekiranya berasa ragu-ragu, cuba ambil telur yang terapung dan goncangkan. Jika terdengar bunyi kocakan bermakna telur sudah tidak elok.
Boleh rujuk gambar. Telur sebelah kiri yang berdiri adalah dalam 2 ke 3 minggu Abang Iz beli. Yang sebelah kanan, masih segar, baru beli tadi.
Boleh juga rujuk gambar lukisan untuk tahu usia telur.
Sumber: Khairil Izham