”Bahagianya Dapat Anak Macam ni. Carilah Calon Suami Yang Memuliakan Ibu.” Cara Fikry Ibrahim Santuni Ibu Dipuji!

Share

Setiap anak ada cara tersendiri untuk menghargai dan melayan ibu bapa mereka. Inilah masanya untuk membalas kembali jasa Dan pengorbanan ibu melahirkan dan membesarkan dengan penuh kasih sayang.

Demikian juga dengan pelakon Fikry Ibrahim. Dia rajin berkongsi video mahupun gambar bersama Ibunya,Bibi Zaleha. Rata-rata peminatnya cukup kagum dan terharu melihat cara pelakon ini melayani ibu kesayangannya itu.

Menjengah perkongsian terbaru Fikry, kelihatan satu video baru dia bersama ibunya ketika berada di dalam kereta.

Menurut pelakon Rahsia Hati Perempuan ini, disebabkan tidak boleh turun ,mereka memilih untuk makan di dalam kereta. Walaupun tidak kelihatan wajah Fikry dalam video ini dan hanya ternampak tangannya sahaja mengesat mulut ibunya dengan tisu, momen tersebut membuatkan peminat kagum dengan cara Fikry menyantuni ibunya.

Sang ibu pada awalnya tidak menyedari perlakuannya dirakam menerusi video berkenaan. Dia kemudiannya hanya tersenyum dan mengatakan ‘ terima kasih mendoakan makcik ‘. ibu mana yang tidak terharu dan sebak dilayani oleh anak sedemikian  ketika sakit.

 

Sumber: fikryibrahim


ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami