Pernah tak terjadi apabila hujan cermin depan kereta akan jadi berkabus.
Sudah tentu apabila terjadi macam ini akan mengakibatkan pandangan terjejas. Ini sudah tentu bahaya. Pemandu tidak dapat melihat dengan jelas ke arah jalan raya.
Terdapat pelbagai tip untuk mengelak cermin jadi berkabus. Nak tahu cara ini ikuti perkongsian ini oleh prof.datuk.haji.amin
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
1. Pastikan on aircond, kemudian pusing mod angin aircond kepada mod seperti gambar di bawah.
3. Selain itu boleh juga menghidupkan mod kitaran udara luar. Cara ini ia membenarkan udara luar masuk dalam kereta tanpa buka tingkap. Jadi suhu dalam kereta akan jadi sama dengan di luar sekali gus menghilangkan kabus yang menghalang pandangan.
Tanpa mencampurkan dengan air, ratakan syampu pada cermin dengan. Biar kering sebelum lap dengan air. Fungsinya sama dengan ubat gigi.
2. Guna ubat gigi
Cuma picitkan ubat gigi pada kaun bersin dan lap ke seluruh bahagian cermin depan. Biar kering dan lap sekali lagi dengan tuala lembap. Ubat gigi ini akan membentuk satu lapisan yang menghalang wap air dari terbentuk.
Bagi mengelak proses pemeluwapan, pemilik kereta disarankan melakukan servis penyaman udara secara berkala, membersihkan penapis kabin setiap tiga bulan sekali, dan tidak lupa memeriksa tekanan bahan penyejuk (freon).
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.k
Mengetahui ada sahaja ahli keluarga atau kenalan rapat ada disahkan positif Covid-19 hati sudah resah dan gelisah apatah lagi andai dikhabarkan insan tersayang sudah pergi selamanya angkara Covid-19. Hati siapa yang tidak luluh dan sedih, dan inilah yang dirasai oleh Abdul Rahim Daim yang berkongsi kisahnya di Harian Metro baru-baru ini apabila adiknya Abdul Malik Daim, 43, meninggal dunia pada 22 Mei lalu di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Maeps, Serdang disusuli ibu tercinta, Patimah Babu, 75, keesokkan hari di Hospital Sungai Buloh.
Lebih memeritkan ketika itu, tujuh daripada sembilan ahli keluarga lain termasuk isteri dan tiga anaknya turut disahkan positif apabila melakukan ujian saringan Covid-19, selepas anak, adik dan ibunya mengadu deman dan batuk pada hari raya ketiga.
Ketika dihubungi, Abdul Rahim berkata beliau tidak menyangka kegembiraan mereka sekeluarga menyambut Aidilfitri baru-baru ini menjadi kenangan terakhir sebelum wabak itu meragut nyawa dua insan yang tersayang.
“Bimbang melihat keadaan kesihatan anak, adik dan mak, saya tanpa berfikir panjang membawa mereka dan ahli keluarga lain melakukan ujian saringan Covid-19 dan perkara yang takuti akhirnya terjadi apabila ibu dan beberapa ahli keluarga yang lain disahkan positif apabila keputusan ujian saringan diperoleh pada malam itu.
“Hanya saya dan anak perempuan negatif ketika itu, jadi saya kemudian meminta yang positif buat persiapan untuk pergi ‘assessment’ di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati, Shah Alam keesokan paginya tanpa menunggu van ambulans datang ke rumah,” katanya kedengaran tenang ketika menceritakan kembali kejadian itu.
Katanya, selepas menjalani penilaian CAC di Stadium Melawati, ibunya dibawa ke Hospital Sungai Buloh selepas pernafasannya kurang baik di samping mengalami komplikasi buah pinggang dan kencing manis, manakala adiknya yang obes pula dihantar ke PKRC Maeps.
“Ahli keluarga yang lain pula diarah melakukan kuarantin di rumah,” katanya yang menetap di Puchong.
“Pada pagi Sabtu, 22 Mei saya ada telefon adik kerana dia ada minta hantarkan pakaian dan sejadah, namun panggilan saya tidak dijawab sehinggalah saya dapat panggilan supaya datang ke hospital Serdang, dan dimaklumkan adik saya telah meninggal dunia ketika dibawa ke hospital.
