Bahagia Di Samping Suami, Fasha Sandha Tolak Barang Kemas & Beg Mahal

Share

Bahagia setiap wanita itu berbeza. Ada yang rasakan lebih bahagia apabila terima barang-barang mewah dan ada juga yang hanya bersederhana bersama keluarga tercinta.

Muat naik terkini pelakon kesayangan ramai, Fasha Sandha menarik perhatian ramai peminat aktres ini di media sosialnya.

Fasha Sandha memuatnaik foto dia bersama suami tercinta, Aidil Aziz di InstaStori berserta kapsyen ringkas penuh makna.

Kelihatan pasangan romantik ini, memaparkan kemesraan suami isteri tersebut di mana Aidil sedang mengurut kaki isterinya.

Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!

Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!

 

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

 

HARTA BENDA BUKAN SEGALANYA

Menerusi kapsyennya, Fasha memberitahu makna bahagia buat dirinya bukan barang kemas dan aksesori mewah tetapi bahagia bersama pasangan. Kapsyen yang menunjukkan dia di samping suami menjelaskan bahawa dirinya bahagia dengan hidup sederhana.

Bahkan membandingkan barang kemas, bag dan aksesori mahal tidak dapat menandingi kasih sayang suami terhadap dirinya.

Erti kebahagiaan umtuk setiap wanita memang berbza. Ada yang bahagia bila dapat emas, ada yang bahagia bila dapat bag mahal.

Tapi saya, ini adalah kebahagiaan saya.

Saya kurang suka barang kemas, saya tak suka aksesori dan saya orang yang sederhana.

Ini adalah erti kebahagiaan buat saya

.

 

Dengan ini, wang ringgit bukanlah segala-galanya. Betul, bahawa wang tidak boleh beli nilai kemesraan dan kasih sayang dalam sesebuah keluarga serta pasangan suami isteri. Tepatlah apa yang dipilih oleh pelakon berkaliber ini. Moga Fasha dan suami bahagia till jannah!

Untuk rekod, Fasha selamat diijabkabulkan bersama pasangannya iaitu juga seorang anak seni, Aidil Aziz pada Mac 2019. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amaira.  Fasha turut mempunyai 2 lagi orang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.

Sumber: Instagram Fasha Sandha

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club