Tidak dinafikan, cuaca panas yang sedang melanda negara kini membuatkan ramai yang tak senang duduk kerana tidak selesa dengan bahang matahari.
Malah, kerajaan turut menasihatkan agar masyarakat mengurangkan aktiviti luar sebagai langkah terhindar dari strok haba.
Malah ramai yang mengadu sering keletihan kerana tidak cukup tidur berikutan panas yang membahang pada waktu malam.
Namun bagi yang berkemampuan, pasti anda akan terus memasang penghawa dingin untuk mengatasi masalah ini namun bagaimana pula bagi yang kurang berkemampuan terutamanya pelajar-pelajar di universiti yang hanya bergantung pada kipas yang disediakan oleh pihak universiti.
Rentetan dari masalah yang dihadapi oleh ramai orang ini, seorang pengguna TikTok @teaforyou telah berkongsi cara membuat penyaman udara DIY yang telah mencuri perhatian netizen.
Menerusi video tersebut, beliau menjelaskan dengan terperinci pembuatan bersama senarai bahannya.
Ini senarai bahan untuk buat ‘aircond DIY’ yang diperlukan.
1. Bekas kotak polisterin.
2. Kipas
3. Ais
4. Botol mineral
5. Garam
Cara Buat “Aircond DIY”
1. Pertama sekali, anda perlu sediakan bekas kotak polestrin, tujuan untuk meletakkan kipas diatas kotak tersebut.
2. Kemudian, lubangkan di kawasan atas penutup polestrin, Tujuan buat lubang ini untuk telengkupkan kipas di atasnya. Lubang yang dibuat tidak perlu sama ukuran dengan saiz kipas anda, cukup sekadar membolehkan kipas itu diletakkan di atas.
3. Selepas itu, buat lubang pada bahagian tepi polestrin berukuran botol mineral, terpulang anda nak lubangkan berapa banyak. Tujuannya untuk mengeluarkan wap angin dari kipas ke dalam ruang botol ini.
4. Lalu, ambil botol mineral potong botol mineral pada bahagian tengah-tengah. Sesudah itu, buat juga lubang pada hujung bahagian botol dan masukkanlah botol yang sudah dipotong ke dalam lubang yang dibuat tadi di tepi kotak polestrin.
5. Tuang ais yang banyak ke dalam bekas dan selepas itu, barulah taburkan garam di dalam ais tersebut. Kemudian, tutup bekas.
6. Langkah terakhir, letakkan kipas di atas bekas polestin secara melengkup dan pasang kipas tersebut.
Ini merupakan satu inisiatif yang baik buat anda yang mahu berjimat dalam masa yang sama dapat menyejukkan ruang rumah anda. Kongsikan artikel ini agar lebih ramai yang boleh memanfaatkannya.
SUMBER TikTok @ainxr7
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club