Sembelit bukanlah masalah besar bg sesetengah orang. Namun seorang wargamas berusia 80 tahun di Taiwan, pengsan di ruang tamu, akibat sembelit yang kronik.
Apabila dimasukkan ke wad, beliau memberitahu yang dia tidak dapat buang air besar selama seminggu.
BAGAIMANA IA BERLAKU
Dari pemeriksaan doktor, mendapati terlalu banyak najis,sehingga dinding usus besarnya membesar (mengelembung) dan hampir koyak.
Najis di dalam usus menjadi keras dan bersaiz besar (hampir satu kaki), dan menyebabkan saluran darah terhempit dan menghalang pengaliran darah ke usus. Akhirnya tisu di saluran usus hampir mati dan mulai koyak.
Pakar bedah terpaksa melakukan pembedahan bagi mengeluarkan najis yang keras dan menyelamatkan usus yang hampir pecah.
Ads
Ini bukanlah kes pertama. Tidak berapa lama dulu seorang lelaki di UK mengalami masalah yang sama. Dia didiagnosakan sebagai “megacolon” dan “megarectum”.
INI KESANNYA
Usus besarnya membesar kerana terlalu banyak najis, sehingga hampir koyak. Selain itu, ginjal mulai rosak dan terlalu banyak asid dalam darah. Nasib baik doktor dapat mengeluarkan najis melalui pembedahan.
WARGA EMAS PALING SERIUS JIKA KENA SEMBELIT
Ads
Masalah sembelit terutama di kalangan wargatua amat serius. Jangan biarkan mereka tidak buang air besar melebihi seminggu. Paling baik, buang setiap hari. Namun wargatua selalunya tidak berselera untuk makan. Jadi tidak banyak najis yang akan dikeluarkan, akhirnya menyebabkan najis menjadi keras dan sukar dikeluarkan.
Bagi wargatua, saya nasihatkan agar banyak makan sayuran, minum air secukupnya dan banyakkan aktiviti fizikal.
Beberapa ubat sintetik juga boleh menyebabkan masalah sembelit, antaranya ubat gastrik (antacid), ubat tahan sakit (tramadol), pil penambah darah (zat besi), beberapa jenis ubat darah tinggi dan ubat anti-kemurungan.
Ads
Berbincang dengan doktor yang merawat jika ada masalah sembelit dan mengambil ubatan tersebut.
Saya juga mencadangkan pengambilan minyak sihat terutama minyak zaitun untuk mengelakkan masalah sembelit.
Ambil dua sudu besar minyak zaitun 3 kali sehari sehingga dapat membuang air besar seperti biasa. Jika masih tidak boleh membuang, buatlah pemeriksaan doktor kerana mungkin ia masalah kesihatan yg lebih serius.
Saya sendiri mengamalkan minyak zaitun OLIVIE setiap pagi dan malam. Alhamdulillah rasa bertambah sihat dan bertenaga. Mudah buang air besar di awal pagi.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Penyanyi dan pengacara, Alif Satar diberitakan dalam keadaan baik dan stabil selepas mengalami kemalangan semalam ketika menaiki motorsikalnya.
Hal itu dikongsikan oleh rakan selebriti, Wak Doyok menerusi X serta turut berkongsi beberapa keping gambar ketika kemalangan itu.
Meninjau Instagram Alif, Alif turut berkongsi keadaan kini dalam keadaan baik-baik sahaja namun mengalami sakit-sakit badan selepas kemalangan itu.
“Alhamdulillah, Allah uji sikit saja. Terima kasih semua yang mendoakan kesejahteraan. Semoga Allah SWT makbulkan dan permudahkan urusan kalian juga.
“Dah check up dengan doktor di KPJ, Tawakal semalam and all is clear. Tak ada yang patah. Masa jatuh kepala sakit dan pening.
“Takut juga ada yang serius tapi doktor bagitau tak ada symptoms concussion. Syukur. Cuma sakit-sakit badan (semoga buat penghapus dosa).
“Terima kasih sekali lagi buat semua yang call dan mesej bertanya khabar, saya cuba untuk balas semua,” tulisnya.
Terdahulu, Alif Satar yang baru-baru ini tular di media sosial dengan kempen berjemaah subuhnya turut mengajak orang ramai untuk berjemaah sebaik dirinya sembuh. Terbaik!
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Setiap kali pulang bercuti pasti banyak benda yang perlu diuruskan, terutama sekali bab mencuci pakaian. Belum sempat kering pakaian yang dijemur itu, hujan pula turun kain. Maka, bertimbun pakaian kotor di dalam bakul yang tidak dicuci. Kalau dicuci dan dibiarkan tidak berjemur, nanti timbul masalah lain pula iaitu baju yang dicuci berbau hapak.
