Ketahuilah bahawa anakn-anak ini punya hati dan perasaan juga. Ingin diberi kebahagiaan dalam dirinya. Ibu ayah tataplah seorang demi seorang anak-anak, waima anak sudah pun besar! Semuanya anak-anak yang kita tantang bagaikan minyak yang penuh.
Namun, jika kita herdik, marah dan mengeluarkan kata-kata yang menyentuh hatinya, tentu tiada bahagia di situ. Perkongsian seorang ibu Ashikin Hashim , walaupun dalam bentuk ayat yang ringkas tetapi penuh pengertian.
Semak nukilan inspirasi ini!
Bahagianya Anak Kita Jika….
1. Jika kita mendengar cerita mereka
2. Jika kita mengucapkan terima kasih
3. Jika kita memohon maaf
4. Jika kita memberi ruang yang secukupnya untuk mereka mencuba
5. Jika kita memandang mereka ketika kita bercakap dengan mereka
6. Jika kita bertanya tentang pendapat dan perasaan mereka
7. Jika kita memberikan mereka pilihan
8. Jika kita memberi ruang mereka bermain
9. Jika kita tidak menyalahkan dan menyatakan kesilapan itu pasti berlaku
10. Jika kita memberi semangat saat kita suka atau tidak
11. Jika kita sentiasa tersenyum saat kita mahu marah
12. Jika kita menyentuh, memeluk, mengucup
13. Jika kita sentiasa rajin bercerita
14. Jika kita menyanyi bersama-sama
15. Jika kita meraikan hobi dan kesukaanya
16. Jika kita bergurau dan ketawa bersama mereka
17. Jika kita memanggil, memberi gelaran yang baik-baik
18. Jika kita tidak banyak soal tapi dalam masa yang sama kita prihatin dan ambil tahu
19. Jika kita membantu tanpa diminta
20. Jika kita katakan kepada mereka – Mama dan Papa Sayang Kamu!
21. Jika ketika mereka sedang ‘gagal’ kita tetap setia berada di sebelah mereka
22. Jika kita tidak membandingkan mereka dengan orang lain.
23. Jika kita tidak berlebihan memuji dan memuja anak orang lain lalu menjatuhkan semangatnya.
24. Jika kita tidak terlalu kedekut dan berkira
25. Jika kita memandang mereka dengan pandangan kasih sayang, empati dan simpati. Bukan pandangan singa kepada mangsanya.
Apa lagi yang membuatkan anak kita bahagia?
Salam Bahagia!
Ashikin Hashim