Sesungguhnya dalam melayari bahtera hidup bersama pasangan, banyak perkara perlu dipelajari bagi mencari kematangan dan kebahagiaan.
INI BEBERAPA TIPS MENCAPAI BAHAGIA
1) Beri pujian kepada isteri
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur.
2) Dengar pendapat isteri
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu semasa boleh dijadikan sebagai ‘ice-breaking’. Kemudian,berbincanglah mengenai hal rumah tangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri mengenai masalah kerjanya.
Ads
3) Penuhi hajat isteri
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi suami. Bukankah pemberian itu melambangkan anda suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.
4) Anggap pasangan seperti diri sendiri.
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh banyak pasangan. Pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana pon anda pergi, potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan bahagia.
5) Isteri bukan pembantu rumah
Ads
Banyak suami menganggap kerja-kerja rumah tanggunjawab isteri seratus peratus. Padahal dalam Islam, tidak ada hukum isteri wajib melakukan kerja rumah. Cuma,ajaran Islam mengatakan wanita berkahwin yang taatdengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaiknya akan dijamin syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja rumah yang mereka lakukan.
6) Isteri juga manusia
Mereka ialah golongan wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun, jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.
7) Ingat tarikh penting
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Cukup sekadar seutas jam atau sehelai tudung. Jika ‘budget’ anda tidak mencukupi, memadai sekuntum bunga dan sekeping kad.
Ads
8) Bantu ringankan tugas isteri
Suami perlu turun padang membantu isteri jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak,membasuh dan mengemas rumah. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk, cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan anda masak. Tentu dia gembira dan tersenyum.
9) Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri kebebasan baginya kerana isteri tidak dapat menghidu apakah dilakukan di belakangnya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat peranginan.
10) Ciuman khas
Cuba tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isterianda ketika dia berehat selepas penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isterinya
– Sumber : Blog akuislam.com via FB Kahwin Muda Itu Indah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bukan anak tidak suka tetapi sebaik diletakkan pada kerusi keselamatan atau car seat anak mula meraung sekuat hati. Bukan benci tetapi mereka rasa tidak selesa.
Menurut Pn Uswatun Hasanah Mohd Habib, Konsultan Tangisan Bayi, anak akan mula menangis kerana mereka merasa tidak rasa selesa dengan situasi. Begitu juga ketika berada di dalam car seat. Ini tip yang dikongsikan oleh beliau.
ANAK INFANT
Untuk anak 0-3, di mana tangisan masih dalam bentuk reflek dan perkembangan sosial masih primitif, punca anak menangis SENTIASA adalah kerana dia mahu mengalihkan rangsangan (stimuli) yang membuat dia rasa tak selesa.
Misalnya: lapar, terlalu panas, terlalu sejuk, lampin kotor. Maka checklist utama ibubapa bila anak infant menangis dalam car seatnya ialah: lapar? tak selesa? panas ? sejuk? Pasti ramai ibubapa tahu untuk check ini semua terlebih dahulu. Tapi, anak masih menangis, kenapa?
Punca utama anak infant menangis walau sudah kenyang dan selesa (fizikal) ialah kerana peralihan alam rahim-dunia yang drastik.
Dalam dunia ini ada terlalu banyak benda baru yang tak pernah ada di dalam rahim, termasuk car seat, bukan?
Tip bantu anak Infant selesa dalam car seat.
* Bedung. Ia meniru balutan dinding rahim.
* Bunyi white noise. Bunyian menenangkan kerana bayi telah hidup dalam rahim yang sentiasa berbunyi. Pilih sebarang bunyi yang anak suka. Misalnya:
– Ada anak yang cukup gembira dengan bunyi enjin kereta semata-mata.
– Ada anak yang suka dengan bunyi angin deras, maka boleh buka sedikit tingkap.
– Ada anak yang suka dengan bunyi ombak, hujan dan sungai maka boleh bawa mesin white noisenya.
– Ada juga anak yang suka dengan bunyi lagu tertentu.
* Beri anak baju terpakai anda untuk di peluk dan di hidu anak.
* Kenderaan perlu sentiasa bergerak. Lebih banyak bumper lagi bagus. Kerana anak sudah 24 jam berhayun semasa di dalam rahim akibat terapung.
* Puting tiruan. Hisapan itu menenangkan kerana ia merendahkan tekanan darah dan menstabilkan degupan jantung.
Punca kedua anak infant menangis di car seat ialah kerana dia terpisah dari ibunya. Sudahlah alam ini asing. Dia pula terpisah dari ibunya. Tangisan bayi memang asalnya di cipta untuk buat ibu merasa ‘stress’ sehingga bertindak mendatangi anak dan bukan mengabaikannya.
Tak perlu angkat anak (keluar dari car seat) untuk menenangkan atau menyusukannya. Ini merbahaya bila di lakukan dalam keadaan kereta masih lagi bergerak.
* Tidak semestinya bayi akan segera diam bila sudah di angkat ibu. Ini kerana teknik menenangkan yang betul di perlukan untuk membuat bayi infant tenang dengan pantas. Ingat, anak masih dalam fasa peralihan alam.
ANAK YANG LEBIH BERUSIA
Hakikatnya, anak yang lebih berusia mempunyai lebih banyak sebab untuk menangis di dalam car seat:
* Tak suka merasa terperangkap dan tak dapat bergerak bebas seperti fitrah anak kecil: meniarap, merangkak, berdiri,berjalan, memanjat.
* Tiada fahaman konsep sabar dan masa.
* Terikut menangis dengan adik beradik lain yang menangis.
* Tanda protes. Seawal usia 4 bulan anak dah explore konsep ‘What comes next’. Anak telah boleh menjangkakan kejadian yang bakal menyusul (yang simple-simple, of course). Misalnya, jika ibu mula merendahkan badan, pasti ia bermaksud saya akan di letak.
* Ibu hanya perlu bijak membezakan samada anak menangis atas sebab penting atau hanya kerana mahu lepas dari car seat saja.
* Ibu juga gunalah idea kreativiti sendiri untuk menghiburkan dan alih tumpuan anak di sepanjang perjalanan.
* Jika ibu ada kesempatan mahu berhentikan kereta dan ulang aksi pujuk-letak, silakan. Ibu nilaikan situasi dan keperluan. Pastikan tempat berhenti itu selamat.
* Paling penting, konsisten dengan respon agar anak tahu ‘dia tidak akan menang’ dalam game bolos dari car seat ini.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Masa kini, kebanyakan wanita memilih untuk bekerja berbanding wanita masa lalu yang kebanyakannya merupakan suri rumah. Bila dah bekerjaya ni, bukan mudah untuk membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga.
Bagi pelakon popular, Fasha Sandha, walaupun sering sibuk dengan kerjayanya, namun dia tetap tidak pandang enteng tugasnya sebagai ibu dan isteri.
Melalui perkongsian terbarunya di laman Instagram, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan mengakui dia seorang ibu yang tegas. Tetapi, dalam tegasnya, dia tetap manjakan anak-anaknya setiap hari dan tidak lupa untuk ungkapkan kata ‘i love you’ pada mereka.
“Melayani anak2 yang bermacam2 ragam. Saya seorang ibu yang tegas. Tapi saya manjakan ketiga2 anak saya setiap hari dan takkan lupa dengan ayat i love you pada setiap anak lebih dari 3 kali setiap hari, tapiiii, kalau salah tetap akan kena juga….
“Siapa macam sy? Kita gang ok.” tulisnya.
Perkongsian yang berbentuk video tersebut menunjukkan momen Fasha bermanja dengan anak-anaknya yang sedang memeluk dan berciuman.
Meninjau di ruangan komen, pengikut Fasha juga bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Fasha bahawa dalam bermanja dengan anak-anak, perlu juga selit tegasnya supaya anak tahu apa yang betul dan apa yang salah.
Kelahiran cahayamata adalah anugerah yang tidak ternilai buat setiap pasangan yang bergelar suami isteri. Malah momen kelahiran anak tersayang menjadi kenangan manis dan begitulah sebaliknya.
Namun, setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi buat hambanya. Dugaan yang diberi kepada hambanya adalah kepada insan yang terpilih.
Kita sebagai makhluk ciptaannya, harus redha dan menerima amanah yang diberikan kepada kita dengan sebaiknya. Mahu tahu, dugaan yang mendatang adalah ‘kunci’ untuk kita melangkah ke pintu syurga.
Pereka fesyen terkenal, Anas Abdullah berkongsi kisah tragisnya yang tidak dapat menerima hakikat anak keduanya merupakan anak Sindrom Down sehingga melarikan diri selama 10 hari. Namun siapa sangka, kini anak ini yang berusia enam tahun ini adalah kunci kepada kejayaannya kini.
Nur Iman, nama anak kedua saya bermakna cahaya iman. Selama 10 hari saya melarikan diri disebabkan tak boleh menerima kenyataan. Oleh sebab itu saya namakan anak saya Nur Iman. Kehadiran Iman memang telah mengubah hidup saya 100%. Saya juga akui, kini saya menumpang rezeki Iman.
Doa nak sambut anak sendiri
Oleh kerana kelahiran anak yang sulung, saya tak sempat nak lihatnya lahir. Jadi saya ralat. Memang excited nak ada pengalaman tu. Jadi saya minta dengan dengan Allah untuk lihat proses kelahiran ini. Jadi bila tahu isteri hamil kali kedua setiap hari saya akan minta, “Ya Allah, harap saya dapat tengok untuk anak ke dua ni”. Dan saya percaya Allah Maha mendengar dan kabulkan permintaan saya.
Allah bagi saya tengok isteri saya bersalin di rumah. Memang tak sempat nak pergi ke hospital. Saya yang sambut anak kedua saya, Nur Iman di rumah. Doktor jangka anak saya lahir 21 /1 .
Sebelum kejadian tu, pada 30/12 isteri saya bawa anak pertama pergi swim. Masa tu anak 1st tu (Nur Kasih) bertatih, duduk pulak atas perut isteri. Dan isteri mengadu sakit setelah itu. Bawanya ke klinik untuk check. Doktor kata ok. Tak ada apa. dan ia tak membahayakan.
Dalam pukul 10 malam isteri kerap gi toilet membuang air kecil. Berlarutan sehingga 2 pagi. Sehingga saya terlelap saya dengar isteri saya menjerit. “Yang, baby nak kuar”. Dalam keadaan tu saya rasa macam mimpi.
Saya buka mata. Lihat isteri berdiri depan pintu toilet, dia pegang tuala. Saya merangkak ke isteri. Saya selak, nampak ada bentuk kepala keluar saya dengan tidak ada pengalaman.
Saya suruh isteri ke katil. Saya kata isteri jangan hentak punggung, sbb ada bayi. Isteri duduk, saya kata bawah. Isteri angkat kaki sebelah. Saya letak betul-betul kepala bayi, degn harapan bayi keluar. Saya rapatkan sikut. Isteri angkat kaki dan bayi keluar.
Tak sempat nak pushh..isteri angkat kaki terus keluar. Lps bayi keluar. Ke siku saya, bayi saya peluk dan bayi . Bila tarik tali pusat, melekat. Kami panik. Isteri suh call polis dan mereka sambungkan ke hospital. Pihak hopsital guide untuk mengeluarkan uri. Dalam 20 minit pihak hospital sampai dan isteri saya di bawa ke hospital. Saya sangat gembira dan tak sabar untuk berjumpa dengan anak saya.
“Anak Encik sindrom Down”.
Jam 9 pagi saya dibenarkan masuk ke labour room. Saya lihat ramai doktor kerumun isteri. Doktor apa2 ker? Doktor pertama sehingga doktor kelima mengucapkan tahniah. Akhirnya doktor ke 6 bersuara, “Encik kena terima kenyataan”, masa tu berdarau darah saya. kenapa?
“Anak Encik sindrom Down.” Masa tu saya rasa siling hospital hempap saya. Saya macam tak boleh terima hakikat betul anak saya sindrom Down.
Adik beradik saya 10 orang tak ada seorang sindrom Down. Sedara mara punya lah rama kitaorg tak pun sindrom Down. Jadi saya rasa kenap aAllah, buat saya macam ni. Saya tertanya-tanya, kenapa, kenapa.!
Apabila saya ada perasaan macam tu, tahu tak apa saya buat?. Saya keluar terus dari labour room, terus masuk kereta. Bawa kereta, tak tahu tahu nak pergi mana. Tapi dalam fikiran saya, nak jumpa atuk saya. Saya rapat dengan atuk yang menjaga saya sejak kecil lagi. Atuk saya tinggal di Singapora. Bayangkan masa tau tak ada apa-apa saya terus ke jeti. Sampai Skudai baru perasan, yang saya tak bawa pasport.
Apabila jadi macam ni, saya tak dapat jumpa atuk. Saya pun memberontak. Bila setiap kali buka telefon. Semua org kata sabar Anas, Anas kat mane? Semua cari saya. Saya offkan telefon. Saya memang tak nak terima padangan orang. Orang tak faham saya. Macam nak baling je telefon tu. Mak saya call dan siapa-siapa pun saya tak suka.
Bila tak dapat masuk Singapura. Saya ke Desaru. Saya macam menyalah Allah dan takdir. Masa tepi laut, saya kata, “Ya Allah kenapa zalim buat aku macam ni.”
Dan tiada jawapan itu buat diri saya. Dari hari 1st , saya lari sy ke Desaru, hari kedua ke Kota Tinggi, Melaka dan Port Dickson, saya banyak habiskan masa. Saya sehelai sepinggang ketika itu. Pergi pasar malam atau mall beli baju. Saya nak bersendiri . hari last yang ke 10, saya menginap di salah sebuah hotel di Bangi.
Dapat message dari atuk
Apabila saya on telefon. Saya dapat message daripada atuk. “Anas atuk nak makan dengan Anas.” ..Ya Allah, atuk di rumah ummi, nak makan dengan anas. Ini right time. Mak saya di kajang, setengah jam je.saya check out. Terus ke rumah mak. Saya lihat atuk mmg kat meja makan. Mak ayah ada mereka diam. Lepas makan atuk cakap dengan saya.
“Atuk nak tanya, Anas mcm anak tu?.. Inilah masa yang saya tunggu, sebab mak ayah saya ada kat situ. “Atuk saya tak nak dengan anak tu? Habis tu Anas nak buat apa?. “Saya nak hantar dia di rumah kebajikan”. Tpi cara atuk jawp tu saya rasa mcm nak peluk je atuk sbb dia menyebelahi saya. “Bagus jugak nak hantar ke rumah kebajikan tapi bagi 3 alasan yang kukuh supaya atuk boleh menyebelahi anas. “
Tapi masa tu rasa terbuku hati. Saya pun luahkan
“Atuk saya ni designer fesyen baru, saya buat baju artis dan ramai costumer, ini melibatkan rezeki saya, masa depan saya, saya malu ada anak sindrom Down. Allah tak adil pada saya,”
Atuk kata. “Betul jugak, betul-betul”.
Tapi ini jawapan atuk saya yang saya buat saya insaf. Beliau merupakan iman masjid di Singapore
“Anas, atuk ni bukan designer. Atuk ni iman masjid je. Atuk ni hafal Quran. Atuk ni tak confirm masuk syurga. Tapi anak yang kita nak htr ke rumah kebajikan ni , dialah kunci pintu syurga. Entah-entah kita jaga dia, dia yang bawa kita masuk syurga.
“Hidup atuk ni dah separuh di masjid. Tapi tak confirm masuk syurga . Percayalah tapi jik anas nak masuk syurga anass jaga anak ini insyAllah.
“Anas, pernah korek-korek tanah jumpa cacing dlam tanah. Saya jwp pernah. Itu cacing Anas,. Allah cipta cacing hidup bawah batu. Daripada kecil Allah bagi rezeki pada dia, apabila besar, ia boleh membiak bila jumpa pasanagannya. Itu anas hamba Allah yg hidup bawah batu. Tak kan hamba yang dia cipta tak sempurna, dia tak bagi rezeki. Entah-entah kita jaga dia rezeki kita lebih mencurah-curah. Malah kita yang menumpang rezeki dia. (Dan memang pun, itulah yang saya rasakan sekarang. )
“Anas, Anas ker tentukan masa depan. (masa tu saya nak jawab tapi atuk bagi signal letak tangan kat mulut suruh diam). “Anas, hari esok pun bukan kita yang tentukan. Anas buat baju-baju cantik untuk artis. Apa yang anas dapat. Dapat tiket untuk red carpet dengan artis tu. Tapi Allah bagi Anas kelebihan buat baju cantik2 utk anak anas yang nak di hantar ke umah kebajikan, entah-entah dia bagi tiket untuk ke red carpet ke syurga.” Tersentap saya dengar nasihat atuk saya.
“Cuba Anas tengok cara Allah bagi amanah tu kepada Anas.”
Saya terdiam.
“Allah tak bagi bayi tu kuar pada doktor atau bidan yang sambut. Tapi Allah bagi pada Anas. Allah pilih anak utk jaga amanah ni. Allah pilih Anas utk sambut bayi tu.”
Saya rasa memang betul apa yang atuk cakapkan. Saya lihat mak ayah menangis. Ya Allah, saya kena cari anak saya
“Terpulanglah pada Anas. Atuk dah cakap pada Anas semua ni. Tugasan dan tanggungjwb atuk dah selesai. Terpulang pada Anas. Jika Anas nk htr ke rumah kebajikan , Anas hantarlah.”
Perasaan tak sabar nak tengok Iman
Selepas atuk memberi nasihat. Hati saya tersentuh. Saya salam atuk dan mak ayah terus keluar. Perasaan ketika itu, memang tak sabar nak jumpa anak. Masuk dalam kereta, hati menggeletar, lutut bagaikan lembik. Saya menangis sebab memikirkan kenapalah saya buat macam ni. Jahatnya saya. Saya mula gerak ke hospital.
Saya tak tahu nak cari anak saya dan isteri saya. Saya tanya nurse. Jumpa doktor kanak-kanak. Mungkin di wad incu, tengok board ada nama isteri dari wad ke wad. Akhirnya jumaa nama isteri saya.
Terus pergi tengok anak. Memang nampak ada saluran tiub pada hidung. Tiba-tiba ada seorang doktor, “you ayah bayi ini. Dah 10 hri saya tunggu you. Utk sign surat utk amik kebenaran air tulang belakang sebab nak cek kromosom dan genetik dalam badan.”
Kata saya, jika itu yang terbaik saya sign surat itu. Saya tanya, bagaiman keadaan anak saya dotor. Doktor kata “ Anak you very weak. You nampak tak tiub kat hidung tu. Anak you tak ada tenaga utk hisap susu ibu. Tiub ini digunakan untuk memastikan susu masuk ke dalam perutnya. Itulah yg buat dia survive hingga sekarang”.
Dan isteri saya memang menunggu saya untuk sign surat itu.
Ya Allah, kesian anakku.
Pegang anak selepas 10 hari
Saya pun pegang anak saya, saya menangis depan anak. Demi Allah saya rasa bersalah, berdosa. Saya nekad, cantik atau buruk saya bersumpah dengan nama Allah , saya akan jaganya.
Esoknya pagi kul 8 saya dapat panggilan dari hospital daripada seorang doktor. “Encik Anas, sesuatu miracle berlaku hari ini. Anak you kardiovaskular (jantung, paru-paru) berfungsi dengan baik hari ini. Anak you dah buang air bsr, air kecil, anak you dah boleh keluar hari ini.”
Saya terkejut. Ya Allah anak saya tunggu saya 10 hari untuk saya terima dia. Bila hr ke 11, bawa pulang anak. Pada hari yang saya, saya daftar nama anak.
Perubahan hidup selepas kehadiran Iman
Saya dulu seorang yng bangga diri dan sombong. Jika buat fashion show rasa bagus sangat. Bila saya keluar, ada orang ramai tepuk pada saya. Saya rasa the besT. Boleh buat baju untuk selebrtiti adalah terbaik bagi saya. Namun, apabila Iman hadir, kehidupan saya.
Pada awalnya memang saya boleh terima Iman, tetapi untuk bawa dia keluar jalan sana sini saya rasa ada perasaan malu dalam diri. Tetapi perasaan malu ini berubah disebabkan sokongan beberapa selebriti yang menempah baju dengan saya.
Selebriti yang buat saya betul-betul berubah adalah abang Zainal Abidin. Masa tu ada rancangan mentor. Saya buat baju protegenya. Hari tu, Abang Zainal nak datang kedai. Saya bagi susu anak saya hingga kenyang. Saya letak dalam bilik di butik supaya dia tidur. Alamak artis nak datang rasa malu kan. Tengah buat fitting, tetiba anak saya merangkak, keluar dari fitting.
Sekali Abang zainal, kata “Hey ada baby! Dia dukung dan tak kekok. Dia bagi anak saya main game, anak saya tekan-tekan kemudian baling kat lantai. Saya kata jgn bagi anak saya, anak saya baling lagi. Abg Zainal padang saya, dan bagi lagi tablet pada anak saya, kali ke3 anak saya baling lagi, saya terus pegang tab tu, saya kata “ Abang jgn bagi anak saya, anak saya ni sindrom down, dia tak tahu apa2.
Abg zainal pusing pada saya, dan berkata, “Tahu tak abang ni siapa,” Abg kan legend, artiss hebat, “Salah tu, abang ni Duta Kanak-Kanak Down Sindrom. Anas, jangan malu, jgn ada keraktor mcm ni. Kena berubah. Patutnya bangga ada anak mcm ni. Kena tonjolka kehadapan. Bermula dari situlah saya hantar anak ke Persatuan Sindrom Down Malaysia.
Isteri saya bekerja. Jadi memang anak ni saya uruskan sebab bekerja sendiri. Hantar rumah pengasuh tak lama sebab mereka tak boleh handle anak macam ni. Begitu juga kisah dengan kak Sharifah Shahora, anak saya rentap rambut palsunya lepas shooting. Saya jelaskan yang anak tentang anak saya.
“Anas akak faham, dia budak. Takpe biarlan, ni anak syurga. Jika nampak orang, tak perlu explain.” Beberapa artis terkenal turut memberi nasihat dan kata-kata semangat kepadanya termasuk Era Fazira dan Zaina Zain.
Alhamdulillah rezeki saya semakin bertambah selepas kehadiran Iman.
Antara busana ciptaan digayakan artis antaranya Amalina , Ramlah Ram, Siti Nordiana, Noralbaniah dan Shima.
Sumber: Fb Anas Abdullah / Insta: anasabdullah.kl
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Suami rendah, isteri tinggi, murah rezeki? Pernah tak anda dengar pepatah orang lama, “kalau suami rendah, isteri tinggi, murah rezeki”? Mungkin bagi sesetengah orang, ia sekadar gurauan atau kepercayaan turun-temurun, tapi sebenarnya pepatah ini menyimpan satu mesej yang lebih dalam dari sekadar perbezaan fizikal.