Bahagia Hidup Dengan Pasangan, Jangan Buang Keluarga. Deep Perkongsian Ni!

Share

Membina keluarga bahagia bersama pasangan tentunya menjadi impian dan harapan setiap insan yang berkahwin.

Memahami asam garam, pengharapan  dan ujian berumah tangga, fahami juga nukilan daripada Puan Insyirah Soleha ini.

Orang perempuan, selepas berkahwin ketaatan pada suami tiada kompromi dalam hal yang tidak bertentangan dengan syariat. Kalau suami suruh buka tudung, berpakaian ketat, maki ibu ayah, semua tu dah langgar syarak maka isteri tak perlu turuti kehendak suami.

Ada suami, bila beri kemewahan pada isteri dia anggap isteri hak mutlak dirinya sahaja. Isteri nak jumpa keluarga, tak boleh. Isteri nak balik ziarah ibu ayah pun tak boleh. Adik beradik isteri nak datang ziarah pun tak boleh. Isteri yang sami’na wa ato’na sentiasa letak suami nombor satu dalam hidup, sebab dia nampak suaminya satu-satunya jalan ke syurga sampai goyang silaturrahim dengan keluarga.

Gambar hiasan

Mak ayah menangis sedih dengan sikap anak perempuan, adik-adik kecil hati dengan perangai kakak, abang-abang rindu nak jenguk adik tapi dah adik perempuan tak boleh berjumpa sesiapa hanya kehidupannya untuk suami dan anak-anak.

Satu hari, suami beritahu nak berpisah sebab dah ada orang lain yang lebih dekat di hati. Siapa yang sudi nak beri tangan dan bahu kalau bukan ibu ayah tua yang tetap sayangkan anaknya? Siapa lagi yang diharapkan untuk ‘kutip’ semula bawa pulang ke rumah kalau bukan abang-abang yang selama ni rindu nak jenguk adik perempuan? Siapa lagi yang nak hiburkan kalau bukan adik-adik?

Begitulah ujian.

Bila bahagia, jangan buang keluarga. Ibu ayah beriman tak ada yang nak tengok anak susah dan kecewa dengan pasangan. Ibu ayah bertakwa redha sahaja anak perempuan tak balik-balik rumah sebab dia tahu seorang isteri adalah di sisi suami.

Bukanlah sampai kena pinggirkan suami untuk jaga hati ibu ayah sampai hak suami pun ditindas. Jagalah silaturrahim dengan ibu ayah dan adik-beradik.

Gambar hiasan

Masa saya nak kahwin 10 tahun lalu, semua orang hairan ibu ayah saya tak menangis sedih pun. Mereka ceria dan senyum, bapa saya siap buat lawak nak bagi hilang gemuruh suami sebelum akad nikah sampai semua orang ketawa sama.

Simple saja pesanan ibu ayah,

“Perkahwinan ni bukannya kehilangan anak, tapi dapat lagi seorang anak. Tak ada apa nak disedihkan.”

Mungkin orang akan kata, tak semua ibu ayah fikir begitu. Ya, rezeki saya ibu ayah fikir begitu. Kita yang jadi anak dan menantu pun kena juga beradab dan hormat keluarga baru sama seperti keluarga kita juga. Adik beradik suami, dihormati sama seperti adik beradik sendiri.

Gambar hiasan

Jaga silaturrahim.

Berpuasa, sedekah kepada orang lain, bayar zakat, rajin solat sunat dan tahajud sebanyak mana pun kalau mulut suka menyakitkan hati, neraka juga tempatnya sebab hablum minaLLAH wa hablum minannas.

Hubungan dengan Allah kena A++
Hubungan sesama manusia juga kena A++

Kita hidup bermasyarakat dan berkeluarga. Kalau yang keluar dari mulut lebih baik dari diam, maka bercakaplah. Kalau apa yang keluar dari mulut pasti menyakitkan hati orang, pilihlah untuk diam.

Kadang, Allah memberi peluang untuk kembali dalam dakapan keluarga dengan cara yang paling sakit, untuk muhasabah dan baiki keadaan sebelum ini.

Gambar hiasan

Ujian

Ia akan jadi manis, bila kembali pada Tuhan.

Sentiasa ada hikmah dalam setiap musibah.
Sentiasa ada solusi dalam setiap situasi.

Kawan,
Letaklah Allah nombor 1.
Rasulullah di tangga kedua.
Pasangan jadi yang ketiga tanpa perlu pinggirkan ibubapa.

Sumber : Insyirah Soleha 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Jom sertai Virtual Himpunan Cita-cita 2020 dengan mendaftarkan diri di http://www.wasap.my/60169647520