Bahagia Itu Kena Cari, Jika Salah Faham Sikit Pun Suami Isteri Kena Cepat Memaafkan.

Share

Setiap pasangan yang berkahwin inginkan hidup bahagia till jannah. Namun untuk bahagia itu perlu ada tolak ansur dalam rumah tangga.

Sebagaimana perkongsian daripada puan Siti Suryani Yaakop. Moga jadi inspirasi buat kita semua.

Ini pensyarah saya zaman belajar dulu.

Semalam kami jemput ceramah pasal obesiti. Tapi Haji Bahman Jamaluddin ni jenis suka bercerita. Dulu suka kongsi tips nak jadi pekerja. Sekarang dah beranak pinak anak murid semua, bagi tips nak bekeluarga pula.

Dalam banyak-banyak tu, otak saya asyik teringat pada pesan ni. Pesan dari orang yang dah 30 lebih tahun berkahwin. Pesan nak hidup berbaik-baik laki bini.

Kadang bila kita dah lama berkahwin ni, kita take for granted kebaikan pasangan kita. Benda tu sebenarnya luar biasa.

Tapi kita tak hirau. Sebab bila dah lama sangat, apa saja kebaikan dan jasa yang dia buat tu dah duduk di minda bawah sedar. Kita anggap biasa saja.

Jadi sesekali duduk diam-diam dan catatlah kebaikan pasangan. Kemudian tengok.

Berapa banyak sebenarnya benda yang kita anggap kecik dan biasa tu kita tak mampu pun buat di pihak kita.

Keduanya. Orang kata 5 tahun awal usia perkahwinan ni adalah tempoh mengenali dan memahami pasangan.

Tipu belaka kata dia. Dah berpuluh tahun pun sebenarnya suami memang takkan boleh faham isteri dia.

Tapi tak penting. Tak perlu belajar faham. Yang perlu adalah belajar menerima. Seadanya.

Dan ikut saja. Asalkan bukan benda melanggar agama. Isteri jaga makan, pakai, anak dan rumahtangga tu kira dah kira cukup dah serba sempurna.

Akhir sekali. Kata cikgu saya ni, arwah ayahnya pesan. Apa pun jadi. Teruk mana pun tak puas hati.

Sebelum tidur maafkan isteri. Isteri pun juga maafkan suami. Banyak sabarkan diri sendiri. Jangan dibawa tidur marah di hati. Tak tahu masa tidur tu entah siapa yang mati.

Sumber:Siti Suryani Yaakop.