Bahagia setiap wanita itu berbeza. Ada yang rasakan lebih bahagia apabila terima barang-barang mewah dan ada juga yang hanya bersederhana bersama keluarga tercinta.
Muat naik terkini pelakon kesayangan ramai, Fasha Sandha menarik perhatian ramai peminat aktres ini di media sosialnya.
Fasha Sandha memuatnaik foto dia bersama suami tercinta, Aidil Aziz di InstaStori berserta kapsyen ringkas penuh makna.
Kelihatan pasangan romantik ini, memaparkan kemesraan suami isteri tersebut di mana Aidil sedang mengurut kaki isterinya.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Ads
HARTA BENDA BUKAN SEGALANYA
Menerusi kapsyennya, Fasha memberitahu makna bahagia buat dirinya bukan barang kemas dan aksesori mewah tetapi bahagia bersama pasangan. Kapsyen yang menunjukkan dia di samping suami menjelaskan bahawa dirinya bahagia dengan hidup sederhana.
Bahkan membandingkan barang kemas, bag dan aksesori mahal tidak dapat menandingi kasih sayang suami terhadap dirinya.
Ads
Erti kebahagiaan umtuk setiap wanita memang berbza. Ada yang bahagia bila dapat emas, ada yang bahagia bila dapat bag mahal.
Tapi saya, ini adalah kebahagiaan saya.
Saya kurang suka barang kemas, saya tak suka aksesori dan saya orang yang sederhana.
Ini adalah erti kebahagiaan buat saya
.
Dengan ini, wang ringgit bukanlah segala-galanya. Betul, bahawa wang tidak boleh beli nilai kemesraan dan kasih sayang dalam sesebuah keluarga serta pasangan suami isteri. Tepatlah apa yang dipilih oleh pelakon berkaliber ini. Moga Fasha dan suami bahagia till jannah!
Untuk rekod, Fasha selamat diijabkabulkan bersama pasangannya iaitu juga seorang anak seni, Aidil Aziz pada Mac 2019. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amaira. Fasha turut mempunyai 2 lagi orang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.
Memiliki rumah sendiri adalah idaman setiap orang baik yang bujang mahupun yang sudah berumah tangga. Namun seiiring dengan perkembangan semasa dan taraf hidup yang tinggi, ramai yang tidak mampu untuk membeli dan memiliki kediaman sendiri. Rata-rata memilih untuk menyewa.
Bagi yang bekerja di bawah jabatan kerajaan, tidak menghadapi masalah untuk membuat pinjaman perumahan, tetapi bagi pekerja swasta terpaksa mengambil masa untuk berbuat demikian. Namun, dalam pembentangan bajet pada 2011 oleh Kerajaan Malaysia, di bawah Skim Rumah Pertamaku (SRP), dapat membantu golongan muda yang baru bekerja serta berpendapatan tidak lebih daripada RM5,000 / sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.
Skim ini berfungsi untuk membolehkan golongan muda mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada institusi- institusi kewangan yang turut mengambil bahagian untuk membeli rumah pertama mereka tanpa perlu untuk membayar 10% wang pendahuluan. Ini sejajar dengan hasrat pihak Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.
Cagamas SRP Berhad akan memberi jaminan kepada bank-bank atas pembiayaan yang lebih dari 90%. Jika sekiranya seorang peminjam/pelanggan mendapat pembiayaan 100%, Cagamas SRP akan menjamin sebanyak 10% (dari 90% hingga 100%) daripada pembiayaan berkenaan.
SIAPA YANG LAYAK DAFTAR SKIM RUMAH PERTAMAKU?
Skim SRP ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 35 tahun dan ke bawah (berumur tidak lebih daripada 36 tahun pada tarikh lahir berikutnya) dengan pendapatan kasar bulanan yang tidak lebih daripada RM5,000.00 bagi peminjam perseorangan dan pendapatan kasar bulanan yang tidak lebih daripada RM10,000.00 bagi peminjam bersama (berdasarkan pendapatan kasar bulanan maksimum tidak lebih daripada RM5,000.00 bagi setiap peminjam).
Perlu diambil berat bahawa skim ini hanya terhad kepada pekerja untuk sektor swasta, termasuk badan berkanun yang tidak menawarkan pinjaman/pembiayaan perumahan kakitangan kerajaan.
CIRI-CIRI & FAEDAH UTAMA SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)
Pembelian rumah pertama (bergantung kepada kemampuan)
Pembiayaan sehingga 100%
Harta kediaman sahaja
KRITERIA KELAYAKAN DAFTAR SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)
Di bawah merupakan maklumat ringkas (perlu diketahui) mengenai pemohon yang layak memohon Skim Rumah Pertamaku (SRP).
