Bahaya Banjir, Anak-Anak Boleh Lemas! Dr Samhan Kongsi Langkah Keselamatan Mak Ayah Perlu Tahu

Share

Kejadian banjir bukan sahaja memusnahkan harta benda, malah turut meragut banyak nyawa dan menyebabkan orang ramai terpaksa bersesak di tempat perlindungan untuk meneruskan kehidupan.

Selain langkah kesihatan, ibu bapa perlu tahu langkah keselamatan sekiranya anak lemas untuk menyelamatkan nyawa mereka. Berikut 6 langkah penting perlu dipelajari sekiranya anak atau keluarga terdekat lemas.

APA PERLU BUAT JIKA ANAK LEMAS? INI 6 LANGKAH KECEMASAN

Semua perlu take note dan belajar langkah-langkah ini! Ilmu ini mungkin boleh menyelamatkan nyawa seseorang.

Apa harus buat jika anak lemas?

1. Baringkan anak di atas permukaan keras. Minta seseorang segera memanggil 999 bagi bantuan ambulans.

2. Jika anak tidak bernafas, satukan kedua-dua tangan dengan meletakkan satu tangan di atas tangan yang satu lagi, lalu letakkan di tengah-tengah tulang dada.

3. Teruskan membuat tekanan dengan kedalaman kira-kira sepertiga setiap tekanan.

4. Pastikan tekanan dibuat dengan kadar tidak kurang dari 100 kali seminit (Jika 1 tekanan bagi 1 saat ini bererti 60 kali seminit. Jadi pastikan lebih laju dari itu)

Jika tidak terlatih untuk membuat CPR yang melibatkan pemberian pernafasan pada kadar 30 tekanan dan 2 pernafasan, adalah memadai meneruskan tekanan tanpa pernafasan.

Ini masih berkesan kerana oksigen masih akan masuk apabila tekanan dada diangkat dan paru-paru mengembang (recoil) semula semasa tekanan diberi berulangkali

5. Teruskan membuat tekanan dada hingga pesakit bernafas semula atau ambulans tiba.

6. Gilirkan dengan orang lain setiap 2 minit supaya tidak keletihan membuat tekanan dada.

Sebarkan untuk menyelamatkan nyawa orang tersayang.

Sumber: Twitter Dr Samhan