“Mereka cuba diselamatkan tapi gagal, kemungkinan dia dah tiada semasa di Maeps pada pukul 9.00 pagi lagi,” kongsinya sambil mengesahkan video pasukan perubatan memberikan bantuan pernafasan (CPR) kepada seorang pesakit di Maeps yang tular adalah adiknya.
Dugaan yang diterima tidak terhenti di situ sahaja apabila belum pun sempat menyelesaikan urusan dokumentasi kematian adiknya, Abdul Rahim tidak lama selepas itu menerima panggilan daripada doktor dari Hospital Sungai Buloh yang memaklumkan ibunya pula dalam keadaan tenat.
“Kami sekeluarga sempat buat panggilan video dengan mak memohon maaf atas salah silap selama membesarkan kami adik-beradik, dan itulah perbualan terakhir kami sebelum beliau disahkan meninggal dunia sekitar pukul 2.00 pagi,” katanya.
Abdul Rahim yang adalah kakitangan Media Prima Berhad berkata jenazah ibu dan adiknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 Subang Jaya pada petang Ahad.
Ditanya mengenai punca jangkitan Covid-19 boleh berlaku dalam kalangan keluarganya, Abdul Rahim berkata beliau sendiri kurang pasti, namun tidak menafikan memang menjadi kebiasaan baginya untuk menghantar belanja, belikan lauk dan makanan ke rumah ibunya sebelum beliau ke tempat kerja.
“Perkara yang berlaku menjadi satu pengajaran yang cukup bermakna buat ahli keluarga saya.
“Sehubungan itu saya ingin berpesan kepada rakyat Malaysia, jangan kita leka dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan, kita tidak ketahui dari mana Covid-19 itu berada dan kita tidak tahu siapa yang pembawanya,” katanya.
“Sebelum ni pernah pergi masjid kat Putrajaya habis dia tawaf, macam mana mak nak kusyuk! Haaha .Pagi ni ada improvement ! Dia duk je depan mommy dan nenek sepanjang solat tapi , sepanjang tu lah dia nagis manjaaaa nak dukung. Sampai lah kami habis.
“Kat rumah elok je golek golek depan sejadah nak oii.. .Tengah dengar kutbah sedap pulak dia tido.Hahaha takpa lah nak… asalkan bahagia,” tulis Yana.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang anak ini, turut didik ke masjid waktu kecil dahulu.
“Mommy dulu umur 5 tahun baru pergi surau, masjid jauh kena seberang jalan besar . Abah nak angkut semua memang tak mampu sebab ada motor vespa sahaja.
“Huhuhu Zaman sekarang dah galakkan anak kecil ke surau, ke masjid siap ada ruangan lagi untuk mereka.. berkarpet , ada aircond selesa… beruntung…Pengalaman kalian macam mana pula?,” kongsinya lagi.
Foto : Instagram Yana Samsudin
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Daler Yusuf tersalah potong rambut sampai anak merajuk, menangis, “Dari Rapunzel jadi Dora. Daler Yusuf atau nama sebenarnya Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad amula dikenali dalam drama lakonannya seperti Encik Suami Mat Salih Celup, Tuan Anas Mikael dan beberapa drama lain lagi.
Daler Yusuf Tersalah Potong Rambut Sampai Anak Merajuk, Menangis, “Dari Rapunzel Jadi Dora”
Terdahulu, Daler yang berketurunan Uzbekistan, mengejutkan peminat apabila mendedahkan sudah 10 tahun mendirikan rumah tangga dengan Sakinah. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Yusuf, 10, Amira, 8, Abu Bakar, 5 tahun dan seorang lagi bayi lelaki yang dilahirkan pada 19 Mac lalu.
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial Tiktok milik Daler Yusuf yang memperoleh perhatian ramai. Video iu memaparkan Daler Yusuf memotong rambut anak perempuannya yang panjang sehingga pendek, namun yang mencetuskan perhatian adalah potongan tersebut tidak sama dan senget sebelah.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.