Sebut sahaja namanya, pasti ramai yang kenal dan kagum dengan semangat serta keprihatinannya dalam membantu golongan yang memerlukan.
Biarpun sering berjauahan dengan anak-anak dan isteri, namun Ebit Lew tetap cekal dan meneruskan misi dakwah serta membantu menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Terbaru, Ebit Lew bersama kumpulannya berlepas ke Afrika untuk menghulurkan bantuan kepada masyarakat di sana, Biarpun situasi covid-19 masih lagi belum reda, namun mereka kental untuk meneruskan misi tersebut.
Usai tiba di tanah air, Ebit Lew terpaksa kuarantin sebelum dapat kembali ke pangkuan keluarga. Cukup sebak dan menyentuh hati tatkala melihat situasi Ebit Lew berkumpul kembali dengan anak-anak dan isteri.
“Doakan yer. Syukur dah selesai kuarantin. Rindunya ya Allah. Rindu sangat. Ya Allah betapa diriku sangat menyayangi bidadari dan anak-anakku.
“Sayangilah dirinya. Rahmatilah keluargaku. Bersama kami didunia sampai syurga
Situasi yang cukup menyentuh hati itu mendapat reaksi ramai. Rata-rata melahirkan rasa kagum dan terharu dengan pengorbanan ahli keluarganya dalam memberi sokongan untuknya meneruskan usahanya.
Biarpun mereka sedar, susuk tubuh bernama ayah dan suami itu kini terpaksa dikongsi bersama masyarakat di luar sana.