Bahagia Itu Usah Bandingkan Dengan Orang Lain. Deep Perkongsian Ini.

Share

Perasan tak dalam hidup ni, kadang-kadang kita selalu nak bandingkan kehidupan kita dengan orang lain?

“Eh, kereta dia besarlah. Kenapa aku pakai kereta kecik aje? Padahal mula kerja dulu sama-sama.”

“Dulu masa aku mula-mula masuk kerja, semua kerja aku buat. Maklumlah budak baru, itu kena buat, ini kena buat. Tapi aku tengok budak-budak baru ni semua tak nak buat. Pemalas!”

“Aku ni kerja siang malam, kerja part time lagi. Tapi masih hidup tak senang macam dia. Kenapa ya? Tuhan dah tak sayang aku ke?”

Tuan-tuan, puan- puan dan anda semua..

Hidup kita ni, kalau asyik nak membanding-bandingkan dengan kehidupan orang lain, memang tak akan pernah habis.

Setiap orang memang dah ada bahagian masing-masing di dalam hidup ni.

Mereka mungkin kaya dari segi harta. Ada rumah besar, kereta besar, serba-serbi semua mewah. Tetapi anda mungkin kaya dengan kasih sayang daripada anak-anak dan keluarga.

Orang yang kita nampak sentiasa cemerlang di dalam hidupnya, mungkin sahaja setiap malam mendambakan tangisan seorang anak.

Ada kala, dalam hidup ni kita perlu melihat ke belakang. Tengok balik diri kita yang dulu. Bukan apa, supaya kita sedar betapa jauhnya kita sudah berjalan.

Asyik meratapi hujan yang turun sedari pagi, sehingga lupa akan ada pelangi sedang menanti.

Percayalah. Hidup kita akan lebih bererti jika kita sentiasa melihat diri sendiri.

Berhenti membandingkan kehidupan orang, jadilah diri kita sendiri.

Kita akan bahagia.

Kredit: Dr Ezairy M.Sallih
Suka melihat mereka bahagia