“Bahagia Kita Sorok Sikit, Biar Takat Kita Dan Anak-Anak Yang Raikan.” Deep Pesanan Ustazah Ni.

Share

Semua pasangan pastinya inginkan kebahagiaan hingga till jannah. Malah ada yang suka berkongsi kebahagiaan hidup bersama pasangan dan keluarga dimedia sosial.

Biarpun tujuan untuk berkongsi cerita tetapi tanpa sedar ia barangkali mengundang sikap riak dalam diri. Malah boleh menjadi pencetus rasa cemburu yang melihatnya.

Sebagaimana pesanan seorang Ustazah ini begitu menusuk jiwa untuk kita muhasabah diri.

Ikuti perkongsian Ustazah Aminah Mat Yusoff

_____________

 

1. Pesan orang tua, jangan seronok sangat cerita kisah hidup kita, family kita pada orang lain. Kisah bahagia, kejayaan, anugerah, hadiah, penghargaan, derita, sengsara, keperitan hidup dan macam-macam lagi. Sekarang baru saya faham kenapa. Ketika 10 orang mendengar cerita kita, mereka menerimanya mengikut kefahaman dan emosi masing-masing. Tafsiran mereka tidak sama dengan niat kita. Jika emosi penerima baik, maka baiklah jalan ceritanya. Jika sebaliknya, itulah yang buat kita sengsara.

2. Bahagia kita sorok sikit, biar takat kita dan anak-anak yang raikan. Kita tak tahu apa rasa hati orang yang melihat, yang baik pasti mendoakan tapi yang tak baik akan berusaha untuk menghancurkan.

Seburuk mana pasangan kita, cubalah cari baiknya untuk pujuk dan sejukkan hati. Benda yang buat kita menyesal tak sudah ialah bila menceritakan kelemahan pasangan kepada orang lain.

3. Anak kita, sehebat mana bakatnya, secerdik mana akalnya, sebanyak mana pencapaiannya, banyakkan bersyukur. Tidak salah kita meraikan di media sosial tapi kesannya hanya Allah sahaja yang tahu. Tanpa sedar kita membuatkan dirinya dalam bahaya.

Begitu juga dengan ragamnya, tantrumnya, buruk perangainya, Urusan anak-anak dan keluarga kita simpan elok-elok dari pengetahuan umum. Anak kita ada kekurangan, tanggungjawab kita cukupkan. Bila anak kita kurang akhlak, tanggungjawab kita penuhi tangki nuraninya.

4. Mak ayah kita, jika banyak kekurangan, berantakan, siang malam gaduh, kuat membebel dan sebagainya simpanlah ia rapat2 dari pengetahuan umum. Kesian..Jangan duk cerita pada orang, walaupun niat kita baik tapi manusia lebih cenderung untuk menghukum berbanding mengadili. Jangan marah jika suatu hari kelak mak ayah yang kita sayangi diburuk-burukkan dan dipandang sinis.

5. Diri kita, jaga baik-baik.. Hiasi peribadi. Jika ada kebaikan yang ingin dikongsi jangan nisbahkan pada diri, takut timbul rasa riya’ dan ‘ujub. Hidup nie kena teliti dan hati-hati. Biar emosi kita meronta-ronta ingin dipuji dan disanjung daripada kita menjunjung bumi menongkat langit.

Moga kita muhasabah diri bagi memastikan hidup lebih baik dan sejahtera bersama keluarga.

Sumber: Aminah Mat Yusoff