Pemohon Yang Layak
Warganegara Malaysia
Pembeli rumah (pertama kali)
Bekerja di sektor swasta, termasuk badan-badan berkanun yang tidak menawarkan kemudahan pinjaman atau pembiayaan perumahan kakitangan kerajaan
Individu yang berumur tidak lebih daripada 40 tahun
Pendapatan kasar peminjam perseorangan yang tidak lebih daripada RM5,000 sebulan dan pendapatan kasar peminjam bersama tidak lebih daripada RM10,000 sebulan (berdasarkan pendapatan kasar bulanan maksimum tidak lebih daripada RM5,000 bagi setiap peminjam)
Pembayaran balik jumlah komitmen pembiayaan tidak boleh melebihi 60% daripada pendapatan bersih bulanan atau had pembiayaan maksimum bank yang terlibat, yang mana lebih rendah
Keperluan Pembiayaan
Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 35 tahun, tertakluk kepada umur peminjam tidak melebihi 65 tahun di akhir tempoh pembiayaan.
Kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk pengeluaran)
Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap
Insurans/takaful kebakaran diwajibkan
Harta Yang Layak
Harta kediaman yang terletak dalam Malaysia
Nilai minimum hartanah RM100,000
Nilai maksimum hartanah RM500,000
Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)
BANK YANG MENAWARKAN PINJAMAN SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)
SOALAN LAZIM
Q: Jika bekerja sendiri dengan pendapatan RM2,000 boleh mohon Skim Rumah Pertamaku?
A: Tidak boleh. Skim SPR hanya terhad kepada pekerja di dalam sektor swasta sahaja, termasuk badan-badan berkanun yang tidak menawarkan kemudahan pinjaman/pembiayaan perumahan kakitangan kerajaan.
Q: Sekiranya saya bekerja sendiri dan pasangan bekerja di sektor swasta bolehkah kami memohon skim ini?
A: Tidak. Hanya pasangan anda yang layak mohon skim tersebut.
Q: Saya dan pasangan berpendapatan RM5,000 sebulan dan ingin membeli rumah berharga RM300,000. Bolehkah kami mohon skim ini?
A: Boleh. Dibawah skim ini, pembayaran balik jumlah komitmen pembiayaan bagi peminjam perseorangan atau peminjam bersama tidak boleh melebihi 60% daripada gabungan pendapatan bersih bulanan kedua-dua peminjam.
Andaikan jumlah komitmen sedia ada (ansuran kereta + pinjaman peribadi) adalah RM1,200.
Dalam kes ini, pembayaran balik maksimum bagi pinjaman perumahan dibawah SRP tidak boleh melebihi RM1,410 sebulan seperti tertera di bawah ini:
Contoh kiraan :
Gabungan pendapatan kasar : RM2,000 + RM3,000 = RM5,000
Gabungan pendapatan bersih : RM4,350 (pendapatan selepas potongan berkanun; cukai, KWSP & SOCSO)
60% daripada RM4,350 = RM2,610 (jumlah komitmen)
Pembayaran balik pinjaman perumahan tidak boleh melebihi: RM2,610 – RM1,200 = RM1,410
Berdasarkan kadar faedah/keuntungan semasa dan tempoh maksimum pembiayaan yang dibenarkan selama 35 tahun (tertakluk kepada umur peminjam tidak melebihi 65 tahun di akhir tempoh pembiayaan), jumlah pembiayaan maksimum yang layak anda ambil adalah lebih kurang RM294,000.
Q: Adakah skim ini termasuk pembinaan rumah di atas tanah sendiri?
A: Tidak. Skim ini tidak meliputi pembinaan rumah di bawah tanah sendiri.
Permohonan untuk pembiayaan dibawah Skim ini boleh dibuat di cawangan terdekat bank yang terlibat seperti berikut:
PENDAFTARAN SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)
Pemohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan bank-bank yang terlibat seperti di atas. Atau, anda boleh layari Portal Skim Rumah Pertamaku (SRP) melalui pautan di bawah untuk maklumat lanjut.
Siapa sangka seorang pengumpul barang-barang terpakai yang bernama Harianto, 34 mendapat sesuatu yang cukup berharga dan bolehlah dikatakan sebagai rezeki terpijak buatnya apabila menemui sebentuk cincin berlian di tempat pembuangan sampah yang terletak di Supit Urang yang terletak di Kecamatan Sukun Kota Malang, Indonesia.
Lelaki yang sudah 25 tahun bekerja sebagai pengumpul sampah itu menduga awalnya cincin itu bukanlah berharga. Namun, Harianto terus bertanyakan kepada kawan-kawan serta jiran-jirannya.
“Katanya ini cincin berlian. Ukurannya selebar jari manis saya. Dan ada berlian sebesar biji jagung kira-kira,” ujarnya.
Harianto pun meminta cadangan jirannya untuk menjual cincin itu. Seorang pembeli yang tinggal di daerah Sawojajar Kota Malang disyokan kepadanya.
“Ya pada esoknya saya terus jual cincin itu ke Sawojajar daerah sana lupa jalan tepatnya,” katanya.
Untungnya dia kerana cincin berlian yang dijumpai tersebut adalah asli. Pembeli itu terus membeli cincin yang dijumpai oleh Harianto dengan harga yang cukup lumayan iaitu Rp 80 juta (RM24 ribu)
“Saya terkejut waktu itu mendapat Rp 80 juta-an. Sungguh tidak disangka,” ujarnya.
Setelah menjual cincin tersebut, Harianto terus membina rumah tak jauh dari rumah orang tuanya, Jalan Rawisari Kelurahan Supit Urang, Kecamatan Sukun, Kota Malang.
Tak itu sahaja, dengan duit tersebut Harianto juga memberanikan diri melamar kekasihnya. Hanya dalam waktu lima hari setelah menemukan dia melamar kekasihnya itu.
“Bercinta sudah lama tapi saya belum berani bernikah. Tapi selepas ada rumah, terus saya melamar kekasih saya,” ujarnya.
Kini, hasil perkahwinan tersebut dia sudah dikaruniai tiga orang anak. Pekerjaanya pun difahamkan stabil untuknya menampung kehidupan keluarga dan membeli barang dapur.
“Dan saya bersyukur bisa berumah tangga punya anak. Lumayan kerja seperti ini meskipun kotor-kotoran,” ujarnya.
Menurut Ketua Supit Urang TPA Budi Heriyanto berkata, pengumpul barangan terpakai di situ sering menjumpai barangan berharga.
“Ya sering ada yang dapat pistol juga bayi juga pernah ada. Emas itu ya beberapa kali ada. Memang rezekinya begitu,” katanya.
Baru-baru ini, usahawan dan influencer terkenal, Hafiz Mahamad meluahkan rasa syukur apabila dia telah berjaya merangkul pemenang utama Gempak Most Wanted Awards 2022 (GMWA22) dan anugerah Digital Influencer Tergempak.
Berikutan itu, Hafiz ada memuat naik satu perkongsian di laman Instagramnya, dia tidak menyangka sama sekali bakal menerima dua anugerah tersebut dan percaya rezeki yang diterimanya adalah hasil daripada menumpang rezeki isteri.
“Dua anugerah serentak semalam. Demi Allah, selama saya bersahabat dengan kamu di laman sosial. Tak terlintas niat saya untuk dibalas, dihargai dan lebih-lebih lagi menerima award.
“Jika ini ada lah rezeki, saya percaya. Ini adalah rezeki untuk “lelaki yang hanya menumpang rezeki isteri” dan awak semua,” ujarnya.
Bukan itu sahaja, Hafiz atau nama sebenarnya Abdul Hafiz Harisuddin Mahamad memaklumkan isterinya, Syafiqah Aina enggan naik ke pentas namun selepas Hafiz memaksa Aina untuk naik ke pentas sekali untuk menerima anugerah tersebut.
Dalam pada itu, dia menzahirkan ucapan terima kasih kepada pekerjanya yang selama ini memberi sokongan dan tulang belakang yang membantu berjaya sehingga ke tahap ini.
“Waktu naik ke pentas semalam, saya pimpin tangan isteri walaupun dari rumah lagi dia kata “abang jangan ajak sayang naik stage” nanti malu!
“Tidak Aina perlu ada. Sampai nafas terakhir, saya tak akan terima apa-apa anugerah tanpa dia ditepi, kerana saya malu. Biarlah semua ni kita rasa sama-sama.
“Untuk awak yang menyokong, terima kasih. Awak dah bahagiakan isteri & pasukan saya. Saya terhutang budi dan saya akan balas semuanya semampu yang boleh,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak ketika melihat Hafiz menarik tangan isterinya untuk naik ke atas pentas menerima trofi tersebut. Malah, mereka juga tidak melepaskan peluang dalam menitipkan ucapan tahniah buat pasangan tersebut atas anugerah yang diterima oleh mereka.
Sumber : Instagram Hafiz Mahamad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.