Bahagia Itu Bukan Wang Semata. Ia Datang Dengan Kehidupan Sederhana Bersama Isteri Dan Anak-Anak.

Share

Bahagia itu bukan ukuran wang ringgit semata. Bahagia itu datang dengan kehidupan yang sederhana bersama isteri dan anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.

Sikap diri yang berpura mewah juga membawa kepada mudarat diri. Seharusnya pilihlah jalan sederhana untuk kebahagiaan dunia akhirat.

Sebagaimana perkongsian oleh Mohd Fhais dilaman facebooknya.

keluarga sebenarnya mudah bahagia kalau tiada campur tangan atau pengaruh orang ketiga.

Orang ketiga tak bermaksud main kayu tiga atau curang sahaja, skop orang ketiga ni lebih besar.

1 – Mudah je nak bahagia kalau kita tak berlumba-lumba dengan orang lain. Baik dari segi kereta, rumah atau wang ringgit. Tak perlu nak ikut kemewahan orang lain sedangkan apa yang kita ada dah cukup mewah untuk seisi keluarga.

2 – Tidak perlu nak menunjuk-nunjuk kebahagiaan pada orang lain. Berhenti cari pengiktirafan dari orang lain sedangkan pengiktirafan dari pasangan dan anak-anak tu lebih penting dan lebih bermakna.

3 – Memuji orang luar biar berpada-pada. Jangan sampai menguris hati pasangan sendiri. Baik macam mana pun orang luar tu, itu bukan tanggungjawab kita. Amanah kita ada depan mata, dia pasangan kita. Puji dia lebih baik.

4 – Ada masalah selesaikan dengan berbincang sesama pasangan. Bukan cerita pada kawan atau di media sosial. Itu menambah masalah bukan selesai masalah. Kurangkan pengaruh orang tak di kenali ke dalam masalah rumahtangga.

5 – Masa yang ada manfaatkan untuk keluarga. Sibuk macam mana pun keluarga mesti jadi keutamaan. Masa kita sangat berharga, jangan bazirkan masa dengan sembang kosong, melepak dan membawang dengan orang lain.

Hidup kita, keluarga kita hanya kita yang tahu. Mungkin orang nampak kita miskin dari luaran tapi dari dalaman sebenarnya kita kaya. Kaya dengan kasih sayang, kaya dengan rasa cinta dan kaya dengan ketenangan.

Wallahu A’lam,

Mohd Fhais
Daripada hidup berlakon macam orang mewah, lebih baik hidup sederhana asalkan tak menyusahkan orang lain.