“Bahasa Ibu Bapa Yang Tidak Difahami Anak-anak.’-Lelaki Ni Kongsikan, Buat Ramai Tersentuh!

Share

“Bahasa Ibu Bapa Yang Tidak Difahami Anak-anak.’-Lelaki Ni Kongsikan, Buat Ramai Tersentuh!

Kasih sayang yang diberikan oleh ibu dan ayah memang tiada galang-gantinya. Dari kita kecil hinggalah dewasa, mereka tak pernah mengeluh susah. Malah kesusahan yang mereka alami disembunyikan sebaik mungkin.

Begitulah orang tua kita,  sememangnya tidak akan berterus-terang meminta bantuan daripada anak-anaknya. Biar nyawa mereka di hujung tanduk sekali pun, mereka sama sekali tidak mahu menyusahkan anak-anak. Bahkan sering kali mengucapkan dengan bahasa mereka yang pada pandangan kita sebagai anak, semuanya baik-baik sahaja.

Namun hakikatnya sebagai anak cubalah selami ke dalam hati mereka. Kadang apa yang diucap tidak sama dengan apa yang di dalam hati mereka. Ini dek kerana, ibu ayah kita punya ‘bahasa’ nya yang tersendiri.

Ikuti perkongsian Abdul Muiez untuk kita sebagai anak memahami ‘bahasa’ ibu dan ayah. Renung-renungkan agar menjadi panduan di suatu masa kelak.

 

 

‘Bahasa ibu bapa yang tidak difahami anak-anak.’

Setiap kali saya call mak atau ayah, bertanyakan khabar, jawapan mereka sama. “Alhamdulillah sihat.”

Bila adik bercerita, barulah saya faham.

“Masa mak ayah cakap sihat, aku kat belakang mak ayah. Nak je aku jerit. Cakap ajelah mak ayah tak sihat.”

Tahu apa mak ayah jawab?

“Kesian Muiez. Nak balik jauh, kena pakai duit banyak.”

Allahu akbar

“Sekarang kau tahu kan, sihat ayah kau macam mana? Selalu cakap sihat, kesudahannya sampai ke ICU dah.”

Kalau nak tahu mak ayah sihat atau tak, tanyalah adik beradik yang jaga atau selalu menjenguk mak ayah di rumah.

‘Bahasa ibu ayah yang anak-anak kena faham.’

“Mak nak beli tu tak?”

“Tak nak.”

Jawapan sebenar, belilah.

“Mak ayah nak kami balik tak minggu ni?”

“Tak payahlah balik.”

Jawapan sebenar, baliklah mak ayah rindu.

“Mak ayah nak makan ni tak? Nanti kami beli.”

“Tak payahlah. Bukannya makan pun.”

Jawapan sebenar, belilah. Mak nak rasa.

“Baju raya mak ayah nak warna apa tahun ni?”

“Tak payah belilah. Baju lama ada lagi.”

Jawapan sebenar, belilah mak ayah nak sedondon dengan kau.

“Mak nak kami hantar ke?”

“Tak payahlah. Nanti pandailah mak pergi sendiri.”

Jawapan sebenar, hantarlah. Mak nak naik kereta kau.

“Mak ayah nak beli kek tak untuk hari jadi nanti?”

“Tak payahlah. Mak dah tak boleh makan manis.”

Jawapan sebenar, belilah. Nanti boleh makan sekeluarga.

Anak-anak, cubalah faham bahasa mak ayah sementara masih ada masa.

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club