Berhadapan dengan masalah kain yang dibasuh terpaksa dijemur berkali-kali tentu saja menambahkan kerja kita dalam mengurus rumah tangga lebih-lebih lagi ketika musim hujan ini.
Jadi untuk mengelak pertambahan kerja ketahui tip ini untuk atasinya.
1. Bahan pencuci
Pilihlah bahan pencuci yang mempunyai haruman yang menyegarkan dan pastikan sukatan yang digunakan bertepatan dengan kuantiti pakaian yang dibasuh.
2. Pewangi pakaian
Sebaiknya setiap cucian pakaian turut disertakan dengan bahan pewangi pakaian. Ini dapat memberi hasil cucian yang lebih harum dan wangian dapat bertahan lebih lama.
3. Jangan bertindih
Pastikan pakaian yang dijemur tidak ditindih di antara satu sama lain. Jika ruang terhad, gunakan penyangkut pakaian untuk lebih sistematik dan sekali gus dapat menjimatkan ruang.
4. Kipas
Jika pakaian masih basah dan cuaca lembap atau hujan seharian, sebaiknya gantung pakaian tersebut dan keringkan dengan pengudaraan yang bagus. Paling mudah sidai pakaian tersebut di bawah kipas yang berfungsi.
Namun jika cara ini tidak memuaskan hati anda, jalan terbaik adalah gunakan sahaja servis kedai dobi layan diri. Di sana terdapat mesin pencuci dan mesin pengering panas. Dengan ini dapat menjamin setiap baju yang dicuci kering sempurna.
Malah dikatakan menggunakan servis ini lebih menjimatkan masa. Apa-apa pun tepuk dada tanya selera, pilihlah yang mana memudahkan dan memberi keselesaan kepada anda. Apa yang penting pakaian yang dicuci biarlah berbau harum dan bukannya hapak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Strok atau juga disebut angin ahmar sering berlaku sekarang. Ia juga tidak disangka. Seorang sahabat saya mendapat major stroke dan meninggal dunia pada usia 45 tahun. Sementara seorang lain hanya mendapat stroke ringan, tetapi serangan stroke berulang selepas tiga tahun, dan akhirnya beliau pergi buat selamanya.
ELAKKAN RISIKO MENDAPAT STROKE
Ia bermula dengan gaya hidup yang tidak sihat yang telah diamalkan oleh pesakit bertahun-tahun. Stroke berlaku bukan berpunca dari sesuatu yang kita lakukan semalam. Itu hanyalah punca secara kebetulan.
Gaya Hidup yang tidak sihat menyebabkan saluran darah ‘pecah’ dan pendarahan berlaku di dalam otak atau terdapat darah beku yang menghalang darah untuk sampai ke otak.
Akhirnya pesakit stroke tidak dapat menggerakkan sebahagian anggota tubuh, muka menjadi senget dan tidak dapat bercakap dengan sempurna. Mereka tidak dapat menjalankan keshidupan yang sempurna, dan terlantar. Mereka perlu dibantu untuk meneruskan rutin hidup seperti untuk mandi, makan dan berpakaian.
Kajian yang dilakukan di Eropah menunjukkan jika kita berhenti merokok dan arak, di samping menjaga pemakanan, melakukan pergerakan fizikal, cukup tidur dan dapat mengawal stress dengan baik, ia dapat mengurangkan risiko mendapat stroke, terutama di kalangan pesakit diabetes dan hipertensi, yang berumur 60 tahun ke atas.
Kesimpulan, ada beberapa faktor yang perlu dilakukan.
1. Kawal tekanan darah tinggi
2. Berhenti merokok dan minuman beralkohol
3. Kawal paras ‘kolesterol jahat’
4. Kawal paras gula darah .
5. Lakukan pergerakan fizikal semampunya
6. Dapatkan cukup tidur dan rehat
7, Kawal stress dengan baik
8. Tambahkan makanan bernutrisi
Kajian mendapati seseorang yang mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran dalam pemakanan seharian mereka akan menurunkan risiko mendapat penyakit strok.
Ambil minyak sihat seperti minyak zaitun dan ikan berminyak mengandungi Omega 3. Pesakit yang telah diserang strok lebih baik jika mengambil ikan setiap hari atau mengamalkan makanan tambahan Omega 3. Mengambil makanan tambahan vitamin E dan C juga boleh membantu mempercepatkan pemulihan pesakit strok.
Penjagaan kesihatan secara holistik dapat menurunkan risiko mendapat serangan stroke. Ia juga menghindarkan kita mendapat stroke, insya-Allah.
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak membuatnya cukuplah mudah.