“Bahagia Itu Mahal, Jagalah Perasaan Isteri…”. Deep Perkongsian Suami Ini Hal Hubungan Suami Isteri

Share

Benarlah, bahawa dalam melayari bahtera rumahtangga pastinya ada kelebihan dan kekurangan pasangan. Namun semua itu lumrah. Untuk memastikan rumahtangga itu bahagia, pasangan haruslah saling melengkapi. Ikuti perkongsian suami ini yang dikenali sebagai Muhammad Hassan di laman facebooknya. Jom semak!


Dua hari ini isteri saya selalu cakap. Awak, saya risau dan takut bila dengar hadith fitnah akhir zaman ramai wanita akan ikut dajjal dan Nabi Muhammad s.a.w lihat ramai wanita dalam neraka. Antara dosa besar wanita adalah tidak taat suami. Aibkan suami.

Saya diam lama. Dalam kereta saya pegang tangan isteri. Saya sayang awak kerana Allah. saya sentiasa maafkan awak, saya redha awak. saya banyak kurang sebagai seorang suami, banyak susahkan awak. Awak baik sangat jaga saya. Banyak perkara lagi saya tidak tunai tanggungjawab sebagai seorang suami.

Saya pesan kat isteri dan ini mungkin semua pembaca boleh cakna. Jagalah solat awal waktu, lagi 5 minit nak masuk waktu kena bersiap. Habis azan terus solat. Jaga aurat. Nak jemur baju diluar rumah pun kena tutup aurat. Banyakkan sedekah, jaga kebersihan diri, jangan tinggal tahajjud dan dhuha.

Jika awak buat semua ini dan suami redha terhadap awak. Allah janji pilihlah pintu syurga mana yang awak mahu. Senangkan isteri nak masuk syurga. Jawab saya kat isteri.

Tuan puan. Berkasih sayanglah kerana Allah s.w.t. Carilah redha Allah dalam hubungan suami isteri. Berusahalah untuk jadi suami isteri yang lebih baik dari semalam. Bahagia itu mahal, apa guna jika sebuah perkahwinan itu buatkan kita tidak bahagia.

Para suami didiklah isteri kearah agama yang sempurna. Berlemah lembutlah terhadap mereka. Jagalah perasaan mereka. Hargailah mereka.

Moga Allah beri bahagia kepada kita semua dalam keredhaannya. Moga Allah mudahkan perjalanan kita untuk menuju ke syurga.

-EncikMatt-
#LelakiBurQa