Bila berada di luar rumah, radiasi ultraviolet, mempengaruhi kesihatan kulit wajah kita. Kulit berfungsi melindungi tubuh dari radiasi UV. Jika kulit terdedah pada jangka masa yang lama, ia akan menyebabkan kulit tidak mempunyai daya tahan diserang penyakit, dan mempercepatkan proses penuaan.
Radiasi UV dari cahaya matahari akan merosakkan kulit, akhirnya menyebabkan masalah jeragat dan kulit cepat berkedut. Masalah penuaan kulit ini boleh dilihat sebagai kedutan, garis halus, kulit mengendur (sagging and laxity), tona kulit tidak sekata, masalah jeragat (pigmentasi), kulit kelihatan kasar dan berkuping, kulit menipis dan mengendur, kekeringan kulit, kedutan kasar (deep furrows) dan kutil kecil.
.
Apabila umur meningkat maka kolagen dan elastin dibawah kulit akan mengendur dan mengakibatkan masalah kedutan dan garis halus. Kesannya, kulit menjadi longgar, kendur, hilang lemak, nipis dan kasar. Ini menyebabkan kulit muka mengendur ke bawah dan menyebabkan kedutan yang lebih kasar.
.
Ada beberapa langkah untuk merawat muka.
.
1. Kulit yang kering adalah kesan utama akibat radiasi UV. Untuk mengembalikan kekenyalan kulit, minumlah air sebanyaknya, sekurang-kurangnya 1.5L sehari.
.
2. Jangan lupa membersihkan kulit wajah setiap hari, terutama apabila berada di luar rumah melebihi 4 jam.
.
3. Gunakan sabun pembersih wajah yang tidak mengandungi aroma atau pewangi. Jika ada pewangi, gunakan pewangi semulajadi, dan elakkan pewangi sintetik yang dibuat dari bahan kimia.
.
4. Sebelum keluar rumah, pastikan telah menggunakan krim pelembap dan sunblock UVA & UVB. Krim pelembap dapat mengekalkan kelembapan kulit muka sementara krim sunblock dapat melindungi kulit dari radiasi UV.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad