Setiap orang mempunyai terjemahan emosi yang berlainan.
Jika suami, atau isteri anda tidak pandai menyatakan rasa kasih dan sayang, ada kemungkinan anda melihat dari sudut yang tidak tepat.
Cara meluahkan emosi tidak sama. Ada yang melalui kata-kata, ada yang melalui sentuhan, ada yang melalui penulisan, ada yang melalui perbuatan. Mungkin tiada di satu bahagian, tetapi ada di bahagian yang lain.
HARGAI PASANGAN
Raikan kelebihan pasangan dan jangan membanding-bandingkan tetapi ambil cara orang lain yang berjaya dan cuba aplikasikan mengikut kesesuaian. Tidak semua orang akan dapat buat benda yang sama. Janganlah kecewa dan janganlah gusar. Cuba dengan cara yang lain.
Manusia ini dilahirkan berbeza-beza. Ada yang mempunyai anugerah empati yang sangat kuat sehingga boleh membaca apa yang bermain di fikiran pasangan. Tetapi ada yang tidak dan tidak faham apa yang sedang pasangan fikirkan.
Janganlah kecewa dan usahakan yang mana boleh. Jangan pula dipaksa kerana setiap yang memaksa akan merasai kecewa. Pandang dari segi kesanggupan si dia untuk mencuba dan bukan hanya hasilnya.
Setuju tak?
Namun, tidak dinafikan ada yang tiada lagi cinta di hati. Ini di dalam kategori yang lain dan lain pula cara untuk menanganinya. Akan saya kongsikan di masa hadapan In Shaa Allah.
Sumber: Akhtar Syamir
Hanya Guna Soda Serta Cuka Jika Nak Karpet Kusam & Kotor Terus Jadi Bersih. Tak Perlu Guna Pencuci Mahal Pun!
Nak mencuci karpet bukan mudah, jika mahu hantar ke dobi mahal dan leceh untuk mengangkutnya. Jika dibiarkan boleh menjejaskan kesihatan seisi keluarga dek habuk dan kotoran yang melekat padanya.
.
Selain menggunakan khidmat dobi, sebenarnya ada banyak cara yang boleh kita lakukan sendiri demi memastikan permaidani atau karpet kita terjaga dengan cantik tanpa habuk yang memudaratkan kesihatan. Boleh buat sendiri saja di rumah. Karpet pun nampak sentiasa cantik, bersih dan tidak cepat rosak.
.
Langkah-langkahnya:
1. Bersihkan permaidani sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan menggunakan penyedut debu atau vakum.
2. Cuci permaidani menggunakan sabun khusus sekurang-kurangnya enam bulan sekali bagi menghilangkan bau hapak dan mengembalikan kesegaran.
3. Elakkan permaidani daripada terdedah kepada sinaran matahari langsung kerana ia akan memudarkan warna pada permaidani.
4. Ubah kedudukan permaidani dua atau tiga bulan sekali. Dengan cara ini, bahagian yang kerap dipijak atau menjadi laluan akan berganti kedudukan.
5. Untuk menghilangkan bau hapak pada permaidani, ambil sedikit serbuk soda dan taburkan di atas permaidani. Biarkan selama kira-kira setengah jam dan bersihkan mengguna vakum.
.
6. Jika bau lebih teruk atau sisa makanan atau cecair, larutkan 20ml cuka dalam campura air secukupnya kemudian cuci.
7. Cuci dengan cara mengelap menggunakan kain yang dibasahkan dengan larutan tadi. Elak menggunakan berus. Bersihkan kotoran atau bau secepat mungkin kerana semakin lama ia dibiarkan, semakin sukar untuk membersihkannya.
8. Bagi permaidani baru, pastikan tempat dan permaidani benar-benar bersih sebelum dipasang atau dibentangkan bagi mengelak kesan sampingan seperti alahan.
9. Permaidani yang dipasang melapisi keseluruhan ruang, pastikan terlebih dahulu pengudaraan persekitaran ruang benar-benar dalam keadaan baik. Buka pintu atau tingkap jika perlu. Pastikan juga ia tidak berdekatan punca lembap seperti berdekatan bilik air atau tempias hujan. Elakkan menggunakan ruang berkenaan sekurang-kurangnya tiga hari selepas pemasangan.
“Rasa Nak Pitam. Tangan, Muka & Rahang Kebas.” Jasmin Hamid Kongsi Detik Kena Serangan Jantung
Pelakon Jasmin Hamid berkongsi pengalaman terkena serangan jantung menerusi aplikasi TikTok.
Jujur mengakui dirinya tidak sangka akan diri mengalami penyakit yang digeruni itu memandangkan dia mengamalkan mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat.
“Saya berlapang dada dan menganggap ini adalah ujian daripada Allah SWT. Doakan saya cepat sembuh dan boleh keluar hospital secepat mungkin,” kata pelakon berumur 48 tahun ini.
Jasmin Hamid sebelum ini dirawat di Unit Penjagaan Koronari (CCU) di sebuah hospital, di sini, selepas mengalami serangan jantung.
“Dada terasa berat seperti dihempap batu, kalau lambat ke hospital saya mungkin terkena serangan strok”.
“Selepas berjumpa Datuk Eizlan Yusof, saya sedang mengemas di dapur. Kemudian saya mula rasa kurang selesa seperti hendak pitam, yang mana tangan, muka dan rahang terasa kebas. Manakala kepala dan perut saya juga terasa sakit.
“Saya terus masuk ke dalam bilik kerana suami dan anak sudah tidur. Takut apa-apa terjadi saya berseorangan di ruang tamu. Peluh dingin sudah membasahi seluruh tubuh.
“Kemudian saya cuba tidur namun tidak mahu lelap. Saya makan ubat kerana mula rasa sakit-sakit badan kerana sebelum ini saya terkena ‘diarrhea’.
“Rupanya saya terlupa, arwah mak saya dulu dia sakit perut. Rupanya itu adalah tanda-tanda sebelum terkena serangan jantung,” kata Jasmin yang berkongsi pengalaman tersebut menerusi aplikasi TikTok.
Kebanyakan peminat mendoakan kesejahteraa dan kesembuhan pelakon itu.
“Saya tidak suka tinggal di hospital, terima kasih semua kerana mendoakan kesihatan saya kembali pulih. Suami hanya boleh berada di sisi ketika waktu melawat saja.
Terdahulu, berita itu dikongsikan suami Jasmin iaitu Nazmir Abd Rahim, 36, menerusi hantaran dimuatnaik di Instagram Jasmin memohon orang ramai dan pengikut pelakon itu sama-sama mendoakan kesihatannya kembali pulih.
Jasmin dan Nazmir yang juga pembantu peribadinya melangsungkan pernikahan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), pada 19 November tahun lalu selepas lebih 10 tahun bergelar ibu tunggal.
Sumber: Harian Metro
ARTIKEL MENARIK: “Rumah Pertama Beli Umur 21 Tahun.” Fasha Sandha Sebak & Syukur Impian Bina Surau Dalam Rumah Tercapai
ARTIKEL POPULAR: “Meh Sini Mak Simpan.” Alhamdulillah Rezeki, Neelofa Dedah Bilal Collect RM14K Duit Raya
BACA INI JUGA : “Humble Makan Dengan Anak Sambil Duduk Atas Lantai Je.” Elly Mazlein Dipuji Pandai Bawa Diri Ketika Beraya Kampung Suami
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Lagi Duit Dalam Akaun Hilang. Isteri Ni Menangis Baki Tinggal RM22.90, Nak Guna Hingga Hujung Bulan!
Sebelum ini kecoh duit pelanggan bank ‘hilang’ begitu sahaja dan ini membuatkan ramai pengguna bank berasa cemas dan membayangkan pasti ada tindakan mempertingkatkan keselamatan yang dibuat oleh pihak bank bagi memastikan insiden seperti itu tidak berulang kembali.
Namun belum pun sempat reda isu tersebut, wargamaya sekali lagi dikejutkan dengan perkongsian daripada seorang wanita yang menangis apabila duit baki yang ada di dalam akaun tinggal RM22.90.
Tharina Amri berkongsi berkenaan insiden duitnya lesap dalam akaun CIMB dan hanya berbaki RM22.90 sahaja dan hal ini mencetuskan rasa simpati warganet.
Difahamkan walaupun jumlah wang yang ‘dicuri’ tidaklah hingga mencecah puluhan ribuan ringgit namun bagi sesetengah antara kita nilai ratusan ringgit juga cukup besar jumlahnya.
Nampaknya scammer semakin rancak dan ‘bijak’ mengambil wang pelanggan bank tanpa perlu TAC!
Daripada perkongsian Tharina ada memaklumkan bahawa dia sedikit pun tidak menyangka hal ini boleh terjadi pada dirinya. Sebelum ini hanya membaca kisah-kisah orang lain yang kehilangan wang akibat scammer, namun beberapa hari lalu dirinya sendiri mengalaminya.
Wang dalam akaun hanya berbaki RM22.90 dan lebih menyedihkan menurutnya duit itulah sahaja yang ada untuk menampung kehidupannya hingga hujung bulan ini.
Selama ni tgk org hok kene.. kali ni aku pulok yg kene
Allahuakbar sekelip mata duit hilang tanpa sampai TAC ke ape tu je wehh duit blnje smpai akhir bulan saloh nape la aku smpai kene gini nya tinggal byk tu je mmg xselamat dh simpan dalam acc lening
Berkongsi lanjut susulan kehilangan wang tersebut, Tharina memaklumkan bahawa dia telah pergi ke CIMB bank dan kad sudah pun di block. Namun hingga kini, masih menunggu siasatan dan jauh di sudut hati dia sendiri tidak begitu yakin duit yang hilang daripada akaunnya itu dapat dikembalikan semula.
Meninjau diruangan komen ada juga yang berkongsi pengalaman berdepan dengan masalah yang sama. Antaranya komen daripada Noorlela Hj Saion, tulisnya “gi bank cimb..isi dispute form. Tunjuk kat pegawai. Save pdf slip pengeluaran tu. Atau print,bagi pd pegawai. Akak baru kena jgk,rhb bank. Rm700++ scammer amik duit…tetiba dpt sms tac no. Alhamdulillah dah dpt balik semula duit. Seminggu shj dah dpt.”
Begitu juga komen daripada Mizlilly Lyana berkongsi pengalaman, “Husband saya pun baru kena beberapa hari lepas. .memang termenung dibuatnya. Baru seminggu gaji. Nasiblah komitmen utama da settle terus lepas gaji. Kalau x meraung
Manakala Tengku Nurfatnin memberi peringatan, ujarnya “Dapat mesej berbentuk link jgn tekan dpt call sruh bg ic jgn bgi dpt link terima bantuan kerajaan jgn buka scammer xperlu TAC dah kita tekan link pun diorang dah boleh ambil.”
Sumber : Tharina Amri
ARTIKEL MENARIK : “Di Rumah Auto Jadi Bapak-bapak..”-Isteri Abam Bomba Viral Kongsi Rutin Suami,Tarik Perhatian!
Baca Ini Juga :Hidup Mewah, Rupanya Datuk Lee Chong Wei Buat Macam-macam. Bukan Main Badminton Je Dulu